Jalan.Cerita.Terhebat

Thursday, September 22, 2011

| | |

passion

 

Aku macam hilang arah. Dan semangat. Semangat nak kerja semangat untuk jadi diri sendiri. Aku tahu sebab apa semangat tu semua menipis. Sebab aku hilang apa yang aku buat dengan penuh passion selama ni; rasa cinta untuk buat benda yang aku minat. Mereka cerita (atau berangan, sesetengah orang panggil). Pulak tu, usaha yang dah dikerah sepenuh tenaga di tempat kerja tak dihargai. Dan hutang masih lagi banyak berbaki. Dicampur hormone yang entah bila akan boleh diseimbangkan ni, aku berlawan dengan diri sendiri. Secara tak sihat. Dalam pada berlawan, DIA datangkan lagi satu ujian. Lawan dengan diri sendiri pun aku gagal, dan keputusan ujianNya tu aku kira seperti aku dipindahkan dari kelas terhebat, jatuh ke kelas pemulihan.

 

Perlahan-lahan, aku kena akur yang aku harus bermula semula. Dari semua segi, rasanya. Sakit, tapi aku tau aku masih ada peluang untuk bahagia. Rumusan kekusutan jiwa dan hidup aku hampir 3 bulan yang lepas, inilah dia. Hari ini aku lebih tenang, lebih nampak siapa aku dalam cermin yang aku pandang hari-hari. Aku belajar. Belajar mengawal emosi, belajar bertanya pada diri sendiri, belajar untuk lebih terbuka hati. Belajar berfikir, kenapa ujian diberi.

 

Ah, sememangnya jalan cerita Kaulah yang terhebat, Tuhan. Sebuah karya yang terlalu Agung, yang melibatkan aku yang biasa-biasa ni untuk sama menjadikan ianya hidup. Sebuah jalan cerita yang hanya DIA tahu ke mana nak dibawanya kita. Dan mintaknya janganlah aku lupa, sampai bila-bila yang jalan cerita sebegini memang wujud. Aku kena terus dan terus percaya, itu sahaja. Amin.

0 comments: