Tuhan Sayangkan Kau..

Friday, May 14, 2010

| | |
How my life has gone to this part of the world, betapa kita sebagai manusia biasa, hanya bisa merancang. Jika tanpa izin dari Allah s.w.t nothing will go like we plan.

Kita boleh je nak bercita-cita, berangan-angan, bermimpi-mimpi, mengharapkan sebuah kejayaan di dalam sesebuah perhubungan. Tapi, jika takde izin dari Dia Yang Maha Esa… maka xkan terjadi apa yang kita mahu ianya berlaku. Semuanya adalah ‘kerja Tuhan’ …cuba kita pikirkan jap, Selalu hati berbisik;

Mengapa jiwa aku kosong tanpa dia setelah berkali-kali cuba untuk bersama?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau…kerana mungkin dia sebenarnya bukan untuk kau. Pasti ada yang lain.

Mengapa pertemuan tak berlaku setelah begitu rapi dirancang?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau….mungkin pertemuan itu hanya akan mengecewakan kau suatu hari nanti.

Mengapa percintaan terputus di tengah jalan setelah dicurahkan segala-gala kasih sayang?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau…mungkin sekiranya percintaan itu berterusan, hidup kamu akan merana kerana bersama orang yang tidak benar-benar cintakan kau.

Mengapa tidak ada sekelumit pun cintanya terhadap aku?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau…kerana mungkin jika kau bercinta dengannya, kau hanya akan bersedih sepanjang masa kerana kecurangannya.

Mengapa tidak panjang jodoh aku dan dia?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau…kerana mungkin Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kau, mungkin Tuhan menyediakan jodoh kau yang lain yang sebenar-benarnya jodoh kau

Kita selalu bercakap pasal agama islam, bercakap tentang hikmah dari Tuhan, kita juga selalu berkata InsyaAllah… tapi, sejauh mana kepercayaan kita kepada apa yang kita selalu ucapkan?

Kerana, jika benar-benar kita percaya kepada Allah, jadi kita kenalah redha dengan setiap apa yang berlaku dan anggaplah ianya berlaku begitu kerana..

“Tuhan lebih menyayangi kita! …So jika begitu, bukankah we should be happy?”

1 comments:

11 said...

madah pujangga yg menyentuh hati.. :)