Ayam Penyet; The Curve!

Sunday, November 28, 2010

| | | Comments: (2)

ayampenyet1

 

Sumpah rindu masakan masa kat Bandung aritu! Cadangan cik tina ditutup, selepas dia menyusul dengan cadangan makan pecal lele kt the curve! Aku lah paling semangat waja, sambil bawak kete leh lagi aku terbayang-bayang ikan keli tu menari-nari kat trafik lite! cilako!

 

ayampenyet

 

Alhamdulillah, tertunailah sudahh selera perut aku yang duk teringat-ingat makan masa di Bandung. Thanks beby, bawak saya jalan2 sambil melucah di bawah lampu kelip-kelip! haha2,. Pas aktiviti makan, kul 8 tunggu skandel kat starbucks dia cakap malam ni nak kasik album lucah kami. haha2! Perjumpaan along-along seantero di adakan, cam esok tak keje plak aku rasa! haihh.

 

Note; Ayam penyet kasik hentuk dahi 3 bungkoss yaww  –Siap!

Wet World; Shah Alam!

Saturday, November 27, 2010

| | | Comments: (0)

wetworld


Hujung minggu aku terasa cam bawak dak2 ni g mandi, tapi taknak mandi sungai sebabnya agak leceh kalau ada kanak-kanak riang seperti dalam gambar di atas! So, aku decide nk g Wet World Shah Alam. Lagipun senang Mak lang cik tina nak join dekat. Pagi-pagi lagi Cik Tina yang paling xcited nak dibandingkan dengan yang lain, dia bangun awal pagi. Kebetulan cuti sekolah, agak bercinta gak lah orang kat tempat ni!


Petang terus ke Hospital, mama dah ok mungkin esok dah boleh balik. Berendam seharian cam badak membuatkan aku penat, kat hospital pun berapa kali tersengguk2! Sebelum Maghrib aku balik rumah berehat. Kalu esok mama boleh balik, senang sket aku tak yah lah amik cuti hari. Dengan artwork yg bersepah aku susun bawah meja opis. Kalu di beri pilihan aku takmo usik lansung! cait.


Note; Sambung tidor dengan tidak sedar dirinya!

Hospital Part 3; Operasi berjaya!

Friday, November 26, 2010

| | | Comments: (0)

DONE


Alhamdulillah, semua berjalan seperti kehendakNYA. Tepat kul 12 mama dah di transfer ke wad biasa. Tapi, aku masih tak sempat nak jumpe doktor. Mama masih belum sedar, aku dan adik-adik masih disisi dia mengikut kemahuan dia sebelum di bedah. Adik aku yang kecik terakhir tu yang paling rapat dengan mama, dia lah paling banyak tanya aku bila mama nak bangun. ‘Syhhh.. Mama tidur jangan bising.’ sambung aku sambil layan buku muka aku. Doktor cakap lepas 4 jam baru kesan ubat akan kurang, tapi bergantung pada kekuatan pesakit. Adik aku yang dari tadi sebok belek2 mak aku taknak plak pergi makan aku ajak. Nak taknak kene tunggu mama sedar.


4 Petang baru mama bagi tindak balas bila. Puas jugak pujuk tasha makan, pas dia nampak mak dia dah boleh bergerak baru lah dia nak turun makan di kedai. Mama perlu rehat cukup, ti malam baru datang semula. Kul 7 amik beby kt tempat keje. Hujan lebat kebetulan dari petang tadi, balik bilik aku bersiap-siap untuk ke hospital semula. Beby tak jumpe mama lagi selepas pembedahan pagi tadi. Kul 8.30 malam aku kejutkan mama, kesan ubat membuatkan dia tak boleh membukakan mata dgn betul. Alhamdulillah, dah boleh masuk makanan sket dan mampu bersuara. Lama gak lah ktrog berkampung kat bilik mama, pas kul 10 baru balik ke hotel terus makan malam.

Note; Doaku panjatkan, syukur alhamdulillah..

Hospital Part 2; Operation Theatre

Thursday, November 25, 2010

| | | Comments: (0)

1

Kul 7.00 pagi aku dah terconggok depan mama, atas permintaan mama sebelum di operasi dia nak jumpa anak-anak dia. Sempat lagi berpossing sebelum di operasi, itu lah wanita terhebat ‘mama’. Tak pernah sikit pun mengeluh atau merunggut dengan kami. Jauh di sudut hati dia ingin melihat ‘seseorang’, tapi aku tak dapat nak tunaikan permintaan dia. Aku tahu dia kuat bila tengok kami semua ada mengiringi dia ke bilik bedah. Kuat mama gengam tangan aku, aku terima insyarat itu dengan kelat.


“Mana ayah?” tanya si baju biru berkulit hitam. “Carik gadoh btol nurse ni! dah tak nampak ke semua nya budak bawah 30 tahun kat sini?” bentak hati aku.


2

Pas mama dah masuk bilik bedah, aku hantar cik tina ke pejabat. Sian dia lewat ke office, seb bek la dekat je dari hospital nk ke PWTC. Kalu kami adalah ‘kekuatan’ mama, tapi cik tina adalah ‘kekuatan’ aku sorang! haha2, Keadaan serabut saya membuatkan saya tak dapat berfikir dan membuat keputusan dengan waras. Wanita ni lah yang tak pernah jauh dengan saya, menjaga bkn saya seorang. Tapi keluarga saya. Tak lupa juga kawan-kawan yang memberi kata-kata peransang dan turut mendoakan kami. Thanks yaw!


3


Pas balik dari hantar cik tina, mata dah start nak tertutup. semalam tidur tak berapa nak lena, ..aku pergi check-in hotel yang berhampiran dengan hospital. Kebetulan bilik yang aku duduk tu berhadapan dengan bagunan UMNO tempat kerja cik tina, dari jauh nampak cik tina kecikk je. hehe2, OK. Nak sambung tido. Tengah hari nak ke hospital semula. Sambung tido dalam iman.

Note; Krooohh! ZZzzzz!

Hospital Part 1; Check-in

Wednesday, November 24, 2010

| | | Comments: (0)

h16

SENTOSA MEDICAL CENTRE, Kuala lumpur. Tempat ni sangat lah bertamadun. Pada tahun 1986 (24thn), aku di lahirkan secara normal di sini. Tapi aku tak paham kenapa makin lama makin abnormal. Adik lelaki aku yang kedua, pada tahun 1991 (19thn). Pada tahun 2003 (7thn) lahir lah adik perempuan aku yang terakhir. Jauh kan jarak kami? Agak emotional jugaklah hospital ni pada aku, sebab aku pernah dipenjarakan tanpa rela selama 2minggu. Bagi yg takot jarum adalah satu pengalaman buruk pada aku!


Pada tahun lepas lagi, doktor telah mengesahkan mama ada kanser thyroid. Untuk aku yang tak teguh ketika tu, tak mampu berbuat apa-apa mengharap bantuan ubat setiap hari. Pada awal tahun 2010 makin lama, makin membesar. Mama mula mengadu susah untuk bernafas. Aku rujuk hospital lagi, sel thyroid tersebut semakin aktif, doktor suggest supaya pembedahan segera dijalankan. Berdesinglah telinga aku mendengarnya. Pembedahan tidak lah semudah yang doktor tu kata, aku kene rujuk Institut Jantung Negara (IJN) bagi memastikan jantung dia betul2 sehat untuk menjalani pembedahan thyroid. Mama perlukan physically and mentally fit and strong.


wad1

Dan hari ini aku datang lagi atas alasan yang berbeza, mama akan dimasukkan ke wad. Esok baru boleh di operasi. Pagi-pagi aku dah keluar rumah hantar mama, tengah hari aku balik ke office sebab nak settlekan keje yang tak kan abes tu. Alhamdulillah, doktor kata kesihatan mama mengizinkan dia untuk di operasi esok. Berharap sangat semua akan berjalan dengan lancar. Balik kerja tadi aku sempat pergi berjumpa dengan jemaah masjid hantar sikit Ihsan, ikhlas mewakili keluarga aku. Di harap esok semuanya berjalan lancar. Amin


Note; Ya Allah, Perkenankanlah permintaanku.

Menyelam Berirama; Congkak!

Saturday, November 20, 2010

| | | Comments: (0)

SUNGAI CONGKAK CHERAS, KL

sg congkak

Berirama lah sangat, hujung minggu yang tidak dirancang sama sekali. tetiba en lan ajak bermandi-manda. Pagi – pagi dah buat drama kat umah. Cik Tina sempat nak masak, aku cadang nak beli siap je. Kul 2.30 dah sejok tunggu en lan sampai. Bajetbest gak lah time sampai tempat tu.

 

Ini pertama kali aku nek atas skali, selalu aku datang main bawah2 ni je. Air sejok menusuk ke lubang idung. Dengan cuaca nak hujan, air sungai bukan main laju agi.. Aku yang cam gajah berat ni pun dgn senang di hanyut ke bawah. Cait!

 

Agak2 kecut semua kulit, kitorg cabut. Nasi tambah dah berkali-kali. tapi masih tak puas hati! Lapar lagi? ktorg sambung makan kat Sunway!

 

YUEN STEAMBOAT SUNWAY, PJ

 

stembot

Ini yang dikatakan ‘membela’, makan cam hantu. Tadi sampai pun dah kene beratur dekat setengah jam. Kalu merujuk seperti gambar di sebelah, agak full la jugak tank ktrog sme.. pas seafood – aiskrim, pas aiskrim – seafood. melantak tak sedar kalori punya. haha2, jahanam diet aku!

 

2 Jam lebih gak lah ktrg mengerjakan seafood2 kt situ.. en lan yg hyper aktif di dalam air tadi, menunjukkan sintom2 bertukar wajar kelaparan. Abes satu tingkat dia tawaf! haha2, yang best nye makan kat sini; tak kene basuh pinggan! So, balik teros tido. Alhamdullilah, rezeki untuk hari ini.

 

 

Note; Bulan penuh, patot ah isi ketam bykk!

Update; Birthday Gift!

Friday, November 19, 2010

| | | Comments: (1)

birthday gift

 

Dah lama aku nak update birthday gift ni, tapi takde masa. Thanks untuk semua birthday gift. Rasanya tahun ni lah paling banyak gift aku dapat selepas 18 tahun lepas. Memandangkan usia makin meningkat ni aku tak rasa cam tak sesuai untuk aku. Hahah3, ucapan ringkas dah cukup wat aku melayang2.

 

Yang bagi den table pool, table football tu masey lah kan. Pasni aku tak maen kat steben dah! haha2, tapi cam anak den yang lebih maennye.. :) Aku plak tolong kira mata utk dorg. haha2..

 

Untuk beby, kasih dah melimpah ruah saya curahkan. Jangan curik hati saya banyak sangat. Kehadiran awak melengkapkan hidup saya. I want to grow old with you, Sadwhiterose!

 

 

 

Note; Cik Tina, mekasih adiahh besau awk tu! hehe.

Kinky & Luna Days Out!

Sunday, November 14, 2010

| | | Comments: (2)

DO

 

Setelah 4 Hari di Bandung, hujung minggu bersama anak-anak plak. Mood nak bercinta di tepi tasek tergendala atas sebab hujan membasahi bumi. Dah janji dgn anak punya pasal, terpaksa lah aku bawak juga ke Tasek Permaisuri, Cheras. Keluar rumah pun dah kul 6ptg, dapat berjalan suku tasek je lah.. Kinky keadaan terkawal, tapi agak perasan ensem sket kat situ. Si Luna, mengigil tak tentu masa. Dari keluar rumah sampai lah nak balik rumah, bergegar2 badan dia. Motif? takot! Cait, penakut punya Luna.

 

DO1

 

Sempena ‘Sweet November’ pada tahun ni, aku nak kinky & luna sharing skali hari bahgia kami. Mereka-mereka yang hadir dalam hidup seharian kami, telah banyak memberi kesan dari awal tahun hinggalah ke penghujung tahun ini. Diharap kalian masih tetap disitu, dan ikhlas jujur hendaknya. Tak lupa juga untuk mereka-mereka yang iri hati, duk’ mengata-ngata tak henti-henti dari awal tahun sampai lah ke hujung nyawa, duduk la korang kat tahap tu. Aku tak rasa aku rugi pape pun dengan perbuatan bodoh tu. So terserah, pendapat masing-masing. Korang yg meletak sendiri level diri. Renung-renungkanlah dan selamat beramal! Thanks yaww!

Bandung, Gunung Tangkuban Parahu!

Friday, November 12, 2010

| | | Comments: (3)

TP1


Disebalik Tangkuban Perahu ni, ada cerita dogeng yang korang leh baca sendiri kat dalam tenet. Type je Sangkuriang. Sangkuriang adalah legenda yang berasal dari Orang Sunda. Legenda tersebut berkisah tentang terciptanya danau bandung, Gunung Tangkuban Parahu, Gunung Burangrang, dan Gunung Bukit Tunggul. Dari legenda tersebut, kita dapat menentukan sudah berapa lama orang Sunda hidup di dataran tinggi Bandung. Dari legenda tersebut yang didukung dengan fakta geologi, diperkirakan bahwa orang Sunda telah hidup di dataran ini sejak beribu tahun sebelum Masehi.


TP2


Tangkuban Perahu Bandung yang sangat sejuk, dan sumber mata air panas di kaki-kaki gunungnya. Deretan kawah yang memanjang, menjadi daya tarik objek wisata itu tersendiri. Sepanjang perjalanan mata dihidangkan dengan pokok2 teh dan strawberry di kiri dan kanan jalan. Pokok-pokok yang ada di sepanjang perjalanan ke Gunung Tangkuban memang cantik-cantik. Terpesona betul sepanjang perjalanan ni. Cuma jalan lereng-lereng bukit agak bergoncang jugak lah perut aku pagi tu. Sejuk menusuk tulang, amik masa 30 minit jugak dari bandung nak ke Tangkuban ni. Mengikut sejarah, nama Tangkuban Perahu bermaksud, perahu tertangkup. Kalu korang tgk gambar di atas, dari jauh Gunung Tangkuban Perahu menyerupai sebuah perahu terbalik..


TP3


Inilah Tangkuban Perahu, kami sampai dalam kul 10 pagi. Keadaan masih berkabus tebal tapi terkawal. Peniaga pikul-pikul lebih banyak dari pelancong yang ada ketika tu, aku rasa serabut gile di ekori mereka tak giveup2 menyuruh kami membeli. Sesiapa yang pergi sini korang takkan dapat elak dari dikejar oleh peniaga pikul-mikul ni. Dan ada juga yang akan datang bercerita kat korang pasal sejarah Tangkuban Perahu ni, tapi kene ingat! Bkn dengar free OK, korang di minta bayar selepas selesai dia bercerita nanti! Haha2, kami telah di ingatkan terlebih awal.. Kami buat2 pekak dan bisu, cuba melarikan diri dengan bercakap sesama sendiri! Namun, tidak berhasil. Aku terasa menyampah plak, aku naik atas tu nak tgk pemandangan. Peniaga pikul mikul ni buat aku nye mood ilang!


TP4


Bau belerang menusuk hidung kami, Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung berapi yang berada di lembang, Jawa Barat. Kali terakhir dia meletus pada tahun 1910. Terdapat 9 kawah yang masih aktif sehingga sekarang. Dulu katanya masih boleh ke kaki gunung, tapi sekarang tidak lagi. Disebabkan ada gas beracun.


TP5


Yeah! Mungkin di akhir penulisan ni ada yg korang tak perasan. Kami pergi ke Bandung, berenam. Tapi dalam gambar ni hanya berempat. Jangan tanya kenapa, Dato Emon dan Datin Seby shooping tak habes lagi. Haha2, mungkin sikit sebanyak gambar kat facebook yang aku upload tu leh membuatkan ko jeles, memong! Dalam perjalanan ke Airport, Kami di hiburkan oleh Onche (Pak Supir) dengan cerita dongeng Tangkuban Perahu. Dari Bandung ke Jakarta mengambil masa lebih 3 Jam, sambung tidur!



Note; Tak sabar nak balik Malaysia!

Bandung; Pasar Baru!

Thursday, November 11, 2010

| | | Comments: (3)

PASAR1

 

Pagi ni kitorg ke Pasar Baru, gudang membeli belah wajib pergi kalu korang ke Bandung. Aku rasa 1 Hari pun tak cukup nak bershopping kat sini, setengah hari survey harga.. operasi tawar menawar cam org gile, tapi harga sebelum diskaun pun dah ckup murah nak dibanding kan di Malaysia 2 kali ganda! Mengikut kata orang, di Pasar Baru ni lah tempat membeli telekung yang murah amat! Sempat lah aku belek2 tuk mak aku dan mak mentua. Aku beli baju tshirt tak hengat dunia, ase juling dah mata aku tengok sana tengok sini. Keadaan sekeliling je lah agak kurang selesa dengan penjaja2 santai yang memaksa membeli barang mereka, apa korang cakap, tetap di balasnya. Sampai aku terpaksa buat2 bisu pekak! Nak di herdik, tempat orang.. wat bodo je lah jalan terbaik.

 

PASAR3

 

Lunch; kitorg makan nasi padang, pecel lele, semua masakan sana lah. Time ni aku rindu masakan sendiri, seb bek lah perot aku leh terima masakan sana, takde lah memberi masalah sepanjang aku kat sane. Food court dia besar lah jugak, siap ada karaoke live lagi. Kitorg tak ketinggalan membuat permintaan lagu, “Cinta Terlarang - The Virgin” Sangat lah sporting dorang kat sane, aku ada amik video ti lah aku upload. So dengan permintaan lagu tu, mesti dorang paham sendiri kami ni PLU. haha2, yang agak mencuit hati bila kedengaran di ujung cuping-cuping telinga memanggil Mitha! So aku tau lah dorang tgh mengata belakang! Caitt!,

 

PASAR2

 

"saya mau yang itu, itu, itu dan itu ya buk! tapi harga nya saya mau harga paling murah sehingga ibuk akan menangis nanti ya buk!" haha2, 2 kali jugak lah kami ke pasar baru ni. Hari pertama datang, dah banyak kedai2 yang tutup.. sebab terlewat, jalan jem sepanjang tahun.. keesokkannya terlalu pagi plak, punya tak sedar diri duduk dalam tu tak sedar dah nak senja. Balik dari Pasar Baru yang dah habis setengah juta rupee! Sambung lagi kat Rumah Mode, dalam masa 3 Jam tu Cik Tina telah menghabiskan 1 Juta rupee dengan Jayanya, 2 Kali ke Rumah Mode tu abes dalam 2 juta rupee gak! Untuk pakaian harian aku dan Cik Tina,. Balik dari shopping aku rasa 1 badan sakit nak mampos! mengendong beg adalah dekat nak ke 8kg! tak termasuk yg kat tangan lagi. haihh, Apa saja untuk awak sayang. Kalu leh bawak balik Factory Outlet tu, saya dah letak kat bawah umah kite.

 

Sampai hotel, aku tak mampu nak berbuat apa-apa melainkan terus tidur. Sebab esok pun nak kene bagun pagi. Tak sabar aku nk pi tgk Gunung Tangkuban Perahu! Selalu tgk dalam gambar kat tenet, cam cool sangat. Malam ni adalah malam terakhir aku di Bandung, esok lepas ke Tangkuban Perahu.. terus ke Airport. Malaysiaaa! I’m coming!

Bandung; Factory Outlet Mengila.

Wednesday, November 10, 2010

| | | Comments: (3)

FO4

 

Sampai kami di Bandung, situasi memang tidak seindah yang di gambarkan. Dengan takde apa-apa pengalaman memijak kaki ke sini, agak lama jugak lah nak menyesuaikan keadaan. Banyak plak tu mata-mata yang memandang kami, mungkin kami terlalu segak masa tu. Orang-orang bandung memang peramah, tak suh cakap pun dorg akan cakap. Pastu mintak upah! caitt.! Haha2, malam tu lah kami belajar naik Angkot2! Kalu kat KL org panggil RapidKL. Kenderaan pacuan 4 roda, hanya muat untuk 10-12 orang.. itu pun kalu terlebih ada yang kene menyangkong dalam Angkot2! Kami berenam ni agak bercinta jugak lah nk tunggu Angkot2 yang ada 6 seat kosong! Dalam Angkot2 tu ada hiburan, live lagi! Nak tak nak korang kene dgr jugak. Pas check-in di Hotel Bukit Dago, baru aku rasa agak selesa. Itu pun kebetulan ada kosong, kalu tak tidor surau yo lah malam tu.

 

FO3

 

FO2

 

Kalu korang tgk pada gambar tu; sonok kan? Sebab dorang terlalu xcited, sampai kedai tu pun belum buka lagi. Factory Outlet di Bandung, sangat banyak tapi yang famous2 je lah kami pergi.. 1 FO kami menghabiskan masa lebih dari 2-3 Jam, siap ada yang hilang bagai.. terpaksa wat Announcement di Kaunter bagi mencari rakan sebaya yang hilang. Haha2, masih terngiang-ngiang di telinga aku ni;

 

“ Perhatian; kepada ibu tina dari Malaysia, Anda diminta segera ke kaunter informasi. Pesanan dari bapak paan ” Di ulangnya 2 kali, ibu tina sedang sebok mencari size yer.. hahah2, Kalu ilang betol2 kang aku lak yang parah. Satu hari berjalan dari satu ke satu Factory Outlet. Sepanjang jalan tu jugak lah orang duk ponn ponn! Kurang daya pendengaran aku dibuatnya! Lewat malam baru kami pulang ke Hotel. Esok, sambung ke Pasar Baru plak.

 

 

 

Note; Masih tidak berpuas hati kerana tak berselisih bahu dengan Luna Maya!

Notice; Off to Jakarta–Bandung

Tuesday, November 9, 2010

| | | Comments: (3)

lcct1

Gambar di atas merujuk muka-muka jutawan rupee-ah.

 

Disebabkan malam tadi berkaroke ngan Dato Lan dan Datin Mala sampai kul 2 pagi, aku hanya tidur dalam iman sahaja. Kul 5 dah di paksa bangun! Flight kul 7.40am, kul 6.30 aku ngan Cik Tina dah tercongok bawah umah tunggu dreber bermeter! Sempatlah aku sambung tidur 30minit dalam teksi bermeter tu. Hari ini breakfast terakhir di Malaysia.. So, aku makan puas-puas sambil menanti bunian-bunian (Eid, Azma, Emon, Kak Seby) sampai. Cam biasa RM convert to Rupiah, merasa lah ktrog semua jadi Jutawan Rupee! Kira boleh lah setakat nak beli sebijik BMW kat Bandung tu nanti.

 

lcct2

 

Terpancar jelas cahaya-cahaya keimanan di wajah mereka kan?, Yes, mereka memang menantikan saat menjadi Jutawan di sana nanti. Pas aku pergi ke Bandung ni, warga-warga fbrianz n bloggerz akan merindui kepoyoan kami! Hahaa, Bye-bye!

 

Note; Cintaku menunngu di Jakarta!

Check-in; Kinky and Luna!

Monday, November 8, 2010

| | | Comments: (1)

check-in

 

Yeah, sok dah start cuti buatan sendiri. Excited sket nak g Bandung ni, tambah lagi bukan atas urusan bekerja! Tapi dalam keghairahan itu, perasaan risau jugak turut mengeletek hati kecil ini. Maklumlah cuaca yang tidak berapa baik untuk ke sana. Tiket dah 3 bulan dibeli, Kini masa yang dinantikan telah tiba.. Kami 6 orang (Tina, Eid, Azma, Emon, Kak Seby) akan mengedik di Bandung,! Destinasi kali ni kami memilih AirAsia terbang bersama-sama. Cik Tina dah start cuti hari ni, so dia lah kene menguruskan hal-hal kebajikan anak.

 

Aku kat opis ni busy nak mampos! ke hulu ke hilir menyiapkan artwork untuk final check-up. Last minute nye kerja, mmg lah macam lahanat! Sempat gak Cik Tina, mms gambar anak sebelum hantar dorang check-in untuk 5hari. Sodeh plak aku tengok gambar ni, cam tak rela je aku tinggal kan dorg kt situ. Tapi nak wat cmne, kang aku tinggal kat umah korang tak terurus! Besau dosa menganiaya korang tau tak! Korang menganiaya aku takpe plak kan., caitt!, tak adil! Selamat tinggal kinky n luna, doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik yaw! Yang pasti daddy dah start rindukan korang!..

 

 

Nota terakhir; Sayangi keluarga anda sementara masih ada.

Surprise;It's Really Sweet of You,I'm speechless!

Saturday, November 6, 2010

| | | Comments: (1)

OMG!! Aku sangat speechless, sampai tahap aku tak leh nak bercakap sepatah haram mahupun menulis sekarang ni! Kata-kata yang telah aku lemparkan kepada Cik Tina sepanjang ketiadaan dia sempena ulang tahun semalam, aku rasa cam mencampak najis ke muka sendiri! Terharunya aku, melayang-layang aku rasa. Aku tak tau nak mula dari mana, tapi dalam ini cerita pelakonnya lebih dari 30 orang! Mungkin ada yang tak tau disebalik tabirnya. Aku nak bajetbest share ngan korang:


Pada awal bulan Oktober, Cik Tina ada dapat Invitation (Tourism Malaysia). Ada 2 seat, so Cik Tina kata dia nak bawak aku ke Majlis tu nanti.. Temanya; Bollywood (Sempena Deepavali). 2 minggu sebelum tu Cik Tina bawak aku g Jalan Tar/Masjid India mencari ‘Kurta Pyjama’ iaitu sejenis pakaian lelaki Punjabi. Function tu pada 6 November 2010. Tak cukup ngan baju semua dari kepala ke kaki nak kene complete kasik ikot tema katenye. Caitt!


Pada 04-11-2010, Cik Tina diberitahu untuk mengantikan bosnya ke meeting poyo kat Port Dickson! Aku pun bajetbest ingat cancel lah Majlis Bollywood tu kan, rupanya tidak sama sekali! aku diwajibkan pergi.. Sebab seat untuk malam tu dah di bayar katenya lagi! Dan Yancik telah dipilih sebagai penganti tempat Cik Tina malam tu. Aku rasa cam tak sedap hati nak pergi, tambah lagi aku ngan Yancik je berdua je. Yang lain semua aku tak kenal!


06-11-2010 Sabtu, tibalah masa yang dinantikan. Pukul 6.30 aku ke Wangsa Maju amik Abg Jai, sebab aku tak tau tempat Function tu. Sampai di Kelab Darul Ehsan (KDE), aku tengok kiri kanan agak line clear gak lah situasinya. Sampailah aku ditarik seorang gadis berkaki panjang dan seksi terlampau. SPEECHLESS!! Aku tak tau nak tulis camne perasaan aku time tu. Agar blurr2 lagi, sampai lah aku tgk banner yang tertulis ‘PAAN BOLLYWOOD BIRTHDAY PARTY’ Siap terpampang lagi muka aku siap ada anak-anak aku skali.


bolly3


OMG!! Apa ni semua? Dengan ramainya orang bersari kurta bagai, cantik sangat sampai aku hampir tak mengenali sorang pun di antara yang datang tu. Blurr2 aku tu mengatasi aku mengecam satu persatu dalam Majlis tu. Ada pulak puteri-puteri bunian yang menari atas pentas sambil merenung tajam ke arah aku! Dem! Muka pelakon-pelakon malam semalam kat mamak pun ada! Beberapa kali aku cubit peha kanan aku, Sakit! Ouh, aku tak bermimpi. Aku nampak perempuan gile yang aku rindu tu sedang menari-nari menarik perhatian aku! Yeahh, itu Cik Tina!! Hoi gile, kau watpe kat atas tu! Meh tuwun ciumm pipi sikit. Hehe2, :)


bolly1


Kek Birthday yang menghairahkan! Thanks beby, I LOVE U. Ab Speechless lah, mampu tgk awak je, tak mampu nak cakap apa-apa pun. Sebab saya masih dalam Mood Terkejut ON! Nak nages ti tak macho, nak peluk awak takot keterlaluan, nak cium takot memalukan. Dup dap dup dap jantung ab ni sikit berkurangan dengan gemgaman tangan awk. Apa lah awak buat semua ni, saya tak perlukan semua ni.. Saya perlukan awak je (Ayat mengada-ngada)!


bolly2


Semua sangat cantik malam tu, yang lelaki2 semua macho gilew ber kurta. Tak kurang hebatnya bunian-bunian yang menari-nari tadi, teruja aku tengok kiri kanan! Situasi aku tak berapa stabil, sebab aku masih dalam Mood terkejut. Camne lah aku leh tak terhidu bau-bau planning ni! Terok aku kene tipu kali ni, pelakon-pelakon tambahan yang Cik Tina upah ni mmg berjayo lah wat den terkene! Terima kasih, untuk semua yg terlibat sengaja atau tidak disengajakan.. Aku rasa terharu sangat-sangat sampai korang sanggup beli or sewa semata-mata..Aku hargai sgt2.. Maaflah, kalu aku tak sempat nk bersalam-salaman ngan korang disebabkan Mood Malu aku turn ON sehingga abis Majlis.


Untuk Cik Tina, tak tau terima kasih yang macam mana lagi nak saya tulis bagi mengambarkan rasa kasih terima saya ni! ahah2, terima kasih juga krn menemukan saya dengan kawan2 saya yang ada lingkungan 2-3bln dah tak jumpa dorg.. Mewakili pihak Cik Tina memohon maaf andai ada terkurang terlebih sepanjang majlis mlm tu.. Terima kasih kerana berkongsi kenangan terindah ini dengan Kami! Love yaww!



Note; Gambar tak banyak, nanti den ‘hupdete’ lain. Sebab photographer tak abes edit agi.. DONE.

Birthday; Happy Deepavali!

Friday, November 5, 2010

| | | Comments: (1)

Tahun ni birthday aku agak kecundang sket, hati sikit rasa tersepit. Baru bercadang nak pergi celebrate tepi pantai dgn orang umah den, sekali dia ada event plak di JB dengan group nya.. Huh! merajuk 1 tahun ngan Cik Tina! Benci! Balik kerja Finy, Amoui, Eid datang umah jemput aku g futsal. Memang tak dapat lah aku nk menyepak bola tu kan, sakit badan ni dah terasa sengal-sengal pas jatuh motor. Lagi bertambah sakit dapat tau Cik Tina pergi JB. Hati terguris dalam! Caitt, Mood Jiwang ON!


Lewat kul 12, Hand Phone aku dah start busy ngan SMS/MMS ucapan ulang tahun dan turut terselit happy deepavali yg takde kene mengena ngan aku tu! Sedeynya hanya tuhan yo laa yg tahu aku sambut sorang tahun ni, seb bek ada kawan2 aku ni leh lah cover line sedey aku ni sikit.. Pas Futsal, singgah minum kedai mamak. Aku nk makan pun takde mood, tapi kawan2 nye pasal senyum yo lahh, walaupun agak kelat! Cik Tina hanya Wish Birthday melalui SMS sahaja! Tidak menghubungi aku langsung! Agak kejam perlakuan dia terhadap aku yg jauh di mata ni. ArghH!.


051110


Merujuk gambar di atas, ‘Ouh, Birthday kek aku rupenya!’ Hee, Thanks; Kekwarianz, sudi menyentuh hati aku dikala hati goyang ni kan. Kalau Cik Tina ada time ni kan best, Hmm! Malam tu aku kene Happy, sbb birthday aku. Happy Birthday PaanJahat! yang ke-18. Alhamdulillah,. Terima kasih jugak untuk mereka2 yang turut serta malam tu, Ayoi, As, Adik Syam, Abg Bob dan rakannya.


051110_1

Itulah hadiah ulang tahun aku 2010 ni, teruja kan tengok tangan2 tu. Aku boleh je nak list kan satu persatu, tapi takpe.. biar aku settle kan dorg nanti. Ada ubi ada batas, ada hari aku libass! Bukti cukup kukuh, takde sape terlepas kali ni! Siap korang!!


Alhamdulillah, syukur kepada yang Esa kerana masih memanjangkan nyawa dan membenarkan aku bernafas di bumiNya ini. Hari ini adalah ulangtahun kelahiran aku dan Allah masih membenarkan aku untuk memperbaiki segala kesilapan. Syukur yang tak terhingga aku panjatkan. Aku perlu segera mengejar apa yang termampu dan menanam azam baru. Moga apa yang aku impikan akan tercapai. Moga apa yang aku usahakan akan berhasil. Semoga aku dapat berubah kepada seorang yang lebih baik. Amin~



Note; Mood dengar lagu ‘Selamat Ulang Tahun Sayang; Imran Ajmain’!

Malang; takde bau!

Thursday, November 4, 2010

| | | Comments: (0)

motor_

Pagi ni aku pergi kerja agak luar biasa sket, mood bekerja tu suam-suam kuku kaki je selepas mendengar berita orang umah den pergi meeting ke Port Dickson pagi ni hingga hari Sabtu. Mood sedih aku tetibe ON. cait! Dem! lupa nak isi minyak kereta. Aku pun buat keputusan merempit. Aku merempit dalam kadar had laju 60 KM/Jam. Sepanjang perjalanan aku buat drama sensorang, masih memikirkan mood sedih aku tadi. Malam ni birthday aku lah! kau plak kene outstation, ngada-ngada btol! Urghh, nak tunggu lagi 1 tahun tu ntah sempat ke tidak aku ni. Aku tak mintak apa-apa pun melainkan aku nk kau ada bersama aku mlm ni.. Aku yang bajetbest ni tak pernah menunjukkan riaksi cemburu mahupun sakit hati depan kau kan, sebab bajetbest punya pasal lah ni! Nak tak nak aku mendiamkan diri je lah,.


Di persimpangan delima, sempat lah aku sambung berangan masa di traffic light bukit jalil. Simpang 4 menjadi saksi aku tertongeng menyembah Jalan Tar! Cilako nye kete blakang, ikot suke hati abah kau je nk sondol bontot aku! Seb bek tak laju, tapi merasa jugak lah malu wat drama sebabak tepi jalan.. Alhamdulillah, aku tak de pape.. Motor pun OK, cuma calar terseret tu biasa ah, asalkan aku masih leh berjalan. Beberapa kali orang tu mintak maaf, aku wat tak tau bodo. Masih mampu meneruskan perjalanan ke pejabat seperti biasa. Sampai opis, aku buat lah medical check-up sengsorang kat toilet. Seb bek takde pape, ada lah lebam sikit2 dan pinggang je lah terasa sakit. Tadi sempat jugak lah aku tepon orang umah bgtau kejadian tadi. Kedengaran agak risau nada dia, time-time camni aku perlukan dia. Tapi dia dah menuju ke Port Dickson. Bebyy!! Malam ni tunggu Ab kat Corus Hotel, Port Dickson yoo!


Note; Malam ni aku sambut Deepavali kat N9 yo!

Politikasi; Lah habau!

Wednesday, November 3, 2010

| | | Comments: (0)
Mereka sering melihat aku seperti itu. Aku pula sering mempersetankan apa yang mereka lihat. Kadang-kadang aku buat tak kisah. Tapi kadang-kadang juga ianya membuatkan aku rimas. Apa yang telah aku buat? Aku pelik, aku bingung. Kenapa mereka terlalu asyik melihat aku. Adakah aku melakukan perkara yang diluar norma kehidupan manusia?

Lalu aku berfikir, adakah manusia ini memang bersifat sebegitu rupa. Aku tahu aku bukan bagus sangat, tapi aku selalu bajetbest. Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri. Jangan terlalu ‘gila’ untuk mencari kelemahan orang lain. Jangan lah bersifat seperti manusia primitif yang saling dengki mendengki antara satu sama lain.

Kalau ada yang kurang, tegurlah aku, tidak perlu menjaja dan memperbesarkan kelemahan aku. Perkara yang aib. Janganlah diperbesarkan, janganlah diperbualkan. Jikalau boleh kita perbetulkan. Tetapi mereka seakan-akan bernafsu untuk mencari kelemahan orang lain. Rakus untuk mencari keburukan orang lain. Sampai bila, mereka nak berhenti? Sampai kaki aku di hujung bibirnyakah?


Note; Jauhi virus politikasi dalam persahabatan.

Selamat Datang; November!

Monday, November 1, 2010

| | | Comments: (0)
Jika korang berbicara soal kebahagian, bagi Aku, ianya soal kebebasan!

Aku cuma inginkan impian tu. Tak lebih kan apa yang minta? Kenangan aku banyak pada rindu, aku tersepit pun dari pemikiran itu, cuma tak salah kalau aku nak berubah. Berubah dari dunia yang penuh dengan angan-angan, supaya aku boleh mendapat-kan kenyataannya dari apa yang diangankan. Bukan sekadar bermimpi. Aku masih punya tanggungjawab, harap aku berjaya.

Hidup terlalu banyak persoalannya. Jawapannya pula tidak mudah untuk dirungkaikan. Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang dimiliki sekarang. Apa pun halangan yang mendatang, berani atau tidak semua itu perlu ditempuhi. Samada ia perit ataupun mudah, semuanya adalah kerana jalan yang di pilih.


Note; November, semoga kita semua di lindungi.