Bodoh.Bangang

Thursday, September 15, 2011

| | |

bodohbangang

Maksud bodoh tu luas. Mengulangi kesilapan yang dah terang kau ulang dari dulu sampai sekarang adalah satu contoh kebangangan dan sifat bodoh yang teragung. Tapi, bila fikir balik.. dia selalu anggap diri dia hebat. So,bodoh dia lah tak nak terima hakikat manusia ni semuanya ada cela, dan dalam hidup ni pun salah satu tujuan bkawan sebenarnya melengkapi apa yang kurang sesama kita.


Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. Biarlah yang hanyut tenggelam terus ke dasar laut. Biarlah yang kalut terus kusut dalam serabut hidup yang dia taksubkan. Sebab cermin diri kita ni wujud dalam bentuk yang berbagai. Kau cuma perlu duduk satu tempat, diri tegak-tegak dan pandang sudut mana yang kau nak akui itu lah imbasan diri kau yang paling tepat.

 

‘Yang buruk, datang dari kita sendiri, derr ..’

Hakikat tu yang dia rasa tak boleh diterima pakai. Yang hebat, cuma DIA, Yang tak henti-henti limpahkan RahmatNya pada kita. Bukannya kau, yang kawan-kawan perlu sembah mohon ampun dan maaf dan bukannya suruhan dari kau yang perlu kawan-kawan kau akur dan taat. Kasihan. Sungguh aku kesian. Cuma mampu berdoa, Tuhan akan beri apa yang terbaik untuk kawan-kawan aku, termasuk lah si polan ni, yang aku pernah pandang dengan penuh rasa hormat dulu. Rupanya betul lah kata-kata dari kita-kita;

‘Buat baik tu biarlah berpada-pada, kawan itu kadangnya setakat dibibir dan lembut bahasa saja.. ‘


Note; Haih. Ssh jugak bila pelakon kat pentas dunia ni terlalu nak menghayati seribu watak serentak, kan?

1 comments:

Qiss Tina said...

hebat tulisan anda, saya kagum!