Part 2; Nasi Kandaq !

Sunday, January 30, 2011

| | | Comments: (0)

kandaq

 

Kesan sampingan dari malam tadi telah menyebabkan hidung aku tersumbat, kul 9.30 turun brekpes. Balik bilik cam bapak-bapak aku baca surat khabar. Takde yang best pun paper kat Penang nih, same yo ngan KL ! Aku beralih arah ke Laptop – Facebook – Gossip ! grrr. buhsan !

“Abiiiii, nasik kandaqq satuu !” Jerit Tina dari bilik air.

Tuu diaa aihh, sawan babi dah maii.., aku pun terus txt acik ngan singgit ty dorg katne nk makan nasi kandaq terbaik. Kapitan Jetty – yelah kot. same je aku makan nasi ni ngn steben. cis ! Kene tipu idup-idup. Dari Nasi kandaq ke Batu Feringgi, riki line tepi pantai.

 

pantai1

 

Batu Feringgi – Dorang semua berbakat dalam menunggang kuda, aku memang tak lah. Buat seksa binatang je. Snap sane – snap sini, yeah! gambar banyak aku upload, korang check lah facebook yer. Kalu nak lebih, ti aku email. Itu pun kalu aku rajin nak attach. hehe2.

 

fly2

 

Dalam banyak2, aku tertarik dengan 1 mende. Payung terjun terbang-terbang tu, cantik warna pelangi. Aku suke ! Grr, mahalnya. ade ke patut RM90/sorg, kalu dah 2 org RM180 ? Rela aku upgrade Laptop aku dari aku naik kejadah tu. Itulah untungnya dak Penang, dorang deal dgn abg gagah tu dapat lah RM90 utk 2 orang. So aku semangat lah nak terbang. Terujaa kejap aku tgk keindahan tuhan dari atas. Hebat !

 

Singgah Gurney Drive makan laksa! Hari ni Group len dari KL tu nak berangkat, tinggal lah kami je. Pas lepak dengan dorang, aku ke Coffee Island tempat Ex-Gay aku keje. bbrawkstar yang tak berape nak gay tu busy orangnye., saya singgah minum pun tidak dilayannye. sedih ! Malam tu jumpa Antera, Nick Fonseka dan lain-lain. Aktiviti seterusnya Pool + Karoke,

 

koke

 

Thanks All ! dak-dak penang, best ! Nanti korang mai KL, gtau awal 3hari naa.. esok dah nak balik KL., malam ni nak sambung main kejar-kejar dalam bilik. bye-

Part 1; Penang Mari !

Saturday, January 29, 2011

| | | Comments: (3)

hnymoon

 

Perjalanan yang tak di rancang, memandangkan rindu melambung kat cik tina aku pun menyuarakan hasrat nak ke Penang. Sambil menyelam minum air orang kate, sambil riki line bbrawkstar yang tak bape nak gay + member-member Penang kat sane. Terima kasih atas bantuan rakan sefacebook, Sha n Shaz yang membantu kami menunjukkan jalan yang benar sampai ke Pulau Tikus.

 

hotlbjaya2

 

Berjaya Hotel, Penang. Petang baru kami check-in,. Kebetulan ada group dari KL yg datang Penang jugak. Kebetulan kitorg Check-in Hotel yang sama plak, Kebetulan jumpa Dato Yancik n Datin Meymel plak. Semua kebetulan lah ! tak de yang tak betul. Malam ni kami mencucuk langit, Yeah ! Lame tak berjimba-jimba. Tulang pun dah rasa nak reput, tinggal masa nak roboh je tulang belakang aku nih.

 

69clb

 

Muke-muke bergaya sebelum ke puncak ! Haha3, 69-Club memang caraa tempat ni. Walaupun takde dance floor, tapi dia ada tempat mandi-manda. Yang penting enjoy ! Dak-dak Penang yang mencuit hati. Kat Club ni lah Dato Yancik perasan ada sorang mamat ‘bukan faizal tahir’. Sampai skang aku masih terngiang-ngiang raut wajahnye! haha2, sajian malam tu ala kadar je. Yang pasti aku Happy, yang len tu tak happy pe aku duli. haha2!

 

69pool

 

Satu badan dah panas! Abes sme versi goyang inul aku tibai, ntah masa bila aku dalam kolam ni pun ak tak sedar. Rujuk gambarajah di atas ada mat salleh yang aku sendiri tak pasti kewujudannya, tapi hati aku yakin! ini angkara dia ! Terasa cam badak berendam lame-lame dalam air ni, itu time aku tak rasa ada orang sekeliling pun, pas aku tengok gambar-gambar ni.. ramai rupenya dalam club ni,. Malu! nak balik!! ciss! baru aku tingat, camne nk tukar baju ? Bebyyy ! tak aci awak tak terjun skali.

 

Seperti biasa, bkn terus balik bilik. Sempat menyinggah makan dengan basah kuyup tu. Tak hujan tak ribut, orang kat situ pelik tgk aku, yancik, acik, singgit basah kuyup. Syabas! Korang syak aku balik bilik terus mandi tak? jeng jeng jeng ! memang tidak lah ! aku tidurr terus. Nite-nite!

Farewell; Rakan Sekolah !

Friday, January 28, 2011

| | | Comments: (0)

Farewell

Goodbyes are not forever, Goodbyes are not the end.

They simply mean I'll miss you, until we meet again!

Ini rakan sekerja yang ke-4 berambus dari kantor aku, tinggal lah hanya beberapa kerat yang masih lagi kuat iman di dada. hmm, mungkin skop kerja kami yang berbeza .. so aku masih tak termakan psycho si botak walau hakikatnya hati ada goyang bila dapat tawaran-tawaran hebat di luar. Goyang jugak jiwa aku, tapi kasih kan boss lebih hebat aku pejam lah mata.


otak2

Bye-bye Sook Yee, nanti free kita gosip kt skype ok !

17; Beby, Can’t Wait !

Wednesday, January 26, 2011

| | | Comments: (0)

beby

 

I can't wait to see you, tomorrow. 
I can't wait to feel the touch of you hands holding me through the night.
I can't wait until we meet again.
I can't wait to hear the sound of your voice whispering in my ear.
I can't wait to feel your tender kisses in the rain.
I can't wait to hear you say "I Love You With All My Heart"
I can't wait to hear you say those cute little sayings i love to hear.
I can't wait because i love.
And because your the only one for me.
Without you,this world wouldn't be the same.

Note; Can't wait to see you tomorrow baby. I love you!

15; I love, SKYPE !

Monday, January 24, 2011

| | | Comments: (0)

 

1607Sedar tak sedar sudah 15 hari berlalu, sumpah lama! Walaupun tersangkut-sangkut, tapi puas lah jugak ku tatap potret mu. haha2. Rutin harian sepanjang 15 hari ni sudah menjadi keterbiasaan, hari-hari biasa kurang sket stress. Tapi kalu hari minggu mmg hilang akal tak tau nk buat apa. Selain dari layan Astro, main games! sok awak balik mesti saya rindu time ni. haha2,

 

Note; Tulis je panjang menjela kat draft, pas 3 hari baru publish. haha2,

14; DIAM tidak pernah salah!

Sunday, January 23, 2011

| | | Comments: (0)

'Tahu tak bahawa apa yang keluar dari mulut kita itu adalah kita?'

Tetibe teringat dengan apa yang pernah aku ucapkan, samada kata-kata baik ataupun tidak. Lalu aku terbayang ketika api amarah oleh perbuatan orang lain yang tidak menyenangkan hati, aku memaki dengan kata-kata kesat dan tidak senonoh sama sekali. Itulah bila nafsu melebihi akal, banyak benda yang kita tak mampu kawal dan untuk dimengertikan. Kan lebih baik diam?, tak susah bukan? Diam adalah pekara yang tanpa bersusah payah, diam adalah penutup segala aib. Subhanallah, indahnya diam..

Aku mula berfikir; jika dalam sehari ada 24 jam, tolak waktu tidur 6 jam. So, aku ada waktu hidup 18 jam! Dalam 18 jam ini berapa banyak kata-kata bak halilintar yang keluar dari mulut aku? Itu tak kira kalau setiap hari aku maki hamun pemandu-pemandu yang membuatkan aku emosi di jalan raya. Di pejabat plak dengan manusia-manusia yang merobek-robek hati aku, merasa jugaklah dorang kene maki dalam hati dengan aku. Sama juga, FACEBOOK ! Ada je post-post yang aku tak berkenan, aku membebel lah sendiri. Sungguh lidah memang tidak bertulang, dan betullah sekiranya aku diam ketika tidak mampu berkata benar. Semakin banyak bicara semakin banyak salah. Maka, diam itu tidak pernah salah. Jadi mulai sekarang, belajar menjadi pendengar dan bukan pembicara.

Kalau korang tanya aku; andai aku dihina, berdiam dirikah aku? Memang aku tidak balas dengan hinaan, rugilah aku mengotori lidah dengan menghina orang itu lagi. Tapi aku balas dengan tumbukkan halilintar. wakakaka..

Note; Habis pahala dan tenaga hanya untuk membalas sesuatu yang tak penting untuk kita lansung. Sudahi saja dengan diam dan senyum sinis. Jadi, diam itu tidak pernah salah bukan?

7; Nadiku_Qiss Tina!

Sunday, January 16, 2011

| | | Comments: (0)

DSC_0537

Karok time, jauh ke GreenBox Bukit Tinggi Klang aku pergi sorang2. Kali ni group-group mak dare, ntah apa mimpi kezen2 aku ni ajak karok! memandangkan hati aku nun jauh di Cambodia, aku pun pergi lah ke bukit tinggi yang ajak jauh nun beratus batu. Dari kul 9-1 pagi, pas kuar tu muntah darah kejap. Nyanyinye tak banyak, makan buffet tu lebih dari melalak. Gambar di atas tu lah saudara-mara aku yang sehat! haha,

 

Beby, ab tak lupa tau lagu awak tu. Tapi time ni rasa sedih sket, sebab selalu awak ada time saya bawak lagu ni. Saya pun tak sedar angah rakam, ni pun saya curik dari fb dia! haha2, saya cuma nak bagitau je.. ‘awak tak pernah saya lupa’!

“Suara kisah kita, yang sehalus sahutan di mata Segala norma yang melenaku, pada aroma syurga kita Nan syahdu cinta menunggu, sayunya kerna air matamu Nadiku bagaikan berlagu, nantimu hentikan apa berlaku padamu Yang ku temu, hadirmu sambutlah damba dakapanku”

6; Hati yang tak terluah!

Saturday, January 15, 2011

| | | Comments: (0)

images

 

Tak segalanya mudah bila kita bersendirian, ada juga beberapa perkara yang nampak mudah namun lebih banyak kepayahan daripada ke’happy’an. Contohnya bila masa nak buat keputusan, memang aku ada akal yang cukup tapi kadang kala ada sesetengah perkara bantuan di butuhkan. Banyak perkara yang kita amik mudah, sehingga kita terlupa keutamaan-keutamaan dalam diri sendiri. Contoh pada diri sendiri;

 

Sebagai individu – Adakah cukup bahagia dengan tempat tinggal, kerjaya, tubuh sendiri, hubungan yang stabil bersama pasangan sudah mencapai keutamaan yang ditagetkan? Kehidupan adalah satu perjalanan tanpa kita ketahui. Nafsu bersimpang siur kena fikir yang mana satu! I cant decide on my own. sigh! Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan.

 

 

Note; Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri dan menyakiti orang lain

5; Malam Gelisah!

Friday, January 14, 2011

| | | Comments: (0)

“Love is missing someone whenever you're apart,

but somehow feeling warm inside because

you're close in heart..”

11janYe Benar, kami merindui-mu Mummy! Kalu lah diberi peluang, nak je aku terbang bawak anak cucu ke Cambodia malam ni jugak. Hujung minggu yang membuhsankan. Tak tau nak buat pe, nak keluar pun takde mood! Memandangkan esok dipaksa bekerja pagi. Aku buat keputusan untuk tidur je lah malam-malam minggu ni.

 

Seperti hari-hari lain, aku akan tunggu Si Pujaaan Hati online di malam hari. Itu saja cara kami berkomunikasi dari jarak jauh. Skype, YM, Facebook, Twitter yang selalu menjadi orang tengah antara aku dan Si Pujaan Hati. Pas melaporkan diri, baru aku leh tidur seperti biasa.

 

Saya pasti awak merindui Anak-anak lebih dari saya, mereka semua selamat di bawah jagaan saya! tak perlu risau, masih dalam keadaan terkawal. cuma time tidur saya mereka berkomplot membuli saya! Tentang saya semua baik saje, makan-minum-pakai seperti biasa. Hanya sedikit rasa yang berbeza, rasa sunyi. Ok beby, jumpa lagi 10 hari dari sekarang! Gudnite, love u!

 

Note; .. kalu awak masih ingat 14/1 tahun lepas saya bawak balik 3 kuntum rose puteh.

2; I Miss You, Beby!

Tuesday, January 11, 2011

| | | Comments: (2)

“ I am waiting and hoping and wishing for the time,

when we can be together again! I Miss You! ”

anakluna copyDari kiri; Caldina, Fairlady, Porsche, Lamborghini, Ferrari !

 

Pagi yang melemahkan, bangun awal kene gosok baju! pekara ke 5 yang aku paling malas nak buat! Selalu bangun semua dah tersusun di kaki katil. Pas mandi aku tahu sarung je. Padan muke aku! Gambar di atas untuk tatapan cik tina, rindu kat cucu katanya.. Nasib lah sempat dia tengok cucunya sebelum berangkat kelmarin. Mungkin Luna dengar permintaan awak, awak suh dia beranak sebelum awak berangkat kan. haa, itu dia rejeki tuhan kasik.. 5 ekor terus. Tekaan kita terpesong sama sekali sayang. hehe

 

Pergi kerja rasa cam lemau sgt, selalu ada orang bancuh Nescafé sebelum pergi keje. Adoii, memang mengantuk tahap dewalah aku kat opis. Muka buku yang membuhsankan, aku sambung main games n mendownload haram jadah di internet sampai lah waktu balik melalui liku-liku kesesakkan lalu lintas di kl ni! demm. takde alternatif lain ke utk balik rumah tanpa melalui tol-tol dan jem?

 

Sampai rumah, dah takde org nak sambut kat pintu melainkan anak-anak bulu aku. Terubat jugak lah rindu kejap,. Anak-anak aku mesti suka mummy dia takde, sebab takde orang nak jerit-jerit kat telinga dorang. haha. I miss u beby! Ab kepilkan di ruangan ini gambar cucu awak sekali. Dorang sehat-sehat je.. Daddy je tak sehat. Jaga diri awak kat sana yer, I love u.

 

 

Note; … lagi 15 hari, hmm.

1; Airport–Office

Monday, January 10, 2011

| | | Comments: (0)

10JAN

Lagi sekali aku di tinggalkan, kali ni lebih lama lagi. haih, pagi lagi aku dah pecut KLiA hantar dia. Sian dia, nampak ketidakselesaan terpancar jelas di wajahnya. Risau kat aku lah tu, ‘Beby, tak perlu risau. Ab OK.’ Sesuatu sangat OK aku tu. Selamat pergi dan balik syg! Perjalanan balik ke office tetibe terasa rindu + sayu. hmm apakah?

 

Note; tak saba nak balik kerja tgk cucu den!

New; Hair Colour!

Saturday, January 8, 2011

| | | Comments: (0)

 

Mood memanjakan rambut; ON. Memandangkan cik tina nak ke Cambodia berkhidmat utk negara, aku plak yang lebih menghias diri. Appointment dgn hairdresser 1minggu awal, Minggu yang sebuk sesebuk-sebuknya. Pagi ni balik Rawang, amik mama hantar spital for medical check up. Cik Tina sebuk di pejabat urusan kerajaannya. Nanti malam baru leh kacau dia. haha

 

8jan

 

Akeed aka Eno Yahya, orang yang bertanggungjawab merialisasikan kaler rambut kami. Aku mmg da berhajat kaler ‘Hot Stamping’ ni sejak 1thn lepas. Tapi tahun 2011 den berjayo jugak mengupload kaler ni. Cik tina pun aku suh kaler yang same, tapi darker sket dari aku.

‘Yes! Beauty is pain and pleasure’

Nak xnak kene lah menahan kesakitan ‘bleaching’ 2x tuh! 4 Jam jugak aku bercinta dengan hairdresser tu haa! Tapi selepas menjalani proses kesakitan itu, resultnya membuatkan semua sakit jadi enak-enak belaka. hee, kalu korang tanya apa kaler ak buat tu pun aku takde jawapan. Sebab lebih 3 kaler aku upload skali seumur hidup. haha. thank bro!

 

8jan1

 

Lepas membuang masa di saloon, kami culik hairdresser pergi berjimba-jimba kat Changkat! Beby, you look awesome with new colour! Nanti g Cambodia jgn nakal-nakal yer, love yaw!

New Year; Funky Nite !

Saturday, January 1, 2011

| | | Comments: (0)

Cheers to a new year and another chance for us to get it right, a time for making new resolutions, a new beginning is a time of fun and celebrations!

 

ktv1

 

Ini pun last minit punya plan, memandangkan ada 1 hari public holiday yg tak di duga di umumkan PM semalam. aiseh, pantang dapat cuti FREE. Busy lah semua nk open table. Cik Jemah sebuk booking bilik utk aktiviti malam ni. Aku yang kat opis ni, mood nak bekerja dah takde, mood nak berpoya-poya UP sket. haha, setelah di gempar gempur kan dgn tawaran yang lumayan, marilah mempoyokan diri sendiri. Abes 4 Jam berkaroke terlampau, sambung g Mojo. Seronok sebab kami je dalam club tu. Masing-masing menghiburkan hati tanpa segan silu. haha2, yang penting kami ENJOY!

 

ktv2

 

Permulaan tahun yang baru sebaru-barunya. Tanpa gangguan mental + emosi, melainkan tekanan kerja yang hebat pada tahun 2010 telah merubah 2011 menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun lepas. Amin. Kalu bercakap pasal AZAM tahun baru, memang takde. Aku cuma ada Prinsip idup yang akan aku pegang hingga abes hayat. Semoga teguran 2010 memperkemaskan tahun 2011 aku. Alhamdulillah.