Coretan Buat Mama,

Sunday, May 9, 2010

| | | Comments: (2)

Mama,
Wajahmu sentiasa memancar ceria,
Bibirmu tersulam senyum bahagia,
Walau derita menyuntik sengsara,
Kau sabar harunginya..

Mama,
Kau korbankan segala demi anakmu,
Kau rela apa saja untuk menatap senyumku,
Pengorbananmu cukup bermakna,
Pengorbananmu amat berharga,
Ikhlasnya kau melimpahkan kasih,
Setianya kau menyulam sayang,
Teguhnya ikatan mesra,
Ibarat karang di lautan sana,
Budi yang kau semai,
Hanya tuhan yang tahu menilai..

Mama,
Hanya kau ratu hatiku,
Hanya kau cahaya kasihku,
Terima kasih ku rangkaikan,
Atas untaian cinta yang kau sembahkan,
Ku iring doa sepanjang hidupmu,
Moga kau bahagia meniti usia,
Kerana kaulah penyuluh jalan ke syurga…
Buat kami sekeluarga.

Note: Terima Kasih mama, smoga tuhan merahmati perjalanan hidup kita sekeluarga didunia dan diakhirat. Alhamdulillah, berkat doa mama utk kami tuhan telah byk permudahkan kehidupan kita sekeluarga. Selagi kami masih bernyawa, kami berikan yg termampu. Insyallah..

Happy Mother's Day!

Saturday, May 8, 2010

| | | Comments: (2)
Happy Mother's Day buat semua ibu-ibu di dunia, terasa nak menjerit..tapi, tak tau apa nk dijeritkan! Hari ni aku menyambut hari ibu dengan orang tercinta. Qiss Tina, terima kasih dengan idea anda. Semua berjalan dengan lancar seperti di rancang. Kul 2.00 kami tiba ke destinasi (Hotel Summit).. Hi-tea bersama dengan family aku dan family Qiss Tina.
Dari kiri tu mama saya! Sebelah dia tu Mak Lang kepada Qiss Tina, makan dengan tak malunye sampai terkentut2. Ops, sowi syg! Ab sengaja.. Ramai gak family2 yang datang kat sini celebrate. Pihak Hotel juga menyediakan hadiah untuk ibu-ibu yang hadir. Seumur hidup aku ini lah kali pertama aku datang bawak mak aku sendiri kuar Hi-tea. Selepas ayah aku dah takde la, hehe2. Mak aku, aku take over! Say bye2 tu ayah aku.hakha. Aku tau mak aku happy. Terima kasih mama, Love u!. Jangan lupa doakan long yer.

Ini perempuan gile bersama dengan adik saya yang last skali. Comel kan?cam aku derr!.haha2, kadang aku sian kat adik aku sorg ni, kecik2 tak dapat nak merasa kasih sayang ayah. Takpe, tasha! ni Ayah Long(Aku) ko sorang ni ada! Terlebih kasih sayang long leh kasik kat ko, campur kasih syg tina. Double! LOVE aku persembahkan!. Cepat2 la besar, tolong long carik duit. Kita besarkan rumah kasik 4 tingkat! Jangan blaja tinggi sangat,ti gayat..blaja jauh2..takpe. Harap adik2 aku ni tau laa yang Along dia ni sayang sgt kat dorang! Tak tau pun takpe!huk!

Aku pun nk masok jugak dalam ini cerita! Blog aku, ske ati aku derr! Terima kasih jugak buat sayangku ni, kira awk kategori ibu la ek.. Ouh! saya ada 3 Ibu rupenya!.. Mama saya, mak mentua saya, Mak ..we saya! hehe2, Tkpe syg, hari ibu ni saya nak kita share sama2, awak lebih kenal siapa saya dari mereka mengenali saya. Doa buat ibu mentua saya juga telah saya selitkan bersama doa ibu sy. Insyallh,..Mohonlah semoga tuhan memperkenankan permintaan kita sayang. Anggap la mak saya cam mak awk.. mak awk cam makwe saya.! Opss! tlebih sudaa.

Note: Terima kasih mama!

Tuhan Pernah Berbisik!

Friday, May 7, 2010

| | | Comments: (3)
"Ketika aku kirimkan padamu seorang teman, aku tidak memberikan seseorang yang sempurna kerana engkaupun tak sempurna. Aku mempertemukanmu dengan teman teman yang sama dengan mu, sehingga kalian dapat saling mengisi, berbagi dan bertumbuh bersama."

Begitulah juga dalam kehidupan. Janganlah kamu banyak memberi banyak pengharapan kepada seseorang, bila memang rasa itu tak pernah ada.
 
"Ketika kamu menyukai seseorang dan ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat...."

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah ia manusia biasa. Sehingga apabila sekali ia melakukan kesilapan maka akan lebih mudah bagi kamu untuk menerima ketidak sempurnaannya dan memaafkannya.
 
"Berbagilah kasih, berusahalah saling menerima dan peliharalah sifat mudah memaafkan, dengan demikian persahabatan menjadi lebih indah. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang pasti baik, putih dan sehat untuk dirimu, mengapa kamu harus berlengah dan mencuba mencari makanan yang lain?"

Begitu juga ketika kamu bertemu dengan seorang yang membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu dengan tulus dan sepenuh hati, mengapa kamu harus berlengah dan mencuba membandingkannya dengan yang lain? Ingatlah, jangan pernah mengejar kesempurnaan, karena kelak, kamu akan kehilangan yang terbaik yang sudah kau raih dan kamu akan menyesal.
Ya Allah,
terima kasih bisikan indah-Mu. Aku mohon ya Allah ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia ini tak akan pernah ada sesuatu yang abadi. Pada masanya, segala sesuatu itu pasti akan berakhir. Sehingga ketika seseorang meninggalkanku, aku akan tetap kuat dan tegar karena aku bersama yang tak pernah berakhir, iaitu cinta-Mu ya Allah...




Note: Orang bijak berucap, mencintai seseorang adalah keharusan. Dicintai seseorang adalah kebahagiaan. Tapi, dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya.

My Family Gathering

Monday, May 3, 2010

| | | Comments: (2)
Ni la Family aku! Kitorg menetap di Apartment KWSP. Planning nk g PD nih dr bulan lepas. Akhirnya berjaya gak kumpul saudara saudari terdekat. Malam BBQ di Port Dickson bertema kan Hawaii, tap aku rasa aku tak mengikuti tema lansung. Sebab itu aku rasa lebih macho berpakaian seluar pendek dan tshirt.


Bersantai di Teluk Kemang, Port Dickson! Setelah seminggu Dia di Cambodia, lepaslah segala rindu bila dia pulang ke rumah. Tapi dalam masa yang sama dia telah menyakitkan hati aku! Ada ke patut dah beli 2 Perfume, Rokok 1 Carton dan tinggal dalam teksi. Balik2 cerita kat aku, memang terluka la sikit hati aku kan..! 
Ouh, bak kata Ab dengan machonya.. ".. takpe syg, takde rezeki.. ti ab try tahun depan belikan lain yer.." haha3.. tgu ab kumpul duit yer sayang.


Terima kasih sayang, penat2 awk dari cambodia sudi gak ikot saya dan family ke Port Dickson. Tau tak saya dah rindu kat awak melantun2? Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi dan balik dari Cheras ke Seremban. Memandangkan ada Pesta Air dia Port Dickson, Jalan jem gile! Pergi ke PD terpaksa ikut jalan Sepang, tapi sesat cam haram jadahh. Balik dari PD ke KL terpaksa ikut jalan ke Melaka. Sesak yang dasyat dari PD ke KL. Agak jauh la nak pusing ke Melaka baru kuar highway. Kadang2 ase cam kerja gile.. tapi aku lagi sanggup jalan jauh dari kene tekan clutch break clutch break. Memang tidakk! Dari PD bertolak kul 1 tengahari sampai KL kul 5.30pm. Laporan Bernama.

Ramalan Cuaca Hatiku!

Monday, April 26, 2010

| | | Comments: (4)
Tentang Paan; AIR (Cancer, Scorpio & Pisces)
"Mempunyai sifat semulajadi berkembang maju. Dipandu intuisi diri, mudah simpati, daya imaginatif, sentimental, tiada ketetapan perasaan dan berhati-hati. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi individu sekeliling dan pantas menangis untuk sebarang situasi yg menyedihkan. Mudah terpengaruh dgn rentak emosi individu lain, juga diri WANITA API."

Terkena la sipi batang idung aku ngan ramalan ni.. ak copy dari post ++CkinComeY++. Lately ni ak memang cepat sensitip. Mungkin sebab Dia jauh, tambah plak aku sorang2. Cuba penuhkan masa aku dgn aktiviti berfaedah. Tapi, aku rasa cam takde paedah pun.kalu ikut kata ramalan tu, dia cakap sifat berkembang maju. Aku rasa, tang perot aku je la yang maju. Mudah tersentuh tu memang aku la kan, kadang2 takleh disentuh lansung.. cepat lak hati aku nih saket kan. Tp, cepat sembuh.. Wanita API tu wanita saya!!

******
Tentang Tina; API (Aries, Leo & Sagittarius)
"Dilahirkan sebagai pemimpin. Kekuatan diri yg optimum dan lazimnya enggan menerima pendapat individu lain walaupun ia benar. Seorang yg artistik, sukar dijangka, romantis tetapi tidak pemalu. Personaliti yg suka menguasai, mendominasi tetapi mengimbanginya dgn sifat pemurah, mesra dan obses kpd subjek kegemarannya. Sifat berterus-terangnya melukai perasaan individu lain, jujur dan awas, wanita api akan beralih arah jika merasa amat tertekan. Oleh itu, berikan ruang peribadi yg cukup luas bagi memastikan hubungan kekal berpanjangan."


Beby,biar ab nilai ramalan ni..rasa nye ab da cukup kenal wanita ab nih. Pemimpin?ye btol!stuju sgt, Wanita ini lah byk mendorong saya dan selalu membuatkan saya berfikir dengan waras. Artistik tu tk pasti..tp seorg yg cool..Mesra?jujur? kalau tak saya tak sangkut ngan wanita ini. Tentang beralih arah tu, tk brani la nk komen.. setakat ni.. alhamdulillah, dia menjadi seperti wanita yang saya inginkan. love u beby.




Note: Kentut berbunyik tak masok plak dalam ramalan ni.

Siem Reap, Cambodia! Kejam!

Saturday, April 24, 2010

| | | Comments: (3)
My Passion ; Qiss Tina


Siem Reap, Cambodia - Kejam! Kejam! Kejam! Jauhnya awak pergi tinggalkan saya.Sempat gak snap pic awak time kita last breakfast bersama.Tak tau la awak perasan ke tak,tapi saya kurang bercakap..saya lebih senang dengar awak bercerita..Saya doakan awak suksess kat sana,selamat pergi dan balik..Jangan risau tentang sy,insyallah semua akan berjalan seperti biasa.cuma tak lengkap sikitla hidup saya.. tkde awk kt sisi. Masih terasa pelukan terakhir awak tadi.Leh tak kalu nk peluk lagi skali?.hehe

... 7 days to go ...

Note: Caye tak kalu saya cakap saya tunggu awak kat tepi highway smpai awk terbang?

Cinta untuk dirasai bukan menguasai!

Thursday, April 22, 2010

| | | Comments: (3)

" Ramai yang melakukan kesilapan ketika bercinta.Sikap terlalu mengongkong pasangan ataupun terlalu mengalah, sehingga pasangan pijak kepala adalah konsep yang salah. Konsep sebenar adalah give and take ataupun menang-menang. Sama rata, masing-masing tahu peranan dan tangungjawab yang perlu digalas.Namun bila kita berperasaan untuk menguasai pasangan kita (mengongkong aktiviti hariannya, mengatur pakaian, makanan dan sebagainya) ataupun melulu mengalah (tidak menegur kesilapan, tidak kisah apabila dibuli, tidak ada perasaan cemburu), itu bermakna kita belum bersedia untuk bercinta."
Boleh pakai ke statement ni? hm, tajuk tu da betul. Cinta memang utk dirasai, bkn di kuasai atau mguasai. Kalau jenis aku nih yang payah nk cemburu, bkn bermaksud ak tak bersedia tuk bercinta. Telah ku serah kan segala2nya. haha2 masih tak cukup membuktikan aku bersedia dalam cinta? Dalam bercinta, memang la harus memberi dan menerima..

Tapi.. ada je pasangan kat luar sana, yang hanya sebelah pihak memberi dan sebelah pihak lagi yg tak tau malu menerima. Wah! byk cantek muke ko?! Cinta guna air liur? Haak tuihh! jilat bontot aku kalu takde duit korang leh bahagia.. bkn nk tunding jari pada sesiapa, tp semua cinta mgunakan duit. Seblm ni aku de post entry pasal Cinta & Pengkid. Rajin korang baca lah, fikir2kanlah.

Cinta hanya boleh bagi kita semangat yg luar biasa. Cinta yg sehat, mampu mengadaptasi kan semangat kepada sesuatu yg sehat. Cinta membuatkan seseorg bertukar menjadi begitu beremosi, cinta juga boleh membuatkan seseorg berusaha dengan apa cara skalipun utk berjaya. Camne ngan cinta korang? Itulah sebabnya, bercinta biar satu. berkasih biar beribu. Eh2! silap-silap! Bercinta biar satu, berkahwin biar satu!



 
Note: Camne ek gaya bercinta cepat hamil. teringin nk praktis!