Mama,
Wajahmu sentiasa memancar ceria,
Bibirmu tersulam senyum bahagia,
Walau derita menyuntik sengsara,
Kau sabar harunginya..
Mama,
Kau korbankan segala demi anakmu,
Kau rela apa saja untuk menatap senyumku,
Pengorbananmu cukup bermakna,
Pengorbananmu amat berharga,
Ikhlasnya kau melimpahkan kasih,
Setianya kau menyulam sayang,
Teguhnya ikatan mesra,
Ibarat karang di lautan sana,
Budi yang kau semai,
Hanya tuhan yang tahu menilai..
Mama,
Hanya kau ratu hatiku,
Hanya kau cahaya kasihku,
Terima kasih ku rangkaikan,
Atas untaian cinta yang kau sembahkan,
Ku iring doa sepanjang hidupmu,
Moga kau bahagia meniti usia,
Kerana kaulah penyuluh jalan ke syurga…
Buat kami sekeluarga.
Note: Terima Kasih mama, smoga tuhan merahmati perjalanan hidup kita sekeluarga didunia dan diakhirat. Alhamdulillah, berkat doa mama utk kami tuhan telah byk permudahkan kehidupan kita sekeluarga. Selagi kami masih bernyawa, kami berikan yg termampu. Insyallah..







2 comments:
semoga sy juga bisa sujud dan cium di kaki ibu yg melahirkan sy suatu hari nanti..buat masa yg terindah ini, terima kasih paan kerana memberi ruang dan peluang mendakap dan merasa kehangatan kasih dan syg seorang mama!..mama, terima kasih kerana sudi terima tina sebagai sebahagian dari keluargamu..
b mama ckp kan .."small matter!" hehehe.. insyallh syg.. kejayaan awk hari ini berkat doa ibu tu.. ab harap sgt ab ada bsama ketika seorg anak mencium kak ibu nya itu.. b kene strong.. b ada ab! hehe.. terima kasih gak tuk beby... selalu ada ngn ab dan fmly.. memahami situasi ab yg paling penting!tq so much!! love u!
Post a Comment