Pas genap umur korang 2 bulan, ktrg memang dah plan nk bawak semua pergi cocok! 5 ekor tadi di pikul ke Hospital Vet di Cheras. Itu je lah yang aku ase tempat OK dan dekat. Harga biasa cam Klinik Swasta la kan, kalu dah namanya rejekii.. tak kemana lah kan, Kat sini aku nak share sket lah pasal Vaksin ni;
PERLU KE VAKSINASI NI ?
Tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit yg boleh membawa MAUT. Selepas kucing anda di vaksin, "askar-askar" di dalam badan kucing akan diaktifkan untuk membina daya tahan terhadap penyakit2 yang berpunca daripada mikroorganisma yang berbahaya.
Tapi seperti memelihara bayi / anak anda sendiri, membela kucing juga adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada pemilik masing-masing. Sekiranya kucing anda jatuh sakit, demam, cirit-birit dan sebagainya, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk merawat mereka.
APAKAH KEBAIKAN PEMBERIAN VAKSIN?
Penyakit yang dapat di elakkan dengan pemberian Vaksin;
FELINE PANLEUKOPENIA (FPL) Nama virus ni sendiri dah tergeliat lidah nak sebut, apatah lagi kucing yg terkena virus maut ini. Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang MUDAH BERJANGKIT dan BOLEH MEMBAWA MAUT terutamanya anak kucing.
TANDA-TANDA JANGKITAN : Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yg sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.
FELINE CALICIVIRUS Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain (seperti FVR) dan bakteria.
TANDA-TANDA JANGKITAN : Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis.
CHLAMYDIA PSITTACI Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam dan radang mata)
TANDA-TANDA JANGKITAN : Radang mata, mata dan hidung berair.
FELINE LEUKIMIA (FeLV) Bagi saya, Virus ini adalah yang paling bahaya kepada kucing.
Penyakit ni disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema serius kepada kucing-kucing. Satu pertiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.
TANDA-TANDA JANGKITAN : Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.
FAKTA TENTANG KUCING
Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.
Note; Kepada pecinta-pecinta kucing, good luck ! [motif?]





0 comments:
Post a Comment