Jujur takde law punya !

Thursday, August 4, 2011

| | |

Aku sangat tahu bahawa aku bukan orang yang tepat bercerita mengenai kejujuran. Atau mengkhabarkan bahawa jujur itu selalu ada dengan aku. Tidak kawan. Tidak. Aku tahu aku paling tidak layak.!

“Aku taklah zalim, taklah jahat, sampai nak bagi kau kharma,
dengan apa yang kau buat kat aku,aku cuma nak bagi kau makan kurma,
makan kurma hari-hari, sampai kau kena kencing manis”

Aku tulis ini sejujur mungkin. Ya, aku tahu "jujur"ku itu sangat samar. Maafkan aku, tapi memang itu satu-satunya cara untuk aku jadi jujur. Mustahil aku boleh jujur di hadapan semua tanpa ada hati yang aku sakiti. Kerana itu agaknya orang jujur senang sangat masuk syurga. Sebab berlaku jujur itu sebenarnya sangat payah. Aku pernah dengar orang cakap "bila orang tu cakap dia jujur, maka dia tidak sepenuhnya jujur". Jadi, terserahlah mahu serap "kejujuran" aku atau tidak.
p/s : Nampak? Sangat susah nak jujur kan?

0 comments: