New Year; Funky Nite !

Saturday, January 1, 2011

| | | Comments: (0)

Cheers to a new year and another chance for us to get it right, a time for making new resolutions, a new beginning is a time of fun and celebrations!

 

ktv1

 

Ini pun last minit punya plan, memandangkan ada 1 hari public holiday yg tak di duga di umumkan PM semalam. aiseh, pantang dapat cuti FREE. Busy lah semua nk open table. Cik Jemah sebuk booking bilik utk aktiviti malam ni. Aku yang kat opis ni, mood nak bekerja dah takde, mood nak berpoya-poya UP sket. haha, setelah di gempar gempur kan dgn tawaran yang lumayan, marilah mempoyokan diri sendiri. Abes 4 Jam berkaroke terlampau, sambung g Mojo. Seronok sebab kami je dalam club tu. Masing-masing menghiburkan hati tanpa segan silu. haha2, yang penting kami ENJOY!

 

ktv2

 

Permulaan tahun yang baru sebaru-barunya. Tanpa gangguan mental + emosi, melainkan tekanan kerja yang hebat pada tahun 2010 telah merubah 2011 menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun lepas. Amin. Kalu bercakap pasal AZAM tahun baru, memang takde. Aku cuma ada Prinsip idup yang akan aku pegang hingga abes hayat. Semoga teguran 2010 memperkemaskan tahun 2011 aku. Alhamdulillah.

New Comer; ALAM JAHAT

Saturday, December 25, 2010

| | | Comments: (1)

alam

 

Si comel di atas aku jumpa kat Shah Alam, itu pasal nama dia ALAM. Dia sangat gebu cam mummy! haha, yang pasti bukan orang punya, dia ada 5 beradik. Tapi, aku cam mampu nak amik 1 je. Yang laen pun comel ciptaan tuhan semuanya terbaik! So, aku memilih ni sebab dia DIAM. haha2, Sepanjang perjalanan balik tidak berbunyik spatah haram. Aku syak dia bisu.

 

Sampai rumah, Kinky & Luna cam gangster nak carik gaduh dgn si comel ni. Mummy dia bawak tido skali, daddy? tidur luar! Sweet kan tina? haha2, camne aku tak jatuh hati. Si Comel ini dia menyusukan sepanjang hari, jaga bagai menatang minyak yang penuh. Aku pun turut tak tidur lena, kejap2 tgk2 Si Comel tido takot Mummy terpijak. haha.

 

Note; Si Comel ini juga turut ikot ke Sunway Pyramid celebrate bday Bro Mysta! Percayalah.

Happy 1st Year Anniversary!

Tuesday, December 21, 2010

| | | Comments: (2)

“ Another year to create, precious memories together.

Another year to discover new things to enjoy about each other.

Another year to build a life rich in love and laughter.

Another year to strengthen a marriage that defines 'forever'.

Happy 1st Anniversary, Beby! ”

1year_1

 

Yeah, Genting Highland! Starbucks ni menjadi saksi, 21-12-09 aku membawa hati luka naik tinggi ke atas acah-acah nk tackle lah minah sorg ni. Minah yang berpesonality menarik, pada aku sahaja. Pada org len tu aku tak peduli. Itu hari telah menjadi saksi pertama aku berdua-duan dengan minah tu. Memang aku berdua je, tak tipu. Haha.,

 

Dan hari ini, 21-12-10 genap 1 tahun aku bersama minah tu, aku ase cam pantas masa berlalu. Rasa cam baru 2 hari lepas aku tackle dia sampai jatuh. haha, Minah ni itu jugak telah mengcungkil hati aku dari berkarat sampai berkilat. Genap 1 tahun sudah beby, Terima kasih!

 

1year_2

 

Aku memilih tempat yang sama hari yang sama dan waktu yang sama, tahun sajelah yg berbeza. Situasi yang sama dan perasaan yang berbeza. Perkataan tidak semudah perbuatan, dan hari ini aku yakin. Pilihan aku tepat!

 

 

 

Note; Tiada kata dapat mengambarkan rasa!

60 days; Luna Pregnancy

Saturday, December 18, 2010

| | | Comments: (1)

luna_b

 

Congratz Kinky! haha2, tetibe aku tak saba nak menimang cucu pertama. Setelah keguguran pada peringkat awal, daddy ase cam tak berjaya nk menimang cucu je. Sebab dah ada breeder yg beritahu, Spesis ko tu mengada-ngada. takmo kawen ngn kucing kampung! Tapi betina melayu terakhir tu telah berjaya ko bunting kan. Siapa lagi jantan dalam umah tu kalu bukan aku dan ko je kan,

 

Muke mummy ko pun berubah sama ngan perangai dia. Balik kerja je, terus carik luna. Dan takde nk pelok2 aku dah alik tejee.. anak jugak no 1. yolaa, anak2 dia yg suap dia amam.. hmm, asal kuar shopping; nak beli baju utk anak lah, makanan utk anak lah, mainan utk anak lah. Kecik ati daddy ko ni, tapi aku simpan dalam2 sebab aku sayang korang gak! haha2, asalkan korang tak susahkan mummy korang, itu sudah cukup menyenangkan hati aku.

 

luna_c

 

Cik Luna, bila tgk perot ko mengembang daddy ase kamu nampak seksiii sgt. Seksi dari mummy kamu. haha2, Harap penantian mummy & daddy menjadi kenyataan yer, mintak tlg jaga kandungan kamu yer cik luna. Daddy & Mummy lebiu n kinky!

 

 

Note; Anak yang bunting, Mummy dia plak yg mengindamm lebih! Cendol Pulut Stimm 1! haha

Kinky; Istana Takeshi

Sunday, December 12, 2010

| | | Comments: (1)

sangkar_kinky

 

Padan muke! disebabkan korang tak pakai pampers dengan betol, aku kurung korang! tak kesian ke korg kat mummy daddy, sudahlah penat mencari rejeki.. korang sgt rajin mengemas rumah TANPA disuruh! Carik korg nye ‘Cage’ aje setengah hari. Mummy korang dah nages2 kat pasar pudu nak alik punya pasal, haha2. Last-last pergi cheras jugak beli cage korang.

 

Korang ala-ala tarjan dalam tu, besar cage tu leh muat mummy korang. Agak-agak mummy korang nakal, daddy sumbat skali! paham?. Len kali jangan meninggalkan najis sepah2, ti muke mummy korang muncungg sepanjang hari. haha2, ayok! daddy tk tau. Korang nye hal, daddy kene nanti. mintak jasa bek korang ni dah dapat istana baru tu jangan selalu nak buat perangai yer..

 

Untuk kawan-kawan yang pernah mengalami mimpi ngeri sewaktu bermalam di rumah kami, mohon maaf yer. Lepas ni takkan ada kejadian-kejadian calar balar ni lagi. haha2, selamat datang!

Borneo Baruk Club; KL

Saturday, December 11, 2010

| | | Comments: (0)

borneo

 

Malam menyundal, tak silap aku hampir setengah abad aku tak menjiwai watak kaki clubbin ni. Hari ni Cik Tina bwk tempat aku tak pernah pegi pun, 1st time lah kiranya, agak jakun. haha2, balik dari Pavilion terus pergi Borneo Baruk Club ni, sempat dinner kat Rafflesia Restaurant; sebelah Baruk Club ni je. Mood; bercinta terus ON bila aku berdua dengan dia. haha2,.

 

LIVE Band; boleh tahan seksi band ni. Aku duk depan skali, seksinye pasal. haha2, abes 5 glass baru balik, itu pun sebab aku dah rimas + lemas. Cik Tina terhoyong-hayang., aku tak tau pe motif dia jalan senget2., haha2. Baru aku tau dia ade skill yg luar biasa. OMG! Thnk beby,. hiburkan malam saya dengan sehati berdansa awak tu. Saya terhibur!

 

 

Note; Masa nak g ke Car Park, kitrg berlari-lari anak cam itik pulang petang. haha. ** [stress kerja]

Broga Hill’s Ditawan!

Sunday, December 5, 2010

| | | Comments: (3)

broga1

 

Aktiviti hujung minggu, cam esok tak keje lah plak kan. Tidak plan pun, main redah je. Pagi-pagi dah keluar umah, tapi ada beberapa sebab kenapa kami naik lambat. Kira ni 1st time aku naik broga ni, dah lah semua pun tak pernah naik, risau jugak!

 

Sampai semenyih, lebih kurang kul 7 pagi. Sempat lagi ktrg mencekik, sampai aku tercekik lipas. Kejadian di kedai kopi yg tak dapat di maafkan! Kami semua 8 berpasangan mendaki broga nih, aku cam bajetbest ingat leh ensem-ensem2 amik gamba kat atas. Tapi TIDAK ye kawan-kawan. TIDAK semudah itu. haha2, disebabkan kejotan urat-urat saraf. Aku ase main futsal pun tk sepenat ni. Ktrg amik masa lebih 1 Jam mendaki punya pasal.

 

broga2

 

Tapi semua penat lelah habes, bila aku melihat indahnya ciptaan tuhan dari atas Broga! Cantek, sumpah tak tipu. Pas puas bercinta-cinta ala-ala angkasawan, baru aku teringat nak tuwun camno! aaaah, part ni scary merry sket. untuk org bersaiz besar cam aku ni mmg lah takot, jatuh tu takde harapan idup dah aku ase. haha2, Kalu dah naik amik masa 1jam, tuwun tu dalam setengah jam je lah. haha. Pas berpeluh nek broga, ktrg tingin nak berendam;

 

broga3

 

Gambar diatas cukup membayangkan betapa basah dan selesanya kami berada di dalam air! haha2, dengan tak bawak baju salin. Selamba berendam, dah siap keringkan badan atas jalan raya. teros pecut alik KL, itupun dah nak petang. Aku yg drive ni tersenggok2 lah sengsorang, yang laen dah selamat sampai kelaut dalam. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan balik.

 

Note; Mungkin lagi 1tahun aku kan datang Broga balik, itu time pun kalu berat badan gua kurang. kalu tidak, lupakan yang lain!