Agar-Agar Santan Syok Sendiri !

Sunday, February 6, 2011

| | | Comments: (0)

agar2santan2

 

Yeah, acara hujung minggu yang berjaya Puan Tina buat. Pas layan Hindustan sampai berhingus lah aku nih, pompuan tu sebok kung-kang-kung-kleng, bila tanya buat apa.. Rahsia katenye. Oh, inilah rahsianya. Dia cakap aku lah orang pertama yang rasa Agar-Agar Santan yang dia buat sendiri. Cukup rasa, sempurna cam orangnya. Hehe2,

 

agar2santan3

 

Bukan aku sahaja yang suke, abes sme anak-cucu dia sumbatnya. Nak plak tu dorang makan, siap mintak bungkus. Sakit plak hati aku, dari tadi dia duk suap anak-cucu je., aku? yang pertama tadi je lah dia suapnya, sangat berat sebelah! anak dia kalu sakit, bekejar-kejar ke hospital. Demm! bunyik cam aku sangat cemburu. Oh! Tidak.

 

agar2santan1

 

Daddy tak tau pe Mummy korang letak dalam Agar-Agar tu, korang tidur cam SyokKk sgt je Daddy tengok. Itu lah engkau Alam, Daddy dah pesan.. langkah dulu makanan kalu orang bagi. Kan dah kene santau! haha3, Selamat lah engkau di sana Alam! Bagi daddy, apa saje mummy ko buat daddy rela. Kalu dia racun daddy pun daddy leh senyum bahgia. Mekaseh syg ! Muahhx.

 

 

Note; Memandangkan awak dah pandai buat pelbagai Agar-agar, tahun ni bulan pose leh lah bukak bazaar.

Beraya di Sunway Lagoon !

Friday, February 4, 2011

| | | Comments: (0)

sunway1

 

Ni pun salah satu aktiviti tak de dalam planning tahunan pun, memandangkan Dato Eid nak memutehkan kulit dengan cara semulajadi kat Sunway Lagoon. Kami ikutkan je, kebetulan Aciq dari Penang maii KL dia pun nk join. Aku pergi pun last tahun lepas, itu pun trip dengan company. Acah-acah lah kuar pagi, makan saje telah hampir menjelang tgh hari.

 

Kejadian yang menyayat hati berlaku ketika di sana, aku tipu-tipu-tipu lagi ! haha2, di sebabkan kejadian itu, aku di pukul bertalu-talu. Mereka menjerit seolah-olah di rasuk hantu, kapal tu pusing 360’ hebat tu! Kalu leh aku nk dia pusing 360’ tu 5kali, baru cam minum Whisky! Pengalaman korang lah kan,. korang telah mengatasi level ketakutan sendiri.

 

Note; Cik Tina nages nek Tomahowk! haha, sian syg ab ni..

Dendam Kesumat !

Thursday, February 3, 2011

| | | Comments: (2)

angkara_

 

Title Entry ni takde kene mengena dengan gambar di atas. Eid, sumpah aku tak terlibat! haha2, 2 ekor gagak itam tu balas dendam kesumat tahun-tahun lepas punya cerita. Haha2, gambar ni membuktikan aku busy ambil gambar saksi kerakusan dorang terhadap ko. Tak kurang hebat, yancik siap puji ‘Acix Ensem’ kat tangan ko. haha2, Entry kali ni mesti ramai tak puas hati. Ada aku kesah, kesan garam di bibir ku masih di ingatan. cilako !

 

Note; Baju ijau tu aku tak pasti lah anak sape, mungkin Video aku amik aritu lebih jelas. haha3

Fatty Crab Penyet !

Tuesday, February 1, 2011

| | | Comments: (4)

1feb

 

Dato Yancik msg ajak makan ‘Fatty Crab’, TUTUP! ketam sme g berayee lah cik oii, dengan muke frustnya tuka plan makan steamboat, pun TUTUP! sme seafood g beraye gamaknya. Dah alang-alang kat Sunway tu, tuka plan makan Ayam Penyet ! Chinese New Year tahun ni cam best, sebab cuti panjang. Leh lah meroyan ngan orang umah.

 

feb2

 

Dah kenyang makan, bergaya dengan duit raya! bulan baik, hari baik, mood pun baik. haha2, pe mimpi bos aku tu dgn murah hati bagi Sampul Merah awal. Rejekii jgn ditolak,. Tentiu Michael ! dah kenyang mencekik Pecel Lele, sambung atas meja pool plak. Ada orang tak puas hati nk repeat kalah kat Steben. haha2

 

3feb

 

Dah puas bersukan, sambung makan. Teruskan perjalanan ke A&W, idea bernas! Balik umah terus tidur. Hasilnya, perut aku yang makin maju ke depan!

Part 2; Nasi Kandaq !

Sunday, January 30, 2011

| | | Comments: (0)

kandaq

 

Kesan sampingan dari malam tadi telah menyebabkan hidung aku tersumbat, kul 9.30 turun brekpes. Balik bilik cam bapak-bapak aku baca surat khabar. Takde yang best pun paper kat Penang nih, same yo ngan KL ! Aku beralih arah ke Laptop – Facebook – Gossip ! grrr. buhsan !

“Abiiiii, nasik kandaqq satuu !” Jerit Tina dari bilik air.

Tuu diaa aihh, sawan babi dah maii.., aku pun terus txt acik ngan singgit ty dorg katne nk makan nasi kandaq terbaik. Kapitan Jetty – yelah kot. same je aku makan nasi ni ngn steben. cis ! Kene tipu idup-idup. Dari Nasi kandaq ke Batu Feringgi, riki line tepi pantai.

 

pantai1

 

Batu Feringgi – Dorang semua berbakat dalam menunggang kuda, aku memang tak lah. Buat seksa binatang je. Snap sane – snap sini, yeah! gambar banyak aku upload, korang check lah facebook yer. Kalu nak lebih, ti aku email. Itu pun kalu aku rajin nak attach. hehe2.

 

fly2

 

Dalam banyak2, aku tertarik dengan 1 mende. Payung terjun terbang-terbang tu, cantik warna pelangi. Aku suke ! Grr, mahalnya. ade ke patut RM90/sorg, kalu dah 2 org RM180 ? Rela aku upgrade Laptop aku dari aku naik kejadah tu. Itulah untungnya dak Penang, dorang deal dgn abg gagah tu dapat lah RM90 utk 2 orang. So aku semangat lah nak terbang. Terujaa kejap aku tgk keindahan tuhan dari atas. Hebat !

 

Singgah Gurney Drive makan laksa! Hari ni Group len dari KL tu nak berangkat, tinggal lah kami je. Pas lepak dengan dorang, aku ke Coffee Island tempat Ex-Gay aku keje. bbrawkstar yang tak berape nak gay tu busy orangnye., saya singgah minum pun tidak dilayannye. sedih ! Malam tu jumpa Antera, Nick Fonseka dan lain-lain. Aktiviti seterusnya Pool + Karoke,

 

koke

 

Thanks All ! dak-dak penang, best ! Nanti korang mai KL, gtau awal 3hari naa.. esok dah nak balik KL., malam ni nak sambung main kejar-kejar dalam bilik. bye-

Part 1; Penang Mari !

Saturday, January 29, 2011

| | | Comments: (3)

hnymoon

 

Perjalanan yang tak di rancang, memandangkan rindu melambung kat cik tina aku pun menyuarakan hasrat nak ke Penang. Sambil menyelam minum air orang kate, sambil riki line bbrawkstar yang tak bape nak gay + member-member Penang kat sane. Terima kasih atas bantuan rakan sefacebook, Sha n Shaz yang membantu kami menunjukkan jalan yang benar sampai ke Pulau Tikus.

 

hotlbjaya2

 

Berjaya Hotel, Penang. Petang baru kami check-in,. Kebetulan ada group dari KL yg datang Penang jugak. Kebetulan kitorg Check-in Hotel yang sama plak, Kebetulan jumpa Dato Yancik n Datin Meymel plak. Semua kebetulan lah ! tak de yang tak betul. Malam ni kami mencucuk langit, Yeah ! Lame tak berjimba-jimba. Tulang pun dah rasa nak reput, tinggal masa nak roboh je tulang belakang aku nih.

 

69clb

 

Muke-muke bergaya sebelum ke puncak ! Haha3, 69-Club memang caraa tempat ni. Walaupun takde dance floor, tapi dia ada tempat mandi-manda. Yang penting enjoy ! Dak-dak Penang yang mencuit hati. Kat Club ni lah Dato Yancik perasan ada sorang mamat ‘bukan faizal tahir’. Sampai skang aku masih terngiang-ngiang raut wajahnye! haha2, sajian malam tu ala kadar je. Yang pasti aku Happy, yang len tu tak happy pe aku duli. haha2!

 

69pool

 

Satu badan dah panas! Abes sme versi goyang inul aku tibai, ntah masa bila aku dalam kolam ni pun ak tak sedar. Rujuk gambarajah di atas ada mat salleh yang aku sendiri tak pasti kewujudannya, tapi hati aku yakin! ini angkara dia ! Terasa cam badak berendam lame-lame dalam air ni, itu time aku tak rasa ada orang sekeliling pun, pas aku tengok gambar-gambar ni.. ramai rupenya dalam club ni,. Malu! nak balik!! ciss! baru aku tingat, camne nk tukar baju ? Bebyyy ! tak aci awak tak terjun skali.

 

Seperti biasa, bkn terus balik bilik. Sempat menyinggah makan dengan basah kuyup tu. Tak hujan tak ribut, orang kat situ pelik tgk aku, yancik, acik, singgit basah kuyup. Syabas! Korang syak aku balik bilik terus mandi tak? jeng jeng jeng ! memang tidak lah ! aku tidurr terus. Nite-nite!

Farewell; Rakan Sekolah !

Friday, January 28, 2011

| | | Comments: (0)

Farewell

Goodbyes are not forever, Goodbyes are not the end.

They simply mean I'll miss you, until we meet again!

Ini rakan sekerja yang ke-4 berambus dari kantor aku, tinggal lah hanya beberapa kerat yang masih lagi kuat iman di dada. hmm, mungkin skop kerja kami yang berbeza .. so aku masih tak termakan psycho si botak walau hakikatnya hati ada goyang bila dapat tawaran-tawaran hebat di luar. Goyang jugak jiwa aku, tapi kasih kan boss lebih hebat aku pejam lah mata.


otak2

Bye-bye Sook Yee, nanti free kita gosip kt skype ok !