Surprise;It's Really Sweet of You,I'm speechless!

Saturday, November 6, 2010

| | |

OMG!! Aku sangat speechless, sampai tahap aku tak leh nak bercakap sepatah haram mahupun menulis sekarang ni! Kata-kata yang telah aku lemparkan kepada Cik Tina sepanjang ketiadaan dia sempena ulang tahun semalam, aku rasa cam mencampak najis ke muka sendiri! Terharunya aku, melayang-layang aku rasa. Aku tak tau nak mula dari mana, tapi dalam ini cerita pelakonnya lebih dari 30 orang! Mungkin ada yang tak tau disebalik tabirnya. Aku nak bajetbest share ngan korang:


Pada awal bulan Oktober, Cik Tina ada dapat Invitation (Tourism Malaysia). Ada 2 seat, so Cik Tina kata dia nak bawak aku ke Majlis tu nanti.. Temanya; Bollywood (Sempena Deepavali). 2 minggu sebelum tu Cik Tina bawak aku g Jalan Tar/Masjid India mencari ‘Kurta Pyjama’ iaitu sejenis pakaian lelaki Punjabi. Function tu pada 6 November 2010. Tak cukup ngan baju semua dari kepala ke kaki nak kene complete kasik ikot tema katenye. Caitt!


Pada 04-11-2010, Cik Tina diberitahu untuk mengantikan bosnya ke meeting poyo kat Port Dickson! Aku pun bajetbest ingat cancel lah Majlis Bollywood tu kan, rupanya tidak sama sekali! aku diwajibkan pergi.. Sebab seat untuk malam tu dah di bayar katenya lagi! Dan Yancik telah dipilih sebagai penganti tempat Cik Tina malam tu. Aku rasa cam tak sedap hati nak pergi, tambah lagi aku ngan Yancik je berdua je. Yang lain semua aku tak kenal!


06-11-2010 Sabtu, tibalah masa yang dinantikan. Pukul 6.30 aku ke Wangsa Maju amik Abg Jai, sebab aku tak tau tempat Function tu. Sampai di Kelab Darul Ehsan (KDE), aku tengok kiri kanan agak line clear gak lah situasinya. Sampailah aku ditarik seorang gadis berkaki panjang dan seksi terlampau. SPEECHLESS!! Aku tak tau nak tulis camne perasaan aku time tu. Agar blurr2 lagi, sampai lah aku tgk banner yang tertulis ‘PAAN BOLLYWOOD BIRTHDAY PARTY’ Siap terpampang lagi muka aku siap ada anak-anak aku skali.


bolly3


OMG!! Apa ni semua? Dengan ramainya orang bersari kurta bagai, cantik sangat sampai aku hampir tak mengenali sorang pun di antara yang datang tu. Blurr2 aku tu mengatasi aku mengecam satu persatu dalam Majlis tu. Ada pulak puteri-puteri bunian yang menari atas pentas sambil merenung tajam ke arah aku! Dem! Muka pelakon-pelakon malam semalam kat mamak pun ada! Beberapa kali aku cubit peha kanan aku, Sakit! Ouh, aku tak bermimpi. Aku nampak perempuan gile yang aku rindu tu sedang menari-nari menarik perhatian aku! Yeahh, itu Cik Tina!! Hoi gile, kau watpe kat atas tu! Meh tuwun ciumm pipi sikit. Hehe2, :)


bolly1


Kek Birthday yang menghairahkan! Thanks beby, I LOVE U. Ab Speechless lah, mampu tgk awak je, tak mampu nak cakap apa-apa pun. Sebab saya masih dalam Mood Terkejut ON! Nak nages ti tak macho, nak peluk awak takot keterlaluan, nak cium takot memalukan. Dup dap dup dap jantung ab ni sikit berkurangan dengan gemgaman tangan awk. Apa lah awak buat semua ni, saya tak perlukan semua ni.. Saya perlukan awak je (Ayat mengada-ngada)!


bolly2


Semua sangat cantik malam tu, yang lelaki2 semua macho gilew ber kurta. Tak kurang hebatnya bunian-bunian yang menari-nari tadi, teruja aku tengok kiri kanan! Situasi aku tak berapa stabil, sebab aku masih dalam Mood terkejut. Camne lah aku leh tak terhidu bau-bau planning ni! Terok aku kene tipu kali ni, pelakon-pelakon tambahan yang Cik Tina upah ni mmg berjayo lah wat den terkene! Terima kasih, untuk semua yg terlibat sengaja atau tidak disengajakan.. Aku rasa terharu sangat-sangat sampai korang sanggup beli or sewa semata-mata..Aku hargai sgt2.. Maaflah, kalu aku tak sempat nk bersalam-salaman ngan korang disebabkan Mood Malu aku turn ON sehingga abis Majlis.


Untuk Cik Tina, tak tau terima kasih yang macam mana lagi nak saya tulis bagi mengambarkan rasa kasih terima saya ni! ahah2, terima kasih juga krn menemukan saya dengan kawan2 saya yang ada lingkungan 2-3bln dah tak jumpa dorg.. Mewakili pihak Cik Tina memohon maaf andai ada terkurang terlebih sepanjang majlis mlm tu.. Terima kasih kerana berkongsi kenangan terindah ini dengan Kami! Love yaww!



Note; Gambar tak banyak, nanti den ‘hupdete’ lain. Sebab photographer tak abes edit agi.. DONE.

1 comments:

Qiss Tina said...

oit inche paan! tarikh silap tulis lah..awk nye birthday 5hb 11 lah(jumaat)..hee,check balik typo error tuh..

syg,tiada apa yg sy nak beri..itu je yg termampu.yg penting sy nak awk sentiasa sihat dan tersenyum bahagia disisi sy..maafkan sy yg tiada disebelah awk sepanjang mlm itu kerna sy nak beri ruang utk awk dn kawan2 awk..selamat hari ulang tahun syg!