Malang; takde bau!

Thursday, November 4, 2010

| | |

motor_

Pagi ni aku pergi kerja agak luar biasa sket, mood bekerja tu suam-suam kuku kaki je selepas mendengar berita orang umah den pergi meeting ke Port Dickson pagi ni hingga hari Sabtu. Mood sedih aku tetibe ON. cait! Dem! lupa nak isi minyak kereta. Aku pun buat keputusan merempit. Aku merempit dalam kadar had laju 60 KM/Jam. Sepanjang perjalanan aku buat drama sensorang, masih memikirkan mood sedih aku tadi. Malam ni birthday aku lah! kau plak kene outstation, ngada-ngada btol! Urghh, nak tunggu lagi 1 tahun tu ntah sempat ke tidak aku ni. Aku tak mintak apa-apa pun melainkan aku nk kau ada bersama aku mlm ni.. Aku yang bajetbest ni tak pernah menunjukkan riaksi cemburu mahupun sakit hati depan kau kan, sebab bajetbest punya pasal lah ni! Nak tak nak aku mendiamkan diri je lah,.


Di persimpangan delima, sempat lah aku sambung berangan masa di traffic light bukit jalil. Simpang 4 menjadi saksi aku tertongeng menyembah Jalan Tar! Cilako nye kete blakang, ikot suke hati abah kau je nk sondol bontot aku! Seb bek tak laju, tapi merasa jugak lah malu wat drama sebabak tepi jalan.. Alhamdulillah, aku tak de pape.. Motor pun OK, cuma calar terseret tu biasa ah, asalkan aku masih leh berjalan. Beberapa kali orang tu mintak maaf, aku wat tak tau bodo. Masih mampu meneruskan perjalanan ke pejabat seperti biasa. Sampai opis, aku buat lah medical check-up sengsorang kat toilet. Seb bek takde pape, ada lah lebam sikit2 dan pinggang je lah terasa sakit. Tadi sempat jugak lah aku tepon orang umah bgtau kejadian tadi. Kedengaran agak risau nada dia, time-time camni aku perlukan dia. Tapi dia dah menuju ke Port Dickson. Bebyy!! Malam ni tunggu Ab kat Corus Hotel, Port Dickson yoo!


Note; Malam ni aku sambut Deepavali kat N9 yo!

0 comments: