Aktiviti; Memancing!

Tuesday, July 27, 2010

| | |
Balik kerja aku ke Balakong, niat di hati nak join yancik ngan memon mancing kat UPM (kawasan larangan). Aku pun siap2 pack barang kuar umah. Smpai balakong, ramai plak nak mengikut. Aku ngat bertiga jerk, dah cam nk g berkelah. Sorang bawak bantal busuk, sorang bawak laptop, sorang bawak mp3, sorang bawak diri. Haih..pergi la memancing dengan 2 kereta, last2 yang pergi tu sme tido dalam kete. Motif sangat dorang ni, kan selesa kalu kat rumah tido. Takot kitrg memancing laen ah tu.. Kalu bini aku de, kompem tido skali dalam kete tu.
Aku, memon, yancik meneruskan jugak perjalanan memancing walaupun dah lewat 1pagi. Rokok dah berbatang2 aku isap, rasa nak bakar mangkok 2 ekor ni pun ade.. bising jerk dari tadi. mane ikan nak makan! Mungkin dah tak tahan tido dalam kete, kak seby pun bawak lah anak2 kecik ni tido kt umah.. Tinggal la Mel berjalan terkontang kanting menemani yancikk kesorangan.. Takot lah tu laki dia kene ngorat ngan ikan keli. Hahkaha.
Rasa give-up makin menjadi2, kul 1.40am disentap lah oleh ikan malang jorang memon. Aksi pantas dari 3 orang budak nakal ni cam dapat ikan seberat 10kg. Dah lah memancing tempat larangan, pastu buat bising plak, kang kene serang baru tau. Perasaan tak puas hati tengok memon dapat ikan, aku pun pinjam joran memon nak mencuba nasib.. Kali ni aku plakk mintak tolong ngan yancikk, tarikkan tali. Aku ase cam berat gile, kelam kabut 3 budak nakal ni menarik joran.. cam dapat ikan besar buaya!.. Cis. Ikan keli je rupenya, tapi besar sket dari memon. Dorang kata; ikan ni ikot size tuan! cilaka!.
Memandangkan Joran ada 2 je, nak repair je dah buang masa. yancik dah beberapa kali terlepas dan tersangkut. Dugaan sangat,. Aku sempat tgk jam dah pukul 3.15am. Erk, bini den majokk sebab tak leh skype ngn dia. Jom la balik, cukup la 2ekor nak wat bukti pada piny.. At least takde la malu sgt, balik dengan tangan kosong. Aku balik terus tido!
Note: Bila nak repeat ni memon, yancik!!

0 comments: