Hospital Part 3; Operasi berjaya!

Friday, November 26, 2010

| | |

DONE


Alhamdulillah, semua berjalan seperti kehendakNYA. Tepat kul 12 mama dah di transfer ke wad biasa. Tapi, aku masih tak sempat nak jumpe doktor. Mama masih belum sedar, aku dan adik-adik masih disisi dia mengikut kemahuan dia sebelum di bedah. Adik aku yang kecik terakhir tu yang paling rapat dengan mama, dia lah paling banyak tanya aku bila mama nak bangun. ‘Syhhh.. Mama tidur jangan bising.’ sambung aku sambil layan buku muka aku. Doktor cakap lepas 4 jam baru kesan ubat akan kurang, tapi bergantung pada kekuatan pesakit. Adik aku yang dari tadi sebok belek2 mak aku taknak plak pergi makan aku ajak. Nak taknak kene tunggu mama sedar.


4 Petang baru mama bagi tindak balas bila. Puas jugak pujuk tasha makan, pas dia nampak mak dia dah boleh bergerak baru lah dia nak turun makan di kedai. Mama perlu rehat cukup, ti malam baru datang semula. Kul 7 amik beby kt tempat keje. Hujan lebat kebetulan dari petang tadi, balik bilik aku bersiap-siap untuk ke hospital semula. Beby tak jumpe mama lagi selepas pembedahan pagi tadi. Kul 8.30 malam aku kejutkan mama, kesan ubat membuatkan dia tak boleh membukakan mata dgn betul. Alhamdulillah, dah boleh masuk makanan sket dan mampu bersuara. Lama gak lah ktrog berkampung kat bilik mama, pas kul 10 baru balik ke hotel terus makan malam.

Note; Doaku panjatkan, syukur alhamdulillah..

0 comments: