Perfect Mate. Happy 22 Monthsary.

Friday, October 21, 2011

| | | Comments: (0)

b219746989

After many years of trying to be the perfect mate,

You've still keep up the effort, and that's why you're so great.

My love for you keeps growing, with each year that goes past;

The enjoyable times I spend with you are really quite a blast!

Happy 22nd Monthsary. Qiss Tina.

 

 

Note; Lokasi DIA ketika ini, negara komunis. lots of love. from; Malaysia.

Terima Kasih.

Tuesday, October 18, 2011

| | | Comments: (0)

beautiful-cute-deserve-heart-life-Favim.com-181185

“When u get little, u want more, when u get more, u desire even more, but when u lose it, u realize Little was ENOUGH”

Dan buat aku terfikir.

Kita selalunya lupa, yang kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang dah diaturkanNya untuk kita.


Sedar atau tak, kadang-kadang kita yang serabutkan hidup sendiri bila kita terlalu mahukan sesuatu yang lebih daripada apa yang kita sepatutnya terima, atau yang kita patut ada. Hmm. Dengan meneliti segala nikmat dan rahmat yang kita dapat, sepatutnya menghadirkan rasa berterima kasih itu lebih mudah, kan?

 

 


Apatah lagi bila ia melibatkan rasa berterima kasih dengan Tuhan..

Penipu.

Friday, September 23, 2011

| | | Comments: (0)

blonde-dumb-fashion-green-heart-Favim.com-131377

 

Kadang-kadang kita ingat, kita fikir dan kita nak percaya yang kita dah rela melepaskan yang dah betul pergi.

Tapi.. Kita menipu diri sendiri. Dan orang lain.. Tapi benda paling keji yang manusia mampu buat ialah

bila dia menipu diri dia sendiri.

 

 

“Aku cuma nak sisi kau yang sebenar. Banyak sangat ke yang aku mintak?.."

Masih berharap lagi 40% mampu ditambah dengan kadar yang cepat.

Tenang. Walaupun aku letih sangat. Kepala masih berdengung sakit, tapi hati aku tenang. Lapang. Semoga Kau lindungi aku , keluarga dan kawan-kawan aku dalam hari mendatang,

 

Ya Rabb. Dah terlalu banyak aku meminta dariMu. Tapi mohon kau akan kabulkan yang paling penting ; berkatilah apa saja; sesiapa saja yang berkaitan dengan hambaMu ini. Ya Allah. Kau betul-betul masih kasih pada aku. Terima Kasih, sebab Kau tunjuk pada aku, apa yang aku niatkan betul selama ni.

 

 

 

Amin.

Jalan.Cerita.Terhebat

Thursday, September 22, 2011

| | | Comments: (0)

passion

 

Aku macam hilang arah. Dan semangat. Semangat nak kerja semangat untuk jadi diri sendiri. Aku tahu sebab apa semangat tu semua menipis. Sebab aku hilang apa yang aku buat dengan penuh passion selama ni; rasa cinta untuk buat benda yang aku minat. Mereka cerita (atau berangan, sesetengah orang panggil). Pulak tu, usaha yang dah dikerah sepenuh tenaga di tempat kerja tak dihargai. Dan hutang masih lagi banyak berbaki. Dicampur hormone yang entah bila akan boleh diseimbangkan ni, aku berlawan dengan diri sendiri. Secara tak sihat. Dalam pada berlawan, DIA datangkan lagi satu ujian. Lawan dengan diri sendiri pun aku gagal, dan keputusan ujianNya tu aku kira seperti aku dipindahkan dari kelas terhebat, jatuh ke kelas pemulihan.

 

Perlahan-lahan, aku kena akur yang aku harus bermula semula. Dari semua segi, rasanya. Sakit, tapi aku tau aku masih ada peluang untuk bahagia. Rumusan kekusutan jiwa dan hidup aku hampir 3 bulan yang lepas, inilah dia. Hari ini aku lebih tenang, lebih nampak siapa aku dalam cermin yang aku pandang hari-hari. Aku belajar. Belajar mengawal emosi, belajar bertanya pada diri sendiri, belajar untuk lebih terbuka hati. Belajar berfikir, kenapa ujian diberi.

 

Ah, sememangnya jalan cerita Kaulah yang terhebat, Tuhan. Sebuah karya yang terlalu Agung, yang melibatkan aku yang biasa-biasa ni untuk sama menjadikan ianya hidup. Sebuah jalan cerita yang hanya DIA tahu ke mana nak dibawanya kita. Dan mintaknya janganlah aku lupa, sampai bila-bila yang jalan cerita sebegini memang wujud. Aku kena terus dan terus percaya, itu sahaja. Amin.

21st Monthsary.

Wednesday, September 21, 2011

| | | Comments: (0)
Far Away - Paan Jahat

 

 

907200 minutes, 15120 hours, 630 days

…

Since, Officially, I called you MINE!!

And it feels like.. My ANGEL finally comes, from far away place.

To show me some light, for me to feel I’m still alive..


Though you’re far away and I can’t see you crying.. 

Because it hurts when you’re in pain…

I know I’M NOT GOOD ENOUGH to take away your pain.

 

“I keep dreaming you'll be with me and you'll never go

Stop breathing if I don't see you anymore”

Hitamnya Hati.

Tuesday, September 20, 2011

| | | Comments: (1)

Favim.com-28720

 

Kalau hati tu dah hitam, hitam lah jugak..

Aku tak tahu lah, dalam hidup ni, aku pegang satu je; hati kena bersih, niat kena betul dan elok. Aku percaya prinsip di atas boleh buat kau tenang, boleh buat kau sedar dan bersyukur dengan apa yang kau ada. Ini kalau dah niat pun menyimpang ke mana, kau nak harapkan orang sekeliling terima kau seadanya? - Boleh pergi mati.

 

Selalu orang ingat aku ni lembik, naive, bodoh, bendul. Ok, aku blur lah jugak, most of the time. Tapi tu bukan tiket untuk nak perlekehkan aku. Tak lah aku kata aku pandai melantun-lantun, cuma aku mampu lah gunakan semaksimum mungkin kapasiti otak aku ni dalam hal-hal tertentu. Walaupun aku kadang-kadang suka jadi risk taker dalam proses nak upgrade diri, aku tak nak jugak nanti apa yang aku kejar makin jauh menghilang, yang aku kendong perlahan-lahan terlucut dari pinggang.

 

Dan walaupun si lembik, naive dan bendul ni boleh mendengar apa juga yang orang katakan pada dia, dia tak makan lah tipu daya perempuan-perempuan yang ada. Hai keparat, aku dah boleh baca lah rentak suara penipu korang tu. Memang mulut aku ni jahat. Ah, dalam hati aku kalau aku kata putih pun, mesti ada je yang nak corakkan dengan warna lain. Tak kisah lah, tapi aku tahu, kalau aku nak menipu pun, hal-hal yang berkaitan dengan diri aku. Contohnya aku tahu aku patut kurangkan berat badan, tapi bila timbang, aku tipu mata aku. Alah, dah ok lah tu. Tak ada lah berat sangat.

 

Bila kata-kata kesat tapi tak lah sampai menyesatkan dah aku keluarkan, maksudnya aku memang tak boleh tipu korang yang aku tengah panas hati. Tapi macam lah ada orang heran pun berapa tinggi suhu kemarahan aku ni. Jadi, aku lebih suka mengunci mulut agar diam dan memujuk diri untuk bersabar. Aku sedar, sesetengah manusia dalam dunia ni tak nak faham sabar itu adalah salah satu perkara dalam hidup ni yang ada hadnya. Tu lah, dah hitam sangat hati. Sampaikan perkara semudah tu pun tak nak diserap dalam jiwa.

 

 

Note; Nauzubillahi min zalik. Astaghfirullah al adzim. Astaghfirullah al adzim. Astaghfirullah al adzim..

Bodoh.Bangang

Thursday, September 15, 2011

| | | Comments: (1)

bodohbangang

Maksud bodoh tu luas. Mengulangi kesilapan yang dah terang kau ulang dari dulu sampai sekarang adalah satu contoh kebangangan dan sifat bodoh yang teragung. Tapi, bila fikir balik.. dia selalu anggap diri dia hebat. So,bodoh dia lah tak nak terima hakikat manusia ni semuanya ada cela, dan dalam hidup ni pun salah satu tujuan bkawan sebenarnya melengkapi apa yang kurang sesama kita.


Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. Biarlah yang hanyut tenggelam terus ke dasar laut. Biarlah yang kalut terus kusut dalam serabut hidup yang dia taksubkan. Sebab cermin diri kita ni wujud dalam bentuk yang berbagai. Kau cuma perlu duduk satu tempat, diri tegak-tegak dan pandang sudut mana yang kau nak akui itu lah imbasan diri kau yang paling tepat.

 

‘Yang buruk, datang dari kita sendiri, derr ..’

Hakikat tu yang dia rasa tak boleh diterima pakai. Yang hebat, cuma DIA, Yang tak henti-henti limpahkan RahmatNya pada kita. Bukannya kau, yang kawan-kawan perlu sembah mohon ampun dan maaf dan bukannya suruhan dari kau yang perlu kawan-kawan kau akur dan taat. Kasihan. Sungguh aku kesian. Cuma mampu berdoa, Tuhan akan beri apa yang terbaik untuk kawan-kawan aku, termasuk lah si polan ni, yang aku pernah pandang dengan penuh rasa hormat dulu. Rupanya betul lah kata-kata dari kita-kita;

‘Buat baik tu biarlah berpada-pada, kawan itu kadangnya setakat dibibir dan lembut bahasa saja.. ‘


Note; Haih. Ssh jugak bila pelakon kat pentas dunia ni terlalu nak menghayati seribu watak serentak, kan?

Rasa.Niat.Doa

Wednesday, September 14, 2011

| | | Comments: (0)

love_

 

Orang kata, kalau masa boleh diputar semula, mesti segala benda tak elok yang dah berlaku, nak diubah jadi sempurna. Cuma hidup ni tak boleh nak disandarkan kepada perkataan 'kalau'. Yang dah terjadi, akan kekal hakikatnya sebegitu. Tapi hikmah yang muncul selepasnya tu yang akan buat kita akur dan angguk perlahan.. 

‘ini namanya ketentuan’

 

Melihatkan keadaan aku yang begini, buat aku selalu terfikir. Entah apa lagi yang perempuan lain mahukan di luar sana. Masih berganda-ganda permintaannya, masih ada saja yang tak lengkap hidup, lagaknya. Tapi, iyalah. Kitaran hidup manusia ni, nampak macam boleh dibaca. Cuma kisah tiap satu tu je yang membezakan hidup kau, aku dan kita-kita..kan? Mungkin aku patut berhenti menyoal dan terus berusaha selagi daya sampai lah DIA kata, aku dah boleh berhenti mencuba. Hmm.

 

Dah lama tak rasa macam ni tau. Tapi aku tahu benda ni sekejap je. Haish. Takpe, yang penting niat. Aduh. Sakit dada. Sesak nafas. Takpe, yang penting niat. Dan aku harap cepat lah rasa ni hilang. Ok, perasan tak aku dok ulang point sama? Tu sebab aku tak leh fokus. Sebab sesak dada dan nafas ni dah berapa hari aku tahan. Semalam ada mimpi lagi. Ya Allah, Kau tahu apa dalam hati ni. Aku serahkan semuaNya pada Kau.

 

 

 

 

Note: Hilangkan lah rasa yang tak sepatutnya ada ni. Amin.

Sesumpah.

Tuesday, September 13, 2011

| | | Comments: (0)

0miss5029

"Saya macam sesumpah pada dahan pokok. Awak di bawah, mendongak mencari saya. Memotong dahan, mencantas ranting, dan akhirnya awak ketemu saya. Payah mencari, awak luahkan marah bila sesumpah dah pun berada antara dua jari. Kemudian, saya yang sememangnya dengan sifat tidak duduk setempat, terus melompat dan sambung menyamar;

walaupun saya sebenarnya ada di sekitar pokok tu, tak kemana-mana.

Dan awak, akan terus mencari. Setia,

 

... dan hati aku, bernyanyi semula.

8-9-10

Thursday, September 8, 2011

| | | Comments: (1)

20009_Broken_Heart1

 

Masih lagi betul-betul di hati aku, seperti yang dipintanya dulu. cuma hari ini, terletak betul di hujung hati. Penat, bosan dan dalamnya terusik perasaan ini, biarlah aku saja yang tahu, dan seperti yang aku yakini sebelum ini, DIA lebih Arif tentang apa yang bakal jadi.

 

Rasanya menutup mulut lebih elok untuk aku sekarang. Berdiam dan terusan berfikir. Sebab macam mana aku penat nak yakinkan orang yang aku cuma mahu betul-betul 'menerima', macam tu jugak lah penat orang nak mendengar kesungguhan aku dalam menyampaikan maksud sebenar perbuatan aku tu.

 

Penyerahan yang langsung tidak mengharap sedikit pun balasan. Dalam semua segi. Menerima apa adanya. Semuanya. Dengan sepenuh hati aku mengaku, tanpa sebarang paksaan, didatangkan untuk aku satu rasa itu.

 

"Ini semua Tuhan punya. Kalaulah sayang yang begini diberi untuk saya dan awak, saya terima,"

 

Dia angguk. Mungkin faham, mungkin sahaja sekadar mengiyakan. Siapalah yang mampu membaca fikiran manusia, selain Tuhan. Kan? Penat bertanya diri sendiri, jawapan perlahan-lahan diberiNya. Satu-persatu. Terus hati dan akal aku selari bersetuju.

 

"Rasa yang sama bila dia ada, rasa yang sama juga lah bila dia tiada..tapi jauh disudut hati rindu katenye"

Kalau nak didebatkan pasal hidup ni, takkan ada pemenang atau yang tewas di tangan lawan. Kau dalam liga kau sendiri. Menang kalah, kau juga yang tentukan akhirnya. Tapi, pengadilan kau di mata Dia, lain cerita.

 

 

 


Note; Oh, tambah lagi satu kata kerja. Berdiam, berfikir dan menulis.

God Loves Me !

Friday, August 5, 2011

| | | Comments: (0)

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخ

"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah" [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)". [Al-Baqarah: 214]

 


p/s: Allah uji. Allah ajar kita. Sebab? dia nak kita kuat. Kenapa kita? Untung bukan? dalam berapa ramai manusia, kita terpilih untuk diberi ujian daripada lalai dengan kesilapan tanpa ujian. Dia nak kita minta pertolongan dari dia. Mungkin selama ni lupa yang dia ada untuk di Sembah, dan hanya dia yang memberi, dan menarik segala pahala.

Kronologi Haru !

| | | Comments: (0)

Bila marah dia cool.
Bertubi-tubi soalan pon still jawab dengan nada rendah.
Senyum je.
Kesian dah hati saya ni.
Hati tak puas bila datang mahluk ganggu, macam gampang.


Penat dah nak fikir pasal benda yang tak penting atlast hubungan jadi goyang.
Sifat aku berubah drastik.
Dari tak suka marah jadi cepat marah.
Dari tak suka moody sekarang asyik moody.
Dari tak ada musuh sekarang aku yang declare benda taknak jadi baik dengan 'someone'.
Dari jenis happy go lucky,now suka masam-masam muka

Serious this is not so me.
Tak best tau jadi macam ni.
But apa boleh buat.
If depan cakap lain belakang lain macam punya pancing.
Tuhan tu nak tunjuk, benda aku nampak sendiri. How?
Yang lepas, lepas lah. Get ur own life lah kimakk.

Serious tak berminat, seb bek tak pernah sua muka.

Herm.
Harap lepas ni tak da drama sebabak lagi.
Penat okay nak debat-debat marah-marah tak tentu pasal.
Yang jadi mangsa siapa?


Haihh
Sorry beby..
But saya still tak suka KAWAN awk !
Ha apa?

Jujur takde law punya !

Thursday, August 4, 2011

| | | Comments: (0)

Aku sangat tahu bahawa aku bukan orang yang tepat bercerita mengenai kejujuran. Atau mengkhabarkan bahawa jujur itu selalu ada dengan aku. Tidak kawan. Tidak. Aku tahu aku paling tidak layak.!

“Aku taklah zalim, taklah jahat, sampai nak bagi kau kharma,
dengan apa yang kau buat kat aku,aku cuma nak bagi kau makan kurma,
makan kurma hari-hari, sampai kau kena kencing manis”

Aku tulis ini sejujur mungkin. Ya, aku tahu "jujur"ku itu sangat samar. Maafkan aku, tapi memang itu satu-satunya cara untuk aku jadi jujur. Mustahil aku boleh jujur di hadapan semua tanpa ada hati yang aku sakiti. Kerana itu agaknya orang jujur senang sangat masuk syurga. Sebab berlaku jujur itu sebenarnya sangat payah. Aku pernah dengar orang cakap "bila orang tu cakap dia jujur, maka dia tidak sepenuhnya jujur". Jadi, terserahlah mahu serap "kejujuran" aku atau tidak.
p/s : Nampak? Sangat susah nak jujur kan?

Times Square; Check it out!

Sunday, April 10, 2011

| | | Comments: (0)

Lepas rindu dendam 3 hari tak jmpe. Asik kene tinggal je aku ni, siap bagi bodyguard 8 ekor kat umah tak kasik aku kuar. Gile kedekut! Arini peluang aku mengomol dia, ikot cik tina g koje.. Sian dia, keje cam orang gile. Sikit lagi dia nak gila dari orang gile. Hehh.. asal jumpe dia je aku mula la nak demam, terlibatlah aku amik MC 2 hari. HAHA, 2 hari aku buat cuti sendiri tu tak aku sia-siakan!

 

ClubDelux

Berjaya Hotel, Times Square KL – Awesome! Masok je bilik ni terus horny, pas tgk bawah! caitt., exclusive lah sgt mengadapp penjara pudu yang berhantu tu? Hilang mood horny aku! Cam biasa, bkn tina buat QC, aku yang buat QC. Maen kejar-kejar, maen nyorok2 belakang langsir. Terasa 10 tahun mudah dari biasa, HAHA2

 

times1

Tak berprestij lansung mandi buih2., tengok size lah kan. Untuk size 2 kali cam saya ni, memang lah saya memilih Swimming Pool! leh la jugak buat kuak lentang ke.. kuak hanjingg ke., kalu dah mandi buih2 tu duk setempat jee, korek sane.. korek sini.. euu, tak best lansung! Ajak mandi pool blagak taknak, cakap je lah tak reti berenang! HAHA,. [pengsan]

 

Note; Esok nak pergi GENTING! yeahh,

Birthday Qiss Tina; Cruise MINES

Wednesday, March 30, 2011

| | | Comments: (0)

cruise1

Yeppi bedayy Puan Tina! Ini adalah kali ke 2 saya turut serta menyambut kelahiran awak, untuk yang ke [RAHSIA]. HAHA2, maaflah saya tak plan pape pun. Paham2 je la, kesebukan sy di pejabat memang leh membunuh! Balik kerja awak terus amik saya kat office, dari semalam sampai ke petang awak asik tanya soklan yang sama. [fed-up], dah malam baru plak tersengeh2.

cruise3

Takde pe yg lebih bharga dari dapat melihat awak ketika ini. Semoga awak di panjangkan umur dan dimurahkan rejeki. Insyallah, dapat menjadi Mummy yang baik kepada anak-cucunya, untuk pasangan awak.. Dodoi lah dia sentiasa. Dia selalu dahagakan sesuatu dari awak. [lahanat!] HAHA2, Semoga di hari menetas awak ni.. awk lebih sehat, sehat dan sehatt selalu ! iLebiu.

cruise2

 

Note; Sentapp! Adiah awk tu simpan la sampai tahun depannye beday..

Ukur Baju Biarlah Di Badan Sendiri !

Sunday, March 27, 2011

| | | Comments: (0)

 

bajubaru

 

Title Entry kali ni takde kene mengena dengan gambar pun. Ukur baju biarlah di badan sendiri, itu aku tuju khas untuk orang yang sebok mengukur panjang lebar tepi kain orang. Kain dia sendiri pendek sebelah tak pula di hiraunya. Hebatlah kau di mata-mata yang tak bersalah, di mata aku, kau sama saja.

 

Secara Kronologinya; YA! semua orang ada hak untuk hidup atas mukabumi ni. Jahat mana pon dia, kejam mana pon dia, dia ada hak untuk hidup. Sebab bumi ni milik semua orang, bukan milik entiti yang terasa dia sorang je lah yang hebat berkata-kata.

 

Kau tak perlu ketepikan idea and perspective orang lain untuk rasa kau betul. Sebab keyword untuk jadi manusia yang bertoleransi adalah understanding. Kalau kau rasa nak semua orang faham siapa diri kau or ape yang kau fikir, kau kena faham jugak ape yang orang lain fikir. Bukan senang nak jadik manusia understanding, tapi senang sangat nak jadik manusia judge-mental yang suka menilai sesuatu secara kasar dengan membabi buta.

 

Bear in mind, aku bukan menjurus ke arah perfection, sebab takde benda yang perfect dalam dunia ni. But yes, we are towards perfection, walaupun being perfect tu takkan berlaku. Orang cakap hidup ni macam roda, kau takkan stay dekat atas sampai mati. Sebab karma menanti. Benda ni semua pusing2. Member aku cakap life is a full circle. Pusing la berapa banyak kali pun, kau akan lalu tempat yang sama. Jangan lupa diri.


Note; Kalau kau pernah kena maki sampai kau jatuh sekali, jangan ingat kau takkan kena maki untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya untuk kau jatuh buat sekian kalinya.

Vaksinasi Kucing; Halusinasi !

Saturday, March 12, 2011

| | | Comments: (0)

24anak-cucu1

 

Pas genap umur korang 2 bulan, ktrg memang dah plan nk bawak semua pergi cocok! 5 ekor tadi di pikul ke Hospital Vet di Cheras. Itu je lah yang aku ase tempat OK dan dekat. Harga biasa cam Klinik Swasta la kan, kalu dah namanya rejekii.. tak kemana lah kan, Kat sini aku nak share sket lah pasal Vaksin ni;

 

PERLU KE VAKSINASI NI ?

Tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit yg boleh membawa MAUT. Selepas kucing anda di vaksin, "askar-askar" di dalam badan kucing akan diaktifkan untuk membina daya tahan terhadap penyakit2 yang berpunca daripada mikroorganisma yang berbahaya.

 

Tapi seperti memelihara bayi / anak anda sendiri, membela kucing juga adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada pemilik masing-masing. Sekiranya kucing anda jatuh sakit, demam, cirit-birit dan sebagainya, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk merawat mereka.

 

APAKAH KEBAIKAN PEMBERIAN VAKSIN?

Penyakit yang dapat di elakkan dengan pemberian Vaksin;

 

FELINE PANLEUKOPENIA (FPL) Nama virus ni sendiri dah tergeliat lidah nak sebut, apatah lagi kucing yg terkena virus maut ini. Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang MUDAH BERJANGKIT dan BOLEH MEMBAWA MAUT terutamanya anak kucing.

TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yg sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.

 

FELINE CALICIVIRUS Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain (seperti FVR) dan bakteria.

TANDA-TANDA JANGKITAN :  Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis.


CHLAMYDIA PSITTACI Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam dan radang mata)

TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Radang mata, mata dan hidung berair.

 

FELINE LEUKIMIA (FeLV) Bagi saya, Virus ini adalah yang paling bahaya kepada kucing.

Penyakit ni disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema serius kepada kucing-kucing. Satu pertiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.

TANDA-TANDA JANGKITAN  : Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.

 

 

FAKTA TENTANG KUCING

Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

 

 

Note; Kepada pecinta-pecinta kucing, good luck ! [motif?]

KFC; Happy 2 Month Birthday !

Wednesday, March 9, 2011

| | | Comments: (1)

kfc_2mth

 

Pejam-celik-pejam-celik, hari ni genaplah 2 bulan korang lahir. Alhamdulillah, makin sehat dan makin besar kepala korang skng. Doakan lah kesejahteraan Mummy nan Daddy korang yer, takde masa nak belek2 korang kat umah. Alik keje je kami dah penat, harap lah korang paham. Jangan lah menjeling-jeling kalu Daddy slalu alek lambat. Korang duk umah mintak jadi budak baik je, tak susahkan hati kami itu pun dah berterima kaseh dah. Hadiah beday ni kongsi-kongsi dengan yang laen yer,

 

kfc_2mth1

 

Korang tau tak, kaseh syg melimpah ruah dari Mummy and Daddy ni tkde pilih-pilih kaseh. Daddy bagi sama rata je, makin hari korang makin besar cam Daddy. Setahun skali je lah yer Kepci korang. Korang tak leh makan Kepci byk2 ti darah tinggi plak. Jangan jadi cam Abg Chik (ALAM) korang, makan merepek2 sampai hair loss sudeh. haha2

 

kfc_2mth2

 

Mak bapak korang pun tak leh kontrol kolestrol, pantang bau ayam. Alam tak yah cakap lah, asal berkaitan dengan makan je, nak tidur lebih. Tak pun, buatlah muke sedey beliau. Jangan terpedaya, mereka sgt fotogenik dalam gamba!

 

 

Note; Cucu-cucu tunggu Daddy cari keluarga angkat yer..[sedih]

Part 3; Kinky Admitted !

Saturday, March 5, 2011

| | | Comments: (2)

0503UPM

Sabtu-Ahad memang tutup tempat ni, semalam aku buat rayuan utk pergi tengok Kinky. Dr. Melissa kate kul 9.30 sampai 10.30 pagi saje leh masuk. Kul 9 kami dah tercenggek depan Hospital, finally dapat lah tengok Kinky. Kesian dia, bulu kat perut kene cukur sebab nak buat Ultrasound. Bulu tangan kaki leher semua kene cukur utk amik sample. Masa kami datang dia diam je, pas nampak kami terus dia nak bangun nak kuar. Sian anak den, jadi bahan ujikaji.

 

 

0503UPM1

Dalam wad tu ada 3 orang pelatih UPM kot, tanya kami camne selalu bagi Kinky makan ubat. Kami senyum sinis bila pelatih tu kate Kinky ‘SMART’. Dia memang sangat bijak dalam mengenal bau ubat-ubatan ni. Maklum lah 1 tahun dia bergantung pada ubat yang sama. Dah tu pandai pulak berlakon sakit cam nak mati kalu bagi dia ubat jenis cecair.

 

 

Tengok keadaan Kinky tadi, rentung jugak hati aku. Dorang toreh sane, toreh sini aku tengok. Tapi, Kinky tetap buat muke Macho dia. Mata Kinky pun berair je, seolah-olah nak bagitahu dia sakit. Puaslah Mummy dia menenangkan anaknya, aku plak sempat beramas mesra dengan 3 orang pelatih tadi. Mummy dah menjeling tajam! Ok, jom balik dah cukup masa syg. haha2, kata-kata terakhir lepas cium Kinky lame-lame.

 

Note; Lega rasa hati bila tengok Kinky ditemani 3 orang gadis manis. Mesti Kinky tengah Stimm kan? haha3

Part 2; Kinky Admitted !

Friday, March 4, 2011

| | | Comments: (0)

large_CAT

 

Hari sebok sedunia, memandangkan bos aku nak pergi ke Bangkok, Thailand minggu depan. So, kene lah aku amik hati beliau sebelum dia berangkat esok. Pagi-pagi lagi aku dah masuk meeting propose dekat 3 Design Product for skin series. Dalam meeting tu jugak hati aku tak tenteram, sebab masih tak dapat panggilan dari Hospital utk amik Kinky. Tina pun tak kurang hebat bz nya, tapi kalu Dr kate boleh amik Kinky lunch hour dia leh lari amik kinky.

 

Tengah Tina meeting dia text aku suh aku call Dr Melissa sebab dia tengah meeting masa Dr Melissa call, Tina pun dah meroyan-royan dengar doktor kata Kinky Kronik! Aku pun kebetulan dalam discussion, mintak kebenaran lari g toilet. Tepon Hospital tak berangkat, kul 5.30 dah. Aku syak dah tutup hospital, camna aku nak tau condition Kinky skang ni.

 

Dah kul 6 aku cuba jugak call, akhirnya dapat aku bercakap sendiri dengan Dr. Melissa tu. Dr ni cakap slow sgt sampai aku kene tekap tepon ke telinga baru aku leh dengar. Doktor kate pas buat Ultrasound, Kinky disyaki mengalami ketumbuhan dalam abdomen dia. Doktor kata dia kene ditahan lagi buat sementara waktu bagi mendapat rawatan susulan. Mana yang terbaik utk Kinky aku mengiakan je lah.

 

Aku pun melaporkan berita semasa terus ke Tina, biasalah hati dia lembut cam berry Kinky.. Menangis je lah, dah balik umah nages, tengah makan nages. Aku ase time gaduh ngan aku sedihnya takde lah sekronik ni, sampai umah demam! Tidur pun mgigau2, harap esok dapat bawak dia tengok Kinky kat sane.

 

Note; Aktiviti bebas malam telah dibatalkan dengan serta-merta!

Kinky Admitted at Veterinary Hospital, UPM

Thursday, March 3, 2011

| | | Comments: (0)

f_6cat

 

Disebabkan rasa malas nak pergi keje, aku buat-buat lah ajak Tina pergi hantar Kinky ke Hospital, tapi kali ni aku tak nak pergi tempat biasa. Tina cakap nk pergi yang UPM. Si Alam sebok nak ikut, dia sebabkan dia anak yang tak banyak songeh, aku pun bawak lah skali. Kira ni 1st time aku sampai Hospital ni, dari segi lokasi dan perkeliling sgt memuaskan.

 

Dipendekkan cite, Kinky di tahan kerana di katakan mengalami diarrhea yang kronik. Kalu di ikutkan hampir 1thn juga dia cirit birit, pada kami dah cam satu kebiasaan. Setiap kali kami pergi Klinik Swasta, semua bagi ubat yang sama. Cakap yang sama, bila balik masih sama Si Kinky tu. Pejam-celik dah nak 1thn Kinky sakit camtu. Dr. Melissa yang amik kes Kinky, harap sangat Dr. Melissa ni boleh diharapkan. Dr. kate suh tinggalkan Kinky utk amik sample n urine. Dia kate esok boleh amik Kinky.

 

Harapan terakhir kami kat UPM ni je lah, sample yang dorang amik dari Kinky harap leh tolong dapatkan penyelesaian Diarrhea Kinky. Esok baru dapat tahu keputusan penyakit sesuatu Kinky ni. haihh..

 

Note; Malam tu Dato Memon open table, alhamdulillah..

Hari Sukan Anak-Bulu (ALAM)

Sunday, February 27, 2011

| | | Comments: (0)

catshow3

 

Awal pagi lagi Si Mummy sudah bangun, seolah-olah Mummy dia lagi excited dari Si Alam. Alam dah start berpuasa dari malam tadi, paksa la Si anak tiri tu berry pagi-pagi. Takutlah terberry di tengah-tengah majlis tengah berlansung kang sia-sia malu free org kate. Kul 9 dah sampai lokasi Kelana Jaya Mall, sampai-sampai je aku tengok penuh dengan belon2 warna-warni. Terasa lah aku cam pergi hantar anak-anak pergi Hari Sukan sekolah! haihh.. Leh tahan bercintanya nak tunggu guru besar datang, sempat lah abes 5 batang rokok! stress aku.

 

catshow

 

Dipendekkan cite, kul 12 jugak lah semua Majlis baru bermula. Lebih 50 ekor kucing yang dipamerkan. Ada yang berbulu, yang tidak berbulu pun apa kurang seksinya. Pasal Sponser n management aku tak berminat nk selitkan kat sini, biasalah kalu terlewat or tak puas hati tu mmg ada lah. Niat aku nk bawak Alam tgk geng2 dia je.. takot sok dia lupa asal usul dia. Hahah2, Ada byk kategori cam best dress lah, kucing comel lah, corak cantik, kaler cantik, kucing pelik, kucing terpanjang, terpendek, kucing terbaik, kucing sawan babi pun de. tu kategori ak kasik kat Alam sorang je.

 

catshow1

 

Sebab pe aku kategorikan dia kerana, orang len sebok tengok show. dia tido! bila judge tu amik dia, dia pura-pura tidur dan meroyan tak tentu pasal. Leh posing acah2 tempat tidur paling selesa lah kat dunia dlm cage tu. Sakit lak hati aku tengok dia, kalu leh nak suh Mummy dia tido skali dalam tu! Tkpelah Alam, takde rejeki ko. Ko pun bajetbest je kan nak pergi, door gift pun jadilah Alam oii.. ti balik sme kekah hadiah ko. haha3. Kul 3 lebih aku bersurai sebab dah penat berdiri + melayan karenah ko. tambah lagi takot kalu ko berak atas cage tu.

 

 

Note; Yes! Akhirnya ko berjaya berry dalam kete Mummy ko! haha3, Masey Alam!

Mood; Anak-cucu ON !

Wednesday, February 23, 2011

| | | Comments: (0)

“.. What greater gift than the love of a cat?”

24anak-cucu

“.. People who love cats, have some of the

biggest hearts around.”

24anak-cucu1

“..Time spent with cats is never wasted.”

24anak-cucu2

 

Hmm, tetibe terindu kat anak-cucu kat umah. Kejap je pertumbesaran dorang, skang berlari lagi pantas dari aku! tak leh jadi, aku kene pergi kuruskan badan pas ni. demm! Gambar 1st di atas tu genap dorang sebulan dah, bende paling mbahagiakan aku balik keje tgk rumah besepah. Ye, bahgia! sampai rasa nak muntah kat muke dorang lah. Tapi, pas tgk muke sekor-sekor wat aku speechless! hilang rasa, hilang penat, hilang stress keje. Hebat kan citarasa tuhan kasik, FREE je! tak yah bayar. Korang pun leh rasa sendiri kan?

 

Kira-kira pakai jari, 8 ekor sudah. Bkn senang nk bela Si Kecil ni, dugaan pun bukan sikit. Kadang-kadang dia boleh buat korang rasa, dia lagi penting dari yang lain. Tolong jangan tertipu dengan muka-muka di atas ni, itu muka mintak penampor FREE. Rasa untung jadi kucing, makan org bagi-berak org basuh. Hmm, untung2 doakan lah mummy daddy ye anak-cucu.

 

Setiap kali keluar tengok Kucing yang mati tepi jalan kene langgar lari, yang kelaparan di kedai2 makan. Yang kene sepak terajang dengan si bangsat2 yang bodoh bangang. Terus terpatah niat hati nk hantar anak-cucu ke kg.,or nak bagi orang.. ce bayangkan kalu tgh makan kat Steven, terserempak dengan Alam atau Kinky tengah main Pool! tak gile? Ehh, dasyattt!. mmg dasyat !

 

Note; Nak balik keje awal, dah rindu kat dorang!

KAMI-Superstar !

Tuesday, February 15, 2011

| | | Comments: (0)

superstar

 

Mengalahkan artist! Artist pun tak training vocal 3 kali seminggu. Dasyaatt! memang dasyatt! Biasalah kalu dah hujung-hujung minggu, ini lah masa merenggangkan anak tekak. Pagi-pagi lagi aku dah bangun, sebab hari ni katenye nak pergi ke Karnival WOW at Putrajaya. Memandangkan matahari melanggit, pergi lah riki line bella kat umah Lan & Mala.

 

Kebetulan, ada kerabat-kerabat. Tepat kul 6 petang acah-acah dengan yakinnye nak pergi Karnival WOW tu. Hujan mencurahh., tak cukup plak tu.. dah tutup semua kaunter-kaunter, ouh rupe-rupenya pukul 6 habis. ciss, buang masa dalam kesesakkan lalu lintas yang dasyatt. Plan B, pergi Alamanda. Dah menepek kat situ ape lagi karaoke. Sampai menjelang lewat malam. Tahniah kawan-kawan!

 

Malam tu aku lepak jambatan wawasan., tak silap aku kali terakhir aku datang sini zaman aku study kat KLiUC, Bangi dulu. Perghh berkurun., bayangkan lah aku dah bercucu.. kira lame lah jugak. haha !

My Valen-Tina

Monday, February 14, 2011

| | | Comments: (0)

DSC_0559

 

My Husband, Dearest Hubby …

“ The happiest moment in life comes from loving someone and form being loved by the one. I love you, not for what you are, but for who I am when I’m with you. Being together with you, I am COMPLETE. Thank you for being my complete LOVE PUZZLE.”

Wife 140211

Mekasehh, maaflah ab sangat busy tak sempat nak prepare pape. Just simple wish last nite. Gegar kejap injap paru-paru ab, malu pun ada sikit. Haha2, hari ni genap lah 1 tahun awak sarung cincin di jari saya. Sampai sekarang masih di jari ab, mungkin kene tuka size lah ab rase sebab ab dah gemuk! so sad.

 

Beby, thanks for everything. Masa ni masih jelas ab terbayang hari persandingan kita. Satu saat yang ab sikit pun tak dapat lupa. Untuk semua yang sama-sama kongsi saat indah itu, selamat hari kekasih. Doakan kami seperti mana kami mendoakan kalian. Terima kasih.

Agar-Agar Santan Syok Sendiri !

Sunday, February 6, 2011

| | | Comments: (0)

agar2santan2

 

Yeah, acara hujung minggu yang berjaya Puan Tina buat. Pas layan Hindustan sampai berhingus lah aku nih, pompuan tu sebok kung-kang-kung-kleng, bila tanya buat apa.. Rahsia katenye. Oh, inilah rahsianya. Dia cakap aku lah orang pertama yang rasa Agar-Agar Santan yang dia buat sendiri. Cukup rasa, sempurna cam orangnya. Hehe2,

 

agar2santan3

 

Bukan aku sahaja yang suke, abes sme anak-cucu dia sumbatnya. Nak plak tu dorang makan, siap mintak bungkus. Sakit plak hati aku, dari tadi dia duk suap anak-cucu je., aku? yang pertama tadi je lah dia suapnya, sangat berat sebelah! anak dia kalu sakit, bekejar-kejar ke hospital. Demm! bunyik cam aku sangat cemburu. Oh! Tidak.

 

agar2santan1

 

Daddy tak tau pe Mummy korang letak dalam Agar-Agar tu, korang tidur cam SyokKk sgt je Daddy tengok. Itu lah engkau Alam, Daddy dah pesan.. langkah dulu makanan kalu orang bagi. Kan dah kene santau! haha3, Selamat lah engkau di sana Alam! Bagi daddy, apa saje mummy ko buat daddy rela. Kalu dia racun daddy pun daddy leh senyum bahgia. Mekaseh syg ! Muahhx.

 

 

Note; Memandangkan awak dah pandai buat pelbagai Agar-agar, tahun ni bulan pose leh lah bukak bazaar.

Beraya di Sunway Lagoon !

Friday, February 4, 2011

| | | Comments: (0)

sunway1

 

Ni pun salah satu aktiviti tak de dalam planning tahunan pun, memandangkan Dato Eid nak memutehkan kulit dengan cara semulajadi kat Sunway Lagoon. Kami ikutkan je, kebetulan Aciq dari Penang maii KL dia pun nk join. Aku pergi pun last tahun lepas, itu pun trip dengan company. Acah-acah lah kuar pagi, makan saje telah hampir menjelang tgh hari.

 

Kejadian yang menyayat hati berlaku ketika di sana, aku tipu-tipu-tipu lagi ! haha2, di sebabkan kejadian itu, aku di pukul bertalu-talu. Mereka menjerit seolah-olah di rasuk hantu, kapal tu pusing 360’ hebat tu! Kalu leh aku nk dia pusing 360’ tu 5kali, baru cam minum Whisky! Pengalaman korang lah kan,. korang telah mengatasi level ketakutan sendiri.

 

Note; Cik Tina nages nek Tomahowk! haha, sian syg ab ni..

Dendam Kesumat !

Thursday, February 3, 2011

| | | Comments: (2)

angkara_

 

Title Entry ni takde kene mengena dengan gambar di atas. Eid, sumpah aku tak terlibat! haha2, 2 ekor gagak itam tu balas dendam kesumat tahun-tahun lepas punya cerita. Haha2, gambar ni membuktikan aku busy ambil gambar saksi kerakusan dorang terhadap ko. Tak kurang hebat, yancik siap puji ‘Acix Ensem’ kat tangan ko. haha2, Entry kali ni mesti ramai tak puas hati. Ada aku kesah, kesan garam di bibir ku masih di ingatan. cilako !

 

Note; Baju ijau tu aku tak pasti lah anak sape, mungkin Video aku amik aritu lebih jelas. haha3

Fatty Crab Penyet !

Tuesday, February 1, 2011

| | | Comments: (4)

1feb

 

Dato Yancik msg ajak makan ‘Fatty Crab’, TUTUP! ketam sme g berayee lah cik oii, dengan muke frustnya tuka plan makan steamboat, pun TUTUP! sme seafood g beraye gamaknya. Dah alang-alang kat Sunway tu, tuka plan makan Ayam Penyet ! Chinese New Year tahun ni cam best, sebab cuti panjang. Leh lah meroyan ngan orang umah.

 

feb2

 

Dah kenyang makan, bergaya dengan duit raya! bulan baik, hari baik, mood pun baik. haha2, pe mimpi bos aku tu dgn murah hati bagi Sampul Merah awal. Rejekii jgn ditolak,. Tentiu Michael ! dah kenyang mencekik Pecel Lele, sambung atas meja pool plak. Ada orang tak puas hati nk repeat kalah kat Steben. haha2

 

3feb

 

Dah puas bersukan, sambung makan. Teruskan perjalanan ke A&W, idea bernas! Balik umah terus tidur. Hasilnya, perut aku yang makin maju ke depan!

Part 2; Nasi Kandaq !

Sunday, January 30, 2011

| | | Comments: (0)

kandaq

 

Kesan sampingan dari malam tadi telah menyebabkan hidung aku tersumbat, kul 9.30 turun brekpes. Balik bilik cam bapak-bapak aku baca surat khabar. Takde yang best pun paper kat Penang nih, same yo ngan KL ! Aku beralih arah ke Laptop – Facebook – Gossip ! grrr. buhsan !

“Abiiiii, nasik kandaqq satuu !” Jerit Tina dari bilik air.

Tuu diaa aihh, sawan babi dah maii.., aku pun terus txt acik ngan singgit ty dorg katne nk makan nasi kandaq terbaik. Kapitan Jetty – yelah kot. same je aku makan nasi ni ngn steben. cis ! Kene tipu idup-idup. Dari Nasi kandaq ke Batu Feringgi, riki line tepi pantai.

 

pantai1

 

Batu Feringgi – Dorang semua berbakat dalam menunggang kuda, aku memang tak lah. Buat seksa binatang je. Snap sane – snap sini, yeah! gambar banyak aku upload, korang check lah facebook yer. Kalu nak lebih, ti aku email. Itu pun kalu aku rajin nak attach. hehe2.

 

fly2

 

Dalam banyak2, aku tertarik dengan 1 mende. Payung terjun terbang-terbang tu, cantik warna pelangi. Aku suke ! Grr, mahalnya. ade ke patut RM90/sorg, kalu dah 2 org RM180 ? Rela aku upgrade Laptop aku dari aku naik kejadah tu. Itulah untungnya dak Penang, dorang deal dgn abg gagah tu dapat lah RM90 utk 2 orang. So aku semangat lah nak terbang. Terujaa kejap aku tgk keindahan tuhan dari atas. Hebat !

 

Singgah Gurney Drive makan laksa! Hari ni Group len dari KL tu nak berangkat, tinggal lah kami je. Pas lepak dengan dorang, aku ke Coffee Island tempat Ex-Gay aku keje. bbrawkstar yang tak berape nak gay tu busy orangnye., saya singgah minum pun tidak dilayannye. sedih ! Malam tu jumpa Antera, Nick Fonseka dan lain-lain. Aktiviti seterusnya Pool + Karoke,

 

koke

 

Thanks All ! dak-dak penang, best ! Nanti korang mai KL, gtau awal 3hari naa.. esok dah nak balik KL., malam ni nak sambung main kejar-kejar dalam bilik. bye-

Part 1; Penang Mari !

Saturday, January 29, 2011

| | | Comments: (3)

hnymoon

 

Perjalanan yang tak di rancang, memandangkan rindu melambung kat cik tina aku pun menyuarakan hasrat nak ke Penang. Sambil menyelam minum air orang kate, sambil riki line bbrawkstar yang tak bape nak gay + member-member Penang kat sane. Terima kasih atas bantuan rakan sefacebook, Sha n Shaz yang membantu kami menunjukkan jalan yang benar sampai ke Pulau Tikus.

 

hotlbjaya2

 

Berjaya Hotel, Penang. Petang baru kami check-in,. Kebetulan ada group dari KL yg datang Penang jugak. Kebetulan kitorg Check-in Hotel yang sama plak, Kebetulan jumpa Dato Yancik n Datin Meymel plak. Semua kebetulan lah ! tak de yang tak betul. Malam ni kami mencucuk langit, Yeah ! Lame tak berjimba-jimba. Tulang pun dah rasa nak reput, tinggal masa nak roboh je tulang belakang aku nih.

 

69clb

 

Muke-muke bergaya sebelum ke puncak ! Haha3, 69-Club memang caraa tempat ni. Walaupun takde dance floor, tapi dia ada tempat mandi-manda. Yang penting enjoy ! Dak-dak Penang yang mencuit hati. Kat Club ni lah Dato Yancik perasan ada sorang mamat ‘bukan faizal tahir’. Sampai skang aku masih terngiang-ngiang raut wajahnye! haha2, sajian malam tu ala kadar je. Yang pasti aku Happy, yang len tu tak happy pe aku duli. haha2!

 

69pool

 

Satu badan dah panas! Abes sme versi goyang inul aku tibai, ntah masa bila aku dalam kolam ni pun ak tak sedar. Rujuk gambarajah di atas ada mat salleh yang aku sendiri tak pasti kewujudannya, tapi hati aku yakin! ini angkara dia ! Terasa cam badak berendam lame-lame dalam air ni, itu time aku tak rasa ada orang sekeliling pun, pas aku tengok gambar-gambar ni.. ramai rupenya dalam club ni,. Malu! nak balik!! ciss! baru aku tingat, camne nk tukar baju ? Bebyyy ! tak aci awak tak terjun skali.

 

Seperti biasa, bkn terus balik bilik. Sempat menyinggah makan dengan basah kuyup tu. Tak hujan tak ribut, orang kat situ pelik tgk aku, yancik, acik, singgit basah kuyup. Syabas! Korang syak aku balik bilik terus mandi tak? jeng jeng jeng ! memang tidak lah ! aku tidurr terus. Nite-nite!

Farewell; Rakan Sekolah !

Friday, January 28, 2011

| | | Comments: (0)

Farewell

Goodbyes are not forever, Goodbyes are not the end.

They simply mean I'll miss you, until we meet again!

Ini rakan sekerja yang ke-4 berambus dari kantor aku, tinggal lah hanya beberapa kerat yang masih lagi kuat iman di dada. hmm, mungkin skop kerja kami yang berbeza .. so aku masih tak termakan psycho si botak walau hakikatnya hati ada goyang bila dapat tawaran-tawaran hebat di luar. Goyang jugak jiwa aku, tapi kasih kan boss lebih hebat aku pejam lah mata.


otak2

Bye-bye Sook Yee, nanti free kita gosip kt skype ok !