Aktiviti hujung minggu, cam esok tak keje lah plak kan. Tidak plan pun, main redah je. Pagi-pagi dah keluar umah, tapi ada beberapa sebab kenapa kami naik lambat. Kira ni 1st time aku naik broga ni, dah lah semua pun tak pernah naik, risau jugak!
Sampai semenyih, lebih kurang kul 7 pagi. Sempat lagi ktrg mencekik, sampai aku tercekik lipas. Kejadian di kedai kopi yg tak dapat di maafkan! Kami semua 8 berpasangan mendaki broga nih, aku cam bajetbest ingat leh ensem-ensem2 amik gamba kat atas. Tapi TIDAK ye kawan-kawan. TIDAK semudah itu. haha2, disebabkan kejotan urat-urat saraf. Aku ase main futsal pun tk sepenat ni. Ktrg amik masa lebih 1 Jam mendaki punya pasal.
Tapi semua penat lelah habes, bila aku melihat indahnya ciptaan tuhan dari atas Broga! Cantek, sumpah tak tipu. Pas puas bercinta-cinta ala-ala angkasawan, baru aku teringat nak tuwun camno! aaaah, part ni scary merry sket. untuk org bersaiz besar cam aku ni mmg lah takot, jatuh tu takde harapan idup dah aku ase. haha2, Kalu dah naik amik masa 1jam, tuwun tu dalam setengah jam je lah. haha. Pas berpeluh nek broga, ktrg tingin nak berendam;
Gambar diatas cukup membayangkan betapa basah dan selesanya kami berada di dalam air! haha2, dengan tak bawak baju salin. Selamba berendam, dah siap keringkan badan atas jalan raya. teros pecut alik KL, itupun dah nak petang. Aku yg drive ni tersenggok2 lah sengsorang, yang laen dah selamat sampai kelaut dalam. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan balik.
Note; Mungkin lagi 1tahun aku kan datang Broga balik, itu time pun kalu berat badan gua kurang. kalu tidak, lupakan yang lain!





3 comments:
itu eid kan..
aku penah jumpe dia..
kemsalam..
itupun kalau dia ingat aku..
hahaha...
photographer kita yg xmau naik dah nak photoshoot anniversary kita tahun depan kat situ,bukan salah mummy kan ? haha
death_luver ; yep itu eid., add lah dia di FB
Post a Comment