Stim Steamboat!

Friday, May 21, 2010

| | | Comments: (5)
Tetibe aku terajin nak update blog, pasal Steamboat yang minggu lepasnya aku kuar makan bersama tersayang, Lan ngan Mala, Emon, Eid ngan Azma. Yang len, jgn cakap aku tak invite eh. ada je aku post kat YM ngn Fesbuk! Ada gak yg tak dapat join atas sebab2 tertentu. Mayb, next time la kot.

Ni aku nk kongsi ngan korang yg suke makan seafood! Dah byk kali aku try kat sini, dari mula bercinta sehingga lah dah berkahwin. Sebelum aku datang sini, aku pastikan perut aku kosong sekosong2nya. sebab aku nk mencekik kat sini sampaii puas. Dengan harga RM19.90, korang leh melantakk berapa byk sekalipun. Kalu korang tak malu, leh bungkus bawak alik skali. Hahkha, Ada sket gambar aku nk sajikan kat korang, mana tau next time korang berminat tuk mencekik fresshhh nye makanan kat sini.


Kat atas ni la sikit sebanyak kepelbagaian jenis makanan. Cam biasa ah, kedai steamboat ni kalu korang tgk memang ah kedai cina, tp tak kurang hebatnya orang2 melayu kita yg join skali. Tak tau la pada korang, tp pada aku.. selagi aku ase makanan tu sejenis seafood, aku telan jer. Satu Malaysia katakann. heEhekh.


Gambar2 kat atas ni agak keterlaluan, tapi aku ase tu cukup mgambarkan betapa kenyangnya perut mereka-mereka di atas. Gambar den? biasa ah tu,kalu dah den yang pegang camera. memang tak merasa ah muke sendiri dalam camera. hakha, Masehh tuk Beby, Sis Mala, Lan, Emon, Eid, Azma yang sudi gak join aku makan. Sebab kalau aku berdua ngan Tina, memang tak berapa nk lahapp sangat la aku kan. Next time sape2 nak open table ke pe ke, kat sini memang berbaloi2.

32A-1, Jalan PJS 8/6, Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor (At Shop lots opposite Sunway Pyramid) Contact Mrs. Susie Teh: 016 208 6678, 03 5637 5825


Note: Aku tak dapat pape komisen pon promote tempat ni, tapi tuk kongsi bersama jerk. Beby, ti bawak Kinky skali makan kat sini. HekhHe.

Kucing Bengal

Thursday, May 20, 2010

| | | Comments: (0)


Mr Kinky VS Paan Jahat
Memandangkan dah ramai yang bertanya den tentang Kinky, tetibe aku berminat nk kongsi sikit sejarah spesis. Pada aku Kinky tak berbahaya, tp tak tau la pada pendapat korang. Kalu ikot sejarah dan latar belakang nenek moyang Kinky memang la mengerunkan, tapi aku tak tau dari mana datangnya minat dan tetibe aku ngan Tina leh jatuh cinta sama ini spesis.. Kat sini aku ada copy sejarah pasal Bengal. Choii!

SEJARAH
Nama bengal sendiri berasal dari nama ilmiah Asian Leopard Cat yang sering disebut sebagai Bengal Tiger. Seorang ahli genetik dan breeder kucing di California mencoba untuk mengawinkan Asian Leopard Cat dengan American Shorthair. Perkawinan silang ini bertujuan mendapatkan pola “spotted wild cat” pada kucing domestik. Selanjutnya anak betina keturunannya disilangkan kembali dengan bapaknya sehingga dihasilkan anak kucing dengan pola spotted yang kemudian dikenal dengan ras Bengal. Ras ini merupakan keturunan dari wild cat dan masih jarang ditemui.

Tahun 1973 Dr. Centerwall dari California University melanjutkan program persilangan tersebut untuk mendapatkan the Asian Leopard Cat yang tahan terhadap penyakit Feline Leukemia yang disebabkan oleh sejenis virus. Tahun 1983 ras ini didaftarkan di klub TICA, FiFe baru belakangan ini mengakuinya. Bengal baru diperkenalkan di Perancis pada tahun 1991


Pada bulan februari 1998, seekor kucing bengal bernama Cato, memegang rekod sebagai kucing termahal di dunia. Cato dibeli oleh Cindy Jackson (London, Inggris) dengan harga 41.435 USD. Cindy sendiri adalah seorang pemegang rekod dunia sebagai orang yang menjalani operasi plastik terbanyak Rekod kucing termahal ini hanya bertahan hingga tahun 2005..

KARAKTER FIZIKAL
Dengan bentuk badan yang besar dan gagah, bengal mendapatkan sebagian ciri fizik leluhurnya yang merupakan kucing liar. Kucing betina dewasa mempunyai berat badan sekitar 4-5 Kg, sedangkan kucing jantan bisa mencapai berat 10 Kg. 

Bentuk kepala kucing bengal besar dan agak panjang, tetapi lebih kecil dibandingkan porsi tubuhnya. Lehernya besar, panjang dan berotot, seimbang dengan ukuran kepala. Hidung besar dan lebar, sedangkan kulit hidung berwarna merah dengan garis luar hitam. Telinga menghadap kedepan. Mata lebar dan bulat seperti buah almond, berwarna hijau atau amber. 

Pola warna bengal sangat khas iaitu tabby spotted yang berwarna kehitam-hitaman, coklat atau cinnamon, dan garis horizontal hitam dibagian pusat serta lingkaran berbentuk cincin pada ekor dengan ujung berwarna gelap. Warna dasar orange lebih disukai. Dikenal juga pola classic tabby yang terlihat seperti pola oyster di bagian paha dan pola kupu-kupu di bagian bahu.



SIFAT DAN MINAT
Bengal adalah kucing yang cerdas dan aktif. Salah satu ciri khasnya adalah kesukaan akan air, mereka tidak keberatan sebagian tubuhnya basah oleh air. Mereka suka sekali mandi dan berendam dalam bathtub bersama pemiliknya. Akhir-akhir ini, beberapa kucing Bengal peliharaan  menunjukkan kelainan sifat dan tingkah laku. Di Australia, Bengal ini sempat dilarang dipelihara kerana dianggap agak berbahaya. Insting berburu yang berlebihan ini rupanya akibat perawatan yang keliru.




Note: Jangka hayat spesis kucing ini adalah 20-30 tahun. Erk! Den nak ajar Kinky ngucap ah!..

Lu Pikirla Sendiri!

Tuesday, May 18, 2010

| | | Comments: (0)
  "Anda akan kehilangan banyak duit kerana mengejar wanita, tetapi anda tidak akan hilang wanita jika mengejar duit."

Bengal Cat ; Mr. Kinky!

Sunday, May 16, 2010

| | | Comments: (2)
Mimpi Qiss Tina semalam kini menjadi kenyataan! Atas permintaan Dia, teringin sangat nak berhenti kedai kucen. Aku takde la terpikir nak beli kucen lagi, atas sebab2 kerja. Tina keje outstation! aku pun bz ngan dateline and roadshow. Mana mungkin untuk aku menjaga kucen kat rumah tu walaupun minat mengunung dalam jiwa tentang kucen ni.. Tapi spesis ni betol2 mengugat jiwa aku ngan Tina. Tgk kucen orang len aku tetibe nk jeles. hehe2,

Kami singgah di salah sebuah kedai kucen di Rawang, Selangor. Tetibe tersyok sendiri tengok kucen spesis bengal nih, aku pernah tgk kat tv jer sebelum nih, tapi kali ni aku dpt pegang dia! bulu dan manjanye telah menganggu jiwa aku. Jelingan manja dari Tina telah membelah jiwa aku lagi skali, bisikan dari mane ntah telah membuatkan aku berkata "baiklah, Ab jaga.. amik la bawak balik!" Aku tau Dia happy, itu kemahuan dia selalu cakap dari awal perkahwinan kami. Aku anggap ini adalah hadiah perkahwinan kami yang ke 3 bulan. Dengan tak malunye Dia terus memberi nama Kinky! 

Tuan kedai tu merangkak penjaga Si Kinky ni pun pelik, kenapa kucen dia sangat suke dengan kami. Mungkin tu salah satu cubaan hasutan tuk kami membawa pulang Si Kinky ni! Hampir 1 Jam kami berpusing dalam kedai utk menyesuaikan diri dengan Kinky. Maklum la spesis ni, kang aku bawak balik umah tetibe aku ngan Tina kene Ngap! Carik pasal sangat.. Pas mendengar short story dari penjaga Kinky ni, sangat leka di buatnya.. Dalam pada tu sempat jugak tengok aksesori tuk Si Kinky tu, termasuklah semua peralatan penjagaan tuk dia, leh tahan la maintenance dia melebihi bulan2 keperluan aku! Beby!, nak sangat kan. Hambikk!, Ab sebenarnya dah start rindukan Kinky laa. Jom la amik diaa, mesti dia pun rindu kan kite.


Note: Hoi Encik Kinky, ko sedar tak harga ko lebih mahal dari harga cincin kawin aku ngn tina! cis!, sok kalu ko nakal sangat. Aku jual ko alik! haha3.

Harta, Rupa atau Cinta?

Saturday, May 15, 2010

| | | Comments: (0)
Jika korang diberi pilihan utk membuat pilihan, antara Cinta, Harta, Rupa. Yang manu satu menjadi pilihan korang?

Susah jugak jika takde RUPA! feel tak ada! Macamana mahu hidup bersama? Macamana nak bermesra… tak menarik di jiwa, ‘hilang steam!’

Susah juga bila takde HARTA atau kewangannya cukup-cukup makan je. Camne nak keluar-keluar, bersiar-siar, dating or even nak berumahtangga? Bagaimana nak membayar berbagai bil-bil bulanan?

Susah juga bila takde RUPA, tidak timbul rasa mahu bercinta. Susah juga bila hidup dalam kesempitan, tanpa HARTA, akan berlaku tekanan dalam perhubungan yang pasti akan menghancurkan CINTA!

Pastinya, kita mahu memilih Cinta, Harta dan Rupa! Tapi itu terlalu sempurna! Dunia realitinya, tidak sesempurna itu!

Kadang-kadang kita dapat memiliki rupa…tetapi kita tetap dikecewakan, kerana kecurangan berlaku apabila rupa menjadi perhatian ramai..

Kadang-kadang kita dapat memiliki harta,…kita tetap dikecewakan cinta, kerana kekayaan menjadi punca keegoan lalu kemegahan jadi pilihan.

Sometimes, kita punya rupa, pasangan pun sama…kita punya harta, kaya…we have everything! But still…kita terkecewa dalam cinta, kerana rasa hilang! Pelik kan? Apabila kita tiada itu yang kita mahu tetapi apabila kita dapat semuanya itu jugalah yang kita tidak mahu!

If you ask me…secara logiknya, Aku pilih Cinta dulu!! Rupa dan Harta akan datang kemudian. Kerana, bila sudah cinta, yang tak cantik jadi lawa…bila sudah cinta, hidup miskin pun rela…

Itu logiknya, tetapi tak tahu lah nape, reality of me…I will always go for the look first! Aku tak boleh bercinta jika tidak sedap mata memandang. Jika lawa, cantik dan berilmu pula it’s a bonus la. I Love beauty & brain!! Harta? Hmmm… not even think about it! SO, “apa pula pendapat korang? Apa yang korang pilih jika hanya satu pilihan saja yang korang leh pilih?!"

"Harta, Rupa atau CINTA?”

Tuhan Sayangkan Kau..

Friday, May 14, 2010

| | | Comments: (1)
How my life has gone to this part of the world, betapa kita sebagai manusia biasa, hanya bisa merancang. Jika tanpa izin dari Allah s.w.t …nothing will go like we plan.

Kita boleh je nak bercita-cita, berangan-angan, bermimpi-mimpi, mengharapkan sebuah kejayaan di dalam sesebuah perhubungan. Tapi, jika takde izin dari Dia Yang Maha Esa… maka xkan terjadi apa yang kita mahu ianya berlaku. Semuanya adalah ‘kerja Tuhan’ …cuba kita pikirkan jap, Selalu hati berbisik;

Mengapa jiwa aku kosong tanpa dia setelah berkali-kali cuba untuk bersama?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau…kerana mungkin dia sebenarnya bukan untuk kau. Pasti ada yang lain.

Mengapa pertemuan tak berlaku setelah begitu rapi dirancang?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau….mungkin pertemuan itu hanya akan mengecewakan kau suatu hari nanti.

Mengapa percintaan terputus di tengah jalan setelah dicurahkan segala-gala kasih sayang?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau…mungkin sekiranya percintaan itu berterusan, hidup kamu akan merana kerana bersama orang yang tidak benar-benar cintakan kau.

Mengapa tidak ada sekelumit pun cintanya terhadap aku?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau…kerana mungkin jika kau bercinta dengannya, kau hanya akan bersedih sepanjang masa kerana kecurangannya.

Mengapa tidak panjang jodoh aku dan dia?

Mungkin Tuhan lebih menyayangi kau…kerana mungkin Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kau, mungkin Tuhan menyediakan jodoh kau yang lain yang sebenar-benarnya jodoh kau

Kita selalu bercakap pasal agama islam, bercakap tentang hikmah dari Tuhan, kita juga selalu berkata InsyaAllah… tapi, sejauh mana kepercayaan kita kepada apa yang kita selalu ucapkan?

Kerana, jika benar-benar kita percaya kepada Allah, jadi kita kenalah redha dengan setiap apa yang berlaku dan anggaplah ianya berlaku begitu kerana..

“Tuhan lebih menyayangi kita! …So jika begitu, bukankah we should be happy?”

Tidak Hanya Satu Cinta!

Thursday, May 13, 2010

| | | Comments: (2)
“Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta.”
Selalu sangat, bila seseorang itu yang pernah jatuh cinta kemudian dikecewakan cinta, akan memberitahu orang di sekelilingnya yang bekas pasangannya itulah yang terhebat :
“Dialah yang terbaik, tiada lagi orang sepertinya. Tiada siapa yang dapat menggantikan cintanya yang luhur, hatinya yang lembut, layanannya yang terbaik dan perangainya yang lucu dan menawan hati! Dia The Best!”

Tidak kah kelakar? Walau dikecewakan, walau dibiarkan begitu saja, walau sengsara hidup TETAP… yang mengecewakan dia itulah yang terbaik, cinta yang suci dan luhur!
  • Kalau baik sangat pasal apa dia kecewakan anda?! Kalau suci sangat pasal apa anda ditinggalkan? Kalau hatinya lembut dan baik, mengapa sanggup membiarkan diri anda terseksa?
Jelas sekali dia tidak baik, habis cerita!

Now, apa yang penting di sini untuk kita semua fikirkan dan renungkan sejenak adalah… “TIDAK HANYA SATU CINTA” - Maksud aku kat sini adalah, di dalam hidup kita ini, sepanjang perjalanan mengorak langkah di dalam semak, onak dan duri kehidupan ini… banyak cinta yang kita akan temui, percayalah! Jangan lah kita hanya menganggap cinta dia seorang itu lah yang satu-satunya cinta. Maka kalau tak menjadi dengan dia, tak ada lagi lah peluang anda untuk bahagia bersama pasangan yang lain?!

Dari pengalaman aku sendiri, kita akan bercinta dan kecewa dan bercinta kembali, kemudian berkali-kali lagilah kecewa, berkali-kali lagilah putaran percintaaan itu sebelum kita bertemu dengan cinta yang sebenarnya cinta. Iaitu cinta sejati, TRUE LOVE!

So, for the mean time tu, kita cuba kenali pasangan kita sebanyak-banyak yang mungkin. Ketahui tabiaatnya, kenali cara pemikirannya, fahami keputusannya. Dari sini lah dalam sedar dan tak sedar kita mengembara mengenali erti percintaan yang sebenar. Dari sinilah kita mulai perlahan-lahan belajar erti bertolak ansur. Dari kekecewaan kita akan kenal pasangan yang mana lebih baik lagi, dari kegagalan kita mengenal orang yang mana patut kita cintai.

Yang Penting! Jangan putus asa! Berkenalan lah dengan sesiapa sahaja yang menarik dan baik pada pandangan anda. Kemudian, jangan pula cepat jatuh cinta dan jika bercinta jangan pula beri habis keseluruhan cinta anda, simpan sedikit untuk anda cintai diri sendiri.

“Bercinta dan terus bercinta walau beberapa kali gagal sekali pun.” 
Korang tau, apa selalu berlaku pada aku, setiap kali aku putus cinta? the next person yang aku jumpa selalunya yang lebih baik dari yang sebelumnya. So, jangan sesekali menganggap cinta bekas kekasih anda itu sahajalah yang terbaik, kerana…
“Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta…RAMAI!”



Note:  Cinta atau nafsu?