Soalan Basic!

Saturday, February 27, 2010

| | | Comments: (0)
Sambil melakukan tugas seharian sebagai orang yg makan gaji, selalu jugak aku mengelamun dan kadang persoalan demi persoalan datang berdiri didepan kepala aku. Berdiri saja aku tak kisah sangat, tapi main tolak-tolak pulak! ini sudah lebih!!! bila sudah lebih mulalah aku nak bangun dan bersuara sikit, sikit je...


Hari ni atau sekarang ni, kalau kita pergi mana-mana... tak kisahlah shopping complex ke, taman rekreasi ke, mana-mana la yg ramai org! cuba tahan sorang yg rasa-rasa Muslim dan soal mereka dengan satu soalan basic dan mudah.my


"Apa itu AKIDAH?"


New! Melayu.

Sunday, February 21, 2010

| | | Comments: (0)
Jika Melayu Baru tak mahu ambil kisah,
Melayu lama sangat kisah

Jika Melayu baru membenci,
Melayu Lama tetap terus mengasihi

Jika Melayu Baru banyak melupakan,
Melayu Lama akan selalu mengingatkan

Jika Melayu Baru mencemuh & mencaci
Melayu Lama menyanjung & memuji

Melayu Baru terus, terus & terus...
Melayu Lama akan tetap, tetap & tetap...

Tapi Melayu Baru perlu ingat...Jangan terlalu jauh...
Takut-takut Melayu Baru akan hilang kelayakan

Kelayakan untuk bergelar "Melayu".

Jimat atau Kedekut?

Sunday, February 14, 2010

| | | Comments: (0)
Orang sekarang gila cari duit. Berniaga minyak wangi, masuk MLM, jual barangan AVON dan macam-macam cara lagi digunakan untuk menambah pendapatan. Ada yang lebih ‘nakal’ dengan menipu wang ringgit manusia lain. Jual air liur kata mereka. Kenapa perlu tambah pendapatan? Mengapa kita tidak mengurangkan pembelanjaan?

Aku rasa aku adalah orang yang paling tidak patut membicarakan pasal berjimat cermat sbb aku antara orang paling boros yang aku pernah kenal. Pantang ada duit lebih dalam pocket guarantee ada je idea-idea menarik untuk aku habiskan. So, let me try to list down idea untuk mengurangkan pembelanjaan bulanan. Seperti ramai motivator sebut, “saya bukan menasihati anda semua, saya turut menasihati diri saya sendiri”…. hahaa2



1. Tipu Diri Sendiri.
Ini antara point paling penting aku rasa, kita try tipu diri kita sendiri. Bayangkan gaji kita RM 3 ribu sebulan. Janganlah menjalani kehidupan seperti seorang yang mempunyai pendapatan sebegitu. Lihat budak lepasan university atau rakan-rakan yang kita yakin pendapatan mereka RM 2 ribu atau kurang. Tiru cara hidup mereka. Instead of use car to work, kita pakai motosikal. Makan KFC atau Pizza Hut sekali sebulan atau lansung tidak pergi kesana. Ganti baju hanya semasa hari raya atau Year End Sale. Banyak lagi, just kenali mereka dan tiru cara hidup mereka. Korban segala kesenangan yang ‘sepatutnya’ kita dapat. After one year kita akan berjaya simpan at least RM 12 ribu, not bad right? Confirm kita akan rasa lebih secure dan selesa selepas itu.

2. Kerja 365 Hari Setahun.
Ok, mungkin too much la kalau kerja sepanjang tahun. Tapi mungkin kita boleh amalkan konsep ‘lupakan weekend’. Sebagai pekerja makan gaji, kita selalu looking forward for weekend holiday. Simply because we want to pamper ourselves. Relax pada hujung minggu tidak boleh tidak, pasti melibatkan wang ringgit. Start kereta ke shopping complex pasti memerlukan at least RM50. Jika kita tidak cuti, tidak relax, tidak manjakan diri kita pasti RM50 tu still ada dalam pocket. So, pergilah bodek boss untuk buat overtime dan untuk executive yang tiada OT aturkan kerja supaya weekend pun perlu datang office. Mungkin setahun sekali kita pergi bercuti, ramai juga Chinese office aku amalkan budaya sebegini. Kerja macam lembu 51 minggu setahun, dan spare 1 minggu untuk bercuti.

3. Berhati-hati
Alert dengan segala pembaziran kecil-kecil yang kita amalkan. Contohnya, jangan beli air masa masuk 7 Eleven untuk beli suratkhabar. Talking about newspaper, rasanya kalau betul-betul ingin berjimat jangan beli newspapaper at all. Dengar sahaja berita, atau baca free di 7 Eleven atau petrol station. Banyak lagi pembaziran kecil yang boleh dielakkan. Just spent few minutes to think about it. Bawa bekal air ke office, jangan amalkan minum petang, kurangkan menonton wayang, bawa air masak masa main futsal dan banyak lagi.

4. Jangan Peduli
Untuk amalkan benda-benda diatas, satu sikap paling penting yang perlu ditanamkan dalam diri adalah sikap tidak peduli. Tidak peduli kutukan orang terhadap cara hidup kita, tidak pedulikan fesyen terbaru, tidak peduli iklan KFC, tidak peduli tapak kasut dah licin… segala-galanya kita tidak ambil pusing. Memang sukar, sebab hakikatnya kita manusia dan manusia selalunya lemah dengan desakan dan tekanan dari luar (manusia lain).

Ok… itu sahaja yang aku terfikir sekarang. Adalah beberapa points yang biasa didengar seperti buat list sebelum ke kedai, jangan terdepaya dengan jualan murah atau jualan gudang, bandingkan harga sebelum beli, ‘bayar diri sendiri’… etc. Atau macam seorang member aku, dia amalkan duit dalam wallet tidak akan lebih dari RM50.00. Dia sanggup berpuluh kali pergi ATM machine sebulan.

Hujan macho!

Tuesday, February 9, 2010

| | | Comments: (0)
Hujan. lebat dan berangin.. saya suka melihat lelaki yang berpayung di dalam hujan. entah mengapa tapi persepsi saya merasakan ianya satu pemandangan yang ‘protective’. nampak bertanggungjawab. nampak selamat. nampak segak. sesetengah lelaki merasakan tak macho andai membawa payung. tapi, saya lebih suka lelaki yang menepati masa meskipun dalam hujan berbanding lelaki yang lambat akibat hujan!!

*Semoga petang nanti, hujan sudah berhenti.