Ramalan Cuaca Hatiku!

Monday, April 26, 2010

| | | Comments: (4)
Tentang Paan; AIR (Cancer, Scorpio & Pisces)
"Mempunyai sifat semulajadi berkembang maju. Dipandu intuisi diri, mudah simpati, daya imaginatif, sentimental, tiada ketetapan perasaan dan berhati-hati. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi individu sekeliling dan pantas menangis untuk sebarang situasi yg menyedihkan. Mudah terpengaruh dgn rentak emosi individu lain, juga diri WANITA API."

Terkena la sipi batang idung aku ngan ramalan ni.. ak copy dari post ++CkinComeY++. Lately ni ak memang cepat sensitip. Mungkin sebab Dia jauh, tambah plak aku sorang2. Cuba penuhkan masa aku dgn aktiviti berfaedah. Tapi, aku rasa cam takde paedah pun.kalu ikut kata ramalan tu, dia cakap sifat berkembang maju. Aku rasa, tang perot aku je la yang maju. Mudah tersentuh tu memang aku la kan, kadang2 takleh disentuh lansung.. cepat lak hati aku nih saket kan. Tp, cepat sembuh.. Wanita API tu wanita saya!!

******
Tentang Tina; API (Aries, Leo & Sagittarius)
"Dilahirkan sebagai pemimpin. Kekuatan diri yg optimum dan lazimnya enggan menerima pendapat individu lain walaupun ia benar. Seorang yg artistik, sukar dijangka, romantis tetapi tidak pemalu. Personaliti yg suka menguasai, mendominasi tetapi mengimbanginya dgn sifat pemurah, mesra dan obses kpd subjek kegemarannya. Sifat berterus-terangnya melukai perasaan individu lain, jujur dan awas, wanita api akan beralih arah jika merasa amat tertekan. Oleh itu, berikan ruang peribadi yg cukup luas bagi memastikan hubungan kekal berpanjangan."


Beby,biar ab nilai ramalan ni..rasa nye ab da cukup kenal wanita ab nih. Pemimpin?ye btol!stuju sgt, Wanita ini lah byk mendorong saya dan selalu membuatkan saya berfikir dengan waras. Artistik tu tk pasti..tp seorg yg cool..Mesra?jujur? kalau tak saya tak sangkut ngan wanita ini. Tentang beralih arah tu, tk brani la nk komen.. setakat ni.. alhamdulillah, dia menjadi seperti wanita yang saya inginkan. love u beby.




Note: Kentut berbunyik tak masok plak dalam ramalan ni.

Siem Reap, Cambodia! Kejam!

Saturday, April 24, 2010

| | | Comments: (3)
My Passion ; Qiss Tina


Siem Reap, Cambodia - Kejam! Kejam! Kejam! Jauhnya awak pergi tinggalkan saya.Sempat gak snap pic awak time kita last breakfast bersama.Tak tau la awak perasan ke tak,tapi saya kurang bercakap..saya lebih senang dengar awak bercerita..Saya doakan awak suksess kat sana,selamat pergi dan balik..Jangan risau tentang sy,insyallah semua akan berjalan seperti biasa.cuma tak lengkap sikitla hidup saya.. tkde awk kt sisi. Masih terasa pelukan terakhir awak tadi.Leh tak kalu nk peluk lagi skali?.hehe

... 7 days to go ...

Note: Caye tak kalu saya cakap saya tunggu awak kat tepi highway smpai awk terbang?

Cinta untuk dirasai bukan menguasai!

Thursday, April 22, 2010

| | | Comments: (3)

" Ramai yang melakukan kesilapan ketika bercinta.Sikap terlalu mengongkong pasangan ataupun terlalu mengalah, sehingga pasangan pijak kepala adalah konsep yang salah. Konsep sebenar adalah give and take ataupun menang-menang. Sama rata, masing-masing tahu peranan dan tangungjawab yang perlu digalas.Namun bila kita berperasaan untuk menguasai pasangan kita (mengongkong aktiviti hariannya, mengatur pakaian, makanan dan sebagainya) ataupun melulu mengalah (tidak menegur kesilapan, tidak kisah apabila dibuli, tidak ada perasaan cemburu), itu bermakna kita belum bersedia untuk bercinta."
Boleh pakai ke statement ni? hm, tajuk tu da betul. Cinta memang utk dirasai, bkn di kuasai atau mguasai. Kalau jenis aku nih yang payah nk cemburu, bkn bermaksud ak tak bersedia tuk bercinta. Telah ku serah kan segala2nya. haha2 masih tak cukup membuktikan aku bersedia dalam cinta? Dalam bercinta, memang la harus memberi dan menerima..

Tapi.. ada je pasangan kat luar sana, yang hanya sebelah pihak memberi dan sebelah pihak lagi yg tak tau malu menerima. Wah! byk cantek muke ko?! Cinta guna air liur? Haak tuihh! jilat bontot aku kalu takde duit korang leh bahagia.. bkn nk tunding jari pada sesiapa, tp semua cinta mgunakan duit. Seblm ni aku de post entry pasal Cinta & Pengkid. Rajin korang baca lah, fikir2kanlah.

Cinta hanya boleh bagi kita semangat yg luar biasa. Cinta yg sehat, mampu mengadaptasi kan semangat kepada sesuatu yg sehat. Cinta membuatkan seseorg bertukar menjadi begitu beremosi, cinta juga boleh membuatkan seseorg berusaha dengan apa cara skalipun utk berjaya. Camne ngan cinta korang? Itulah sebabnya, bercinta biar satu. berkasih biar beribu. Eh2! silap-silap! Bercinta biar satu, berkahwin biar satu!



 
Note: Camne ek gaya bercinta cepat hamil. teringin nk praktis!

Kesibukan aku!

Sunday, April 18, 2010

| | | Comments: (0)
Aku dah tulis posting lama. Last few months kot. Infect, aku confuse sama ada aku dah post atau tak posting ni. Tadi aku check, macam belum post lagi. Tapi kalau aku tak post lagi, mesti ada sebab... samada aku nak tambah apa-apa ke, nak betulkan apa-apa fakta ke, something la... Lantak lah... belasah je lah, lama sangat dah blog tak berupdate....

Kepala otak aku tengah jem sekarang ni. 2-3 minggu yang lepas dan 2-3 minggu yang akan datang kepala otak aku akan continue diperah lebih sikit. Related to my work, aku tengah usahakan something big in few locations, collabration with a few parties at one time. Hopefully akan ada yang berjaya dan aku akan berhadapan problem baru untuk pilih nak join or fully support which group. Stop ngomel pasal keja, kena buang kerja nanti aku. Hahahaha...!

Note: They also said aku besar kepala, ego tinggi and berlagak tak bertempat…. Aduhai, aku tidak la seteruk itu, sikit-sikit mungkin lah…..Hahahahha….aku tidak ada apa yang nak dilagakkan. How to berlagak with nothing? Stupid…!

Degil Sikit!

Thursday, April 15, 2010

| | | Comments: (1)
Hati saya yang degil, sukarnya memujuk hati sendiri, puas di senaraikan segala galanya, tapi masih berdegil! aduhai.. Saya kira.. hati saya melebihi degilnya kanak kanak nakal, melebihi kerasnya besi, saya terasa penat, lantas saya pujuk hati ini, supaya mengikut kata akal. Tapi.. ikutnya hanya seketika, patuhnya hanya sekejap, dan dia kembali berdegil!

Saya penat..
dengan diri saya sendiri, penat dengan hati saya yang degil ni. penat memujuknya, penat memarahinya. penat, penat dan penat! Tapi.. dia sebahagian dari saya, marah saya, penat saya, pujuk saya, tetap dalam diri saya. tetap saya, hanya saya! Kejayaan yang paling bermakna ialah bila akal berjaya mengusai hati. Bila hati yang menguasai akal, itu dikira gagal! Paham?!

Takdir!

Wednesday, April 7, 2010

| | | Comments: (0)
Selalu orang cakap itu dah tertulis.. Sabar. Redha. Tapi.. Pernah tak kita berdoa agar takdir kita menjadi takdir yg terbaik untuk kita? Pernah? Kalau pernah berapa kuat keyakinan kita? Yakin? Sejauh mana kita yakin? Sejauh mana kita yakin bahawa doa kita kepada Allah SWT akan mengubah takdir kita menjadi takdir yg terbaik untuk kita? Yakin, berusaha, bersabar dan tawakkal dengan sesungguhnya kepada Allah dalam setiap doa yg kita panjatkan. Berusahalah dan berlumbalah mencari kasih Allah.

Note: Kerana sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui apa yg terbaik untuk kita...