Showing posts with label futsal. Show all posts
Showing posts with label futsal. Show all posts

BerBBQ; Bagan Lalang

Saturday, July 10, 2010

| | | Comments: (0)

Ni plan berani mati punye, tidak dirancang sama sekali. Tetiba aku terasa nak hang out tepi pantai sambil berBBQ. Aku pun meroger la budak2 nih, kebetulan dorg free. Kalu dorg takde pun, aku tetap meneruskan niat aku berBBQ ngan tina jerk pun tak kesah. Bila dak2 ni cakap ON, hati aku ade syook sikit ah sbb ade geng nk makan. Hehe2,. Aku pun buat persiapan tuk makan malam ni.. Sambil merasmikan set BBQ baru beli bulan lepas. Tu la motif utama dalam entry kali ni, aku nk cakap pasal aku baru beli set BBQ tu. hahkhah2,

8.15pm selamat sampai di Bagan Lalang, memandangkan set BBQ aku tu baru je beli. Tidak pernah ku tahu bagaimana rupa parasnya. Satu kerja plak kene pasang set BBQ tuh dulu, ianya memerlukan tenaga kerja seramai 8org gagah perkasa.. baru lahh berjayaa. Ada kerja lain plak, menghidupkan api. Kami memerlukan 12org tenaga kerja utk mnghidupkan api.. Dasyatkan cerita aku kali ni, hakha2. Itu sebab aku sayang kawan2 aku ni..Yang bestnya tentang kawan2 aku ni, letak lah dorg kat mana skalipun.. dorang tetap jadi diri dorg sendiri..Sekurang2nya, kalu tak suke dorg leh cakap depan2.. bkn cakap blakang2.. 
(Pls read between the line.)

Aktiviti pantai seperti; makan/futsal/bergambar sampai abes kodak.. terima kasih tuk Emon, Yancik, Mel, Finy, Lan, Mala, Ayoi, As, Adik Syam kerana menyempurnakan BBQ malam tu. Tanpa korang mungkin BBQ aku tak seindah biasa. hakhak2,


Note: Lot's of L.O.V.E

Futsal; Congrats 3F!!

Sunday, July 4, 2010

| | | Comments: (2)
Tina berfutsal??! x percaya, sila amati gambar2 di bawah. Aku ase kagum kejap ngan wanita gagah ni, bukan sebab dia bini aku. Tapi semangat kesukanan yang diterap di dalam kehidupan seharian dia. Yang bestnya, dalam team ni semuanya dah kawen, beranak pinak, siap ada yang dah bercucu bagaii..Dah la rock!!memang sonokk ngan dorg nih. Kul 7 pagi aku dah bersiap tuk ke lokasi tournament tu, ase cam pelik. Selalu dia temankan aku main futsal. Tapi, hari ni.. aku yg temankan dia berfutsal. Lebih pelik, bila aku kene lapkan peluh dia.. amikkan air, ikatkan tali kasut, memerhatikan dia dari luar..

Tahniahhh bebyy!, tak sia2 ab bgn pagi tgk team korg maen smbil mjadi pasukan sorak dari luar. hahah2, terima kasih bagi saya peluang tuk menjadi penontonn.. pressure tak berada di dalam?? hehe3, tapi pape pun.. korg dah buktikan.. usia or size bukan pnyebab untuk tidak menang! sonok tgk korg menang..haha3, "KAU ADA? kata Tina selepas majlis pnyampaian hadiah selesai. " <- sakit lak ati aku ngn si tina ni!! cipeklock!



Note: lepas futsal, karaoke!

Futsal; friendly dengan Bajetcun FC!

Friday, July 2, 2010

| | | Comments: (1)
Nahh! hambikk artwork banner tuk awk syg, kalu sok tak menang gak team awk tak tau ah. Pasukan sorak jer dah gahh giler. Diharap friendly kita hari ni, sikit sebnyk membantu team awk tuk dapatkan rentak tuk menjuarai tournament futsal esok! Haha3, ni last minit punya kerje awk suruh, mne de masa tuk saya touch up muke2 player. Harap sok kedai nk print banner ni bukak la yer, kalu tutup. tak dapat la den nk selamatkan agi. Papepun Good Luck utk tournament esok yer syg!.

Team awk mmg lucah di padang, tu takde sape leh nafikan! hakha2, sesuai la tu tagline korang; bajetcunn! Apa yang penting kerjasama dan semangat kesukanan korang sepasukan. Terima kasih souvenir dari pihak Tourism Malaysia. Untuk semua yg hadir smlm di Court Segambut, time kasih gak.. susah payah korang pas keje berlari ke Segambut, tuk friendly dgn team Tina. Ni semangat yang kita mau! haha3




Note: Menang or kalah tak penting, yang penting enjoy!


Epilog; 6 Month's Anniversary

Monday, June 21, 2010

| | | Comments: (4)
12.05AM - Malam ni awak tidur awal dari saya, memang tak adil. Saya rasa nak jerit je kat telinga awak supaya awak ingat malam ni malam apa. Takpelah, saya ucap jugak kat awak. Tak tau lah awak dalam sedar atau tidak, tapi awak peluk saya. Saya main rambut awak, Kinky marah gigit tangan saya! Pastu saya campak Kinky kat luar bilik. Awak berdengkur! Makin saya kacau, makin kuat awak berdengkur. Mungkin tu isyarat marah dalam tidur. Seperti biasa, saya mengucap dulu sebelum tidur. Maklum ah, anak awak tu dengki ngan saya. Ada je aturcara yang dia nak wat masa kita tidur.

07.00AM - Harum semerbak bilik. Ouh, rupanya awak baru lepas mandi. Seperti hari-hari lain, Kinky datang pijak kepala saya. Mungkin itu cara dia kejut mak bapak dia bangun. Anak awak sangat kurang ajar. Esok cukup setahun, saya nak hantar dia pergi sekolah. Pagi ni, awak pergi kerja dulu. Saya rasa lain sangat sebab tak turun lif sama dgn awak. Tau la pergi kerja pandu sendiri, dah tak perlukan saya hantar awak pergi LRT lagi. Yang lebih membanggakan, awak memandu tanpa lesen. Mungkin itu tanda cinta saya pada awak. Saya sentap sampai office, awak masih tak wish kat saya. Dalam hati; mungkin dia tak perasan. "Takpe, aku test power msg dia!" Kata hati.


06.00PM - Sebelum saya balik kerja, awak cakap awak balik lambat. Sebab ada kerja, awak call tapi suara awak lain. Mungkin awak penat. Saya sampai rumah dulu,, saya masakkan meggie masam atas permintaan awak pagi tadi. Nak makan kat luar, takut tak sempat nak pegi futsal kul 9 kang. Malam ni ada friendly di Sport Planet, Ampang. Dah lama tak turun padang, berat pun dah naik 5kg, Terima kasih kepada cik Tina. 6 bulan berat saya dah naik 5kg. Ini bermakna 0.83kg sebulan. Cukup 12 bulan mesti saya gemuk cam ba alif ba ya. Bebyyy!!!!

08.45PM - Saya masuk kereta, Aik! ada bear tecik2 banyakk..! Ada card tertulis nama saya, Paan Jahat. Ouh, untuk saya ke??. Patut lah hari ini awak banyak buat drama, terima kasih sayang. Saya tak beli pape pun untuk awak, tapi saya yakin. Meggie masam saya tadi tu lagi mahal dari bear2. Welkkk!. Sambung majok!


"Hubby,
Happy 6 Month's Anniversary. Thanks 2u who has brought the precious lights in my life, i cannot imagine my life without u.
mummy kinky love daddy kinky so much!"


Note: I just want you to know; I love you and nobody will ever love you like I do.

Jimat atau Kedekut?

Sunday, February 14, 2010

| | | Comments: (0)
Orang sekarang gila cari duit. Berniaga minyak wangi, masuk MLM, jual barangan AVON dan macam-macam cara lagi digunakan untuk menambah pendapatan. Ada yang lebih ‘nakal’ dengan menipu wang ringgit manusia lain. Jual air liur kata mereka. Kenapa perlu tambah pendapatan? Mengapa kita tidak mengurangkan pembelanjaan?

Aku rasa aku adalah orang yang paling tidak patut membicarakan pasal berjimat cermat sbb aku antara orang paling boros yang aku pernah kenal. Pantang ada duit lebih dalam pocket guarantee ada je idea-idea menarik untuk aku habiskan. So, let me try to list down idea untuk mengurangkan pembelanjaan bulanan. Seperti ramai motivator sebut, “saya bukan menasihati anda semua, saya turut menasihati diri saya sendiri”…. hahaa2



1. Tipu Diri Sendiri.
Ini antara point paling penting aku rasa, kita try tipu diri kita sendiri. Bayangkan gaji kita RM 3 ribu sebulan. Janganlah menjalani kehidupan seperti seorang yang mempunyai pendapatan sebegitu. Lihat budak lepasan university atau rakan-rakan yang kita yakin pendapatan mereka RM 2 ribu atau kurang. Tiru cara hidup mereka. Instead of use car to work, kita pakai motosikal. Makan KFC atau Pizza Hut sekali sebulan atau lansung tidak pergi kesana. Ganti baju hanya semasa hari raya atau Year End Sale. Banyak lagi, just kenali mereka dan tiru cara hidup mereka. Korban segala kesenangan yang ‘sepatutnya’ kita dapat. After one year kita akan berjaya simpan at least RM 12 ribu, not bad right? Confirm kita akan rasa lebih secure dan selesa selepas itu.

2. Kerja 365 Hari Setahun.
Ok, mungkin too much la kalau kerja sepanjang tahun. Tapi mungkin kita boleh amalkan konsep ‘lupakan weekend’. Sebagai pekerja makan gaji, kita selalu looking forward for weekend holiday. Simply because we want to pamper ourselves. Relax pada hujung minggu tidak boleh tidak, pasti melibatkan wang ringgit. Start kereta ke shopping complex pasti memerlukan at least RM50. Jika kita tidak cuti, tidak relax, tidak manjakan diri kita pasti RM50 tu still ada dalam pocket. So, pergilah bodek boss untuk buat overtime dan untuk executive yang tiada OT aturkan kerja supaya weekend pun perlu datang office. Mungkin setahun sekali kita pergi bercuti, ramai juga Chinese office aku amalkan budaya sebegini. Kerja macam lembu 51 minggu setahun, dan spare 1 minggu untuk bercuti.

3. Berhati-hati
Alert dengan segala pembaziran kecil-kecil yang kita amalkan. Contohnya, jangan beli air masa masuk 7 Eleven untuk beli suratkhabar. Talking about newspaper, rasanya kalau betul-betul ingin berjimat jangan beli newspapaper at all. Dengar sahaja berita, atau baca free di 7 Eleven atau petrol station. Banyak lagi pembaziran kecil yang boleh dielakkan. Just spent few minutes to think about it. Bawa bekal air ke office, jangan amalkan minum petang, kurangkan menonton wayang, bawa air masak masa main futsal dan banyak lagi.

4. Jangan Peduli
Untuk amalkan benda-benda diatas, satu sikap paling penting yang perlu ditanamkan dalam diri adalah sikap tidak peduli. Tidak peduli kutukan orang terhadap cara hidup kita, tidak pedulikan fesyen terbaru, tidak peduli iklan KFC, tidak peduli tapak kasut dah licin… segala-galanya kita tidak ambil pusing. Memang sukar, sebab hakikatnya kita manusia dan manusia selalunya lemah dengan desakan dan tekanan dari luar (manusia lain).

Ok… itu sahaja yang aku terfikir sekarang. Adalah beberapa points yang biasa didengar seperti buat list sebelum ke kedai, jangan terdepaya dengan jualan murah atau jualan gudang, bandingkan harga sebelum beli, ‘bayar diri sendiri’… etc. Atau macam seorang member aku, dia amalkan duit dalam wallet tidak akan lebih dari RM50.00. Dia sanggup berpuluh kali pergi ATM machine sebulan.