About Me

| | |
Setiap orang memiliki cerita sendiri. Dan berikut ini cerita saya.

Mungkin cerita ini sedikit panjang. Tapi saya berharap ia sedikit sebanyak memberikan anda inspirasi, semangat dan motivasi. Tidak seperti orang lain, saya tidak banyak kisah kejayaan. Sekarang pun, saya masih ‘bermain-main’ dengan kegagalan. Dan, cerita saya pun tidaklah sehebat cerita orang lain.

Nama lengkap saya Raihan Anati. Agak unik nama tu, jangan tanya kenapa. Member skolah panggil Raihan, kalu geng panggil Paan. Sekarang dah 24 Tahun. Fuyoo! Rase baru 15 Tahun jer. Alhamdulillah, saya dilahirkan dengan selamat pada hari rabu, 5 November 1986, dengan anggota tubuh yang lengkap, berpewatakan menarik, berbadan sasa agak comel di perutnya.[haha2]

Kini saya berkerja di salah sebuah syarikat yang telah beroperasi selama 21 Tahun di Puchong, Malaysia. Saya sebagai Senior Designer mempunyai Production sendiri di dalam Macsam Sdn Bhd. Si Botak yang kacak dan bergaya itu lah satu-satu nya Role Model saya, Mr. Michael. Manusia yang selalu memberi sokongan guna air liur je, tapi memberi kesan mendalam pada saya. 4 Tahun saya berada di posisi ini, bukan semudah yang di sangka untuk ketahap ini. Dengan kasih sayang seorang ibu tunggal bersama 2 adik beradik yang lain, saya memikul tanggungjawab ketas mereka. Bukan suatu kerja yang mudah. Terima kasih yang tak terhingga untuk ibu saya yang cukup memberi sokongan dan doa berkat dari beliau, kini saya boleh dikategori kan di antara mereka-mereka yang berjaya.

Tapi lumrah manusia, tidak pernah rasa puas. Perjuangan saya tidak terhenti disini, manusia mana sanggup makan gaji seumur hidup. mana sanggup di kerah setiap hari. Lainlah pada mereka yang berkerja kerajaan. Pada saya yang memilih Syarikat swasta, dah tentu tidak merasa selamat untuk masa akan datang. Nak menyimpan apatah lagi. Saya ingin mengejar impian membina empayar perniagaan. Saya nak berkerja sendiri, memiliki koleksi peribadi. Dengan tak malu nya saya nak jadi Role Model pada mereka-mereka yang merasakan bidang perniagaan seperti ini tidak boleh pergi jauh. Nantikan!

Saya mempunyai tabiat buruk, iaitu kentut berbunyi, malas dan pelupa. Penyakit tersebut sering menghantui saya apabila di pejabat. Malas untuk mandi, lupa untuk makan, malas untuk tidur, malas tidur, dan lain-lain. Tapi kira malas saya ni malas taraf VVIP. Sebab dalam setahun dia pasang surut je. Nak buat camne, dah ada tabiat camtu. Cuba memperbaiki kelemahan diri, sampai mati.. tak kan berhenti mencuba. 'Takut, bukan alasan untuk tidak mencuba.' Inilah kata-kata munajat yang saya peluk sampai sekarang. Sampai disini sahaja lah yang dapat saya kongsi dan sedikit sebanyak tentang saya. Paan tu sinonim dengan perkataan simple. Pada mereka yang ingin mendekat, cuba pancing saya kalu dapat! [bajet best!] Oleh itu, saya memilih nama 'bajetbest.blogspot.com' untuk mereka-mereka yang tidak berkenaan. Nyah kau dari blog den! [eden toraii]

Salam penuh kemaafan andai ada kata-kata atau penulisan yang menyentuh hati mana-mana pihak, sepuluh jari saya susun. Ya ampun! Salam perkenalan untuk semua.

"Mimpi adalah kunci, untuk kita menaklukan dunia. Berlarilah tanpa lelah, sampai engkau meraihnya."