Masih lagi betul-betul di hati aku, seperti yang dipintanya dulu. cuma hari ini, terletak betul di hujung hati. Penat, bosan dan dalamnya terusik perasaan ini, biarlah aku saja yang tahu, dan seperti yang aku yakini sebelum ini, DIA lebih Arif tentang apa yang bakal jadi.
Rasanya menutup mulut lebih elok untuk aku sekarang. Berdiam dan terusan berfikir. Sebab macam mana aku penat nak yakinkan orang yang aku cuma mahu betul-betul 'menerima', macam tu jugak lah penat orang nak mendengar kesungguhan aku dalam menyampaikan maksud sebenar perbuatan aku tu.
Penyerahan yang langsung tidak mengharap sedikit pun balasan. Dalam semua segi. Menerima apa adanya. Semuanya. Dengan sepenuh hati aku mengaku, tanpa sebarang paksaan, didatangkan untuk aku satu rasa itu.
"Ini semua Tuhan punya. Kalaulah sayang yang begini diberi untuk saya dan awak, saya terima,"
Dia angguk. Mungkin faham, mungkin sahaja sekadar mengiyakan. Siapalah yang mampu membaca fikiran manusia, selain Tuhan. Kan? Penat bertanya diri sendiri, jawapan perlahan-lahan diberiNya. Satu-persatu. Terus hati dan akal aku selari bersetuju.
"Rasa yang sama bila dia ada, rasa yang sama juga lah bila dia tiada..tapi jauh disudut hati rindu katenye"
Kalau nak didebatkan pasal hidup ni, takkan ada pemenang atau yang tewas di tangan lawan. Kau dalam liga kau sendiri. Menang kalah, kau juga yang tentukan akhirnya. Tapi, pengadilan kau di mata Dia, lain cerita.
Note; Oh, tambah lagi satu kata kerja. Berdiam, berfikir dan menulis.





1 comments:
i wish i can write too
Post a Comment