Siapa yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak, tapi siapa berteman dengan orang bebal menjadi susah.
Pada suatu hari, seekor kalajengking meminta seekor kura-kura agar menumpangkannya di cengkerang untuk dia menyeberangi sungai.
Kura-kura: “Gila ke kau? Kamu akan menyengatku masa aku berenang dan aku akan tenggelam”.
Kalajengking: “Haha2,. Kura-kura yang baik, jika aku menyengat kau, aku akan turut tenggelam dengan kau. Apa gunanya? Aku tak kan menyengat kau kerana ini boleh membawa kematian kepada aku jugak!”
Untuk beberapa saat, kura-kura itu berfikir tentang logiknya dari jawapan tersebut.
Kura-kura: Kamu benar, Naiklah!”.
Baru setengah Jalan, dia menyengat kura-kura. Kura-kura mulai tenggelam perlahan-lahan menuju dasar sungai dengan kalajengking masih di atas cengkerangnya.
Kura-kura: Kamu sudah berjanji, namun sekarang engkau mengigitku! Kenapa? Sekarang kita sama-sama susah!
Kalajengking: Aku tidak dapat menahan diri. Memang tabiatku untuk menyengat!
Note: Fahami karakter seseorang sebelum menjadikannya sebagai kawan. Peranan yang dimainkan akan mempengaruhi kehidupan Anda!.





0 comments:
Post a Comment