Ukur Baju Biarlah Di Badan Sendiri !

Sunday, March 27, 2011

| | | Comments: (0)

 

bajubaru

 

Title Entry kali ni takde kene mengena dengan gambar pun. Ukur baju biarlah di badan sendiri, itu aku tuju khas untuk orang yang sebok mengukur panjang lebar tepi kain orang. Kain dia sendiri pendek sebelah tak pula di hiraunya. Hebatlah kau di mata-mata yang tak bersalah, di mata aku, kau sama saja.

 

Secara Kronologinya; YA! semua orang ada hak untuk hidup atas mukabumi ni. Jahat mana pon dia, kejam mana pon dia, dia ada hak untuk hidup. Sebab bumi ni milik semua orang, bukan milik entiti yang terasa dia sorang je lah yang hebat berkata-kata.

 

Kau tak perlu ketepikan idea and perspective orang lain untuk rasa kau betul. Sebab keyword untuk jadi manusia yang bertoleransi adalah understanding. Kalau kau rasa nak semua orang faham siapa diri kau or ape yang kau fikir, kau kena faham jugak ape yang orang lain fikir. Bukan senang nak jadik manusia understanding, tapi senang sangat nak jadik manusia judge-mental yang suka menilai sesuatu secara kasar dengan membabi buta.

 

Bear in mind, aku bukan menjurus ke arah perfection, sebab takde benda yang perfect dalam dunia ni. But yes, we are towards perfection, walaupun being perfect tu takkan berlaku. Orang cakap hidup ni macam roda, kau takkan stay dekat atas sampai mati. Sebab karma menanti. Benda ni semua pusing2. Member aku cakap life is a full circle. Pusing la berapa banyak kali pun, kau akan lalu tempat yang sama. Jangan lupa diri.


Note; Kalau kau pernah kena maki sampai kau jatuh sekali, jangan ingat kau takkan kena maki untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya untuk kau jatuh buat sekian kalinya.

Vaksinasi Kucing; Halusinasi !

Saturday, March 12, 2011

| | | Comments: (0)

24anak-cucu1

 

Pas genap umur korang 2 bulan, ktrg memang dah plan nk bawak semua pergi cocok! 5 ekor tadi di pikul ke Hospital Vet di Cheras. Itu je lah yang aku ase tempat OK dan dekat. Harga biasa cam Klinik Swasta la kan, kalu dah namanya rejekii.. tak kemana lah kan, Kat sini aku nak share sket lah pasal Vaksin ni;

 

PERLU KE VAKSINASI NI ?

Tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit yg boleh membawa MAUT. Selepas kucing anda di vaksin, "askar-askar" di dalam badan kucing akan diaktifkan untuk membina daya tahan terhadap penyakit2 yang berpunca daripada mikroorganisma yang berbahaya.

 

Tapi seperti memelihara bayi / anak anda sendiri, membela kucing juga adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada pemilik masing-masing. Sekiranya kucing anda jatuh sakit, demam, cirit-birit dan sebagainya, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk merawat mereka.

 

APAKAH KEBAIKAN PEMBERIAN VAKSIN?

Penyakit yang dapat di elakkan dengan pemberian Vaksin;

 

FELINE PANLEUKOPENIA (FPL) Nama virus ni sendiri dah tergeliat lidah nak sebut, apatah lagi kucing yg terkena virus maut ini. Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang MUDAH BERJANGKIT dan BOLEH MEMBAWA MAUT terutamanya anak kucing.

TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yg sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.

 

FELINE CALICIVIRUS Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain (seperti FVR) dan bakteria.

TANDA-TANDA JANGKITAN :  Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis.


CHLAMYDIA PSITTACI Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam dan radang mata)

TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Radang mata, mata dan hidung berair.

 

FELINE LEUKIMIA (FeLV) Bagi saya, Virus ini adalah yang paling bahaya kepada kucing.

Penyakit ni disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema serius kepada kucing-kucing. Satu pertiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.

TANDA-TANDA JANGKITAN  : Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.

 

 

FAKTA TENTANG KUCING

Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

 

 

Note; Kepada pecinta-pecinta kucing, good luck ! [motif?]

KFC; Happy 2 Month Birthday !

Wednesday, March 9, 2011

| | | Comments: (1)

kfc_2mth

 

Pejam-celik-pejam-celik, hari ni genaplah 2 bulan korang lahir. Alhamdulillah, makin sehat dan makin besar kepala korang skng. Doakan lah kesejahteraan Mummy nan Daddy korang yer, takde masa nak belek2 korang kat umah. Alik keje je kami dah penat, harap lah korang paham. Jangan lah menjeling-jeling kalu Daddy slalu alek lambat. Korang duk umah mintak jadi budak baik je, tak susahkan hati kami itu pun dah berterima kaseh dah. Hadiah beday ni kongsi-kongsi dengan yang laen yer,

 

kfc_2mth1

 

Korang tau tak, kaseh syg melimpah ruah dari Mummy and Daddy ni tkde pilih-pilih kaseh. Daddy bagi sama rata je, makin hari korang makin besar cam Daddy. Setahun skali je lah yer Kepci korang. Korang tak leh makan Kepci byk2 ti darah tinggi plak. Jangan jadi cam Abg Chik (ALAM) korang, makan merepek2 sampai hair loss sudeh. haha2

 

kfc_2mth2

 

Mak bapak korang pun tak leh kontrol kolestrol, pantang bau ayam. Alam tak yah cakap lah, asal berkaitan dengan makan je, nak tidur lebih. Tak pun, buatlah muke sedey beliau. Jangan terpedaya, mereka sgt fotogenik dalam gamba!

 

 

Note; Cucu-cucu tunggu Daddy cari keluarga angkat yer..[sedih]

Part 3; Kinky Admitted !

Saturday, March 5, 2011

| | | Comments: (2)

0503UPM

Sabtu-Ahad memang tutup tempat ni, semalam aku buat rayuan utk pergi tengok Kinky. Dr. Melissa kate kul 9.30 sampai 10.30 pagi saje leh masuk. Kul 9 kami dah tercenggek depan Hospital, finally dapat lah tengok Kinky. Kesian dia, bulu kat perut kene cukur sebab nak buat Ultrasound. Bulu tangan kaki leher semua kene cukur utk amik sample. Masa kami datang dia diam je, pas nampak kami terus dia nak bangun nak kuar. Sian anak den, jadi bahan ujikaji.

 

 

0503UPM1

Dalam wad tu ada 3 orang pelatih UPM kot, tanya kami camne selalu bagi Kinky makan ubat. Kami senyum sinis bila pelatih tu kate Kinky ‘SMART’. Dia memang sangat bijak dalam mengenal bau ubat-ubatan ni. Maklum lah 1 tahun dia bergantung pada ubat yang sama. Dah tu pandai pulak berlakon sakit cam nak mati kalu bagi dia ubat jenis cecair.

 

 

Tengok keadaan Kinky tadi, rentung jugak hati aku. Dorang toreh sane, toreh sini aku tengok. Tapi, Kinky tetap buat muke Macho dia. Mata Kinky pun berair je, seolah-olah nak bagitahu dia sakit. Puaslah Mummy dia menenangkan anaknya, aku plak sempat beramas mesra dengan 3 orang pelatih tadi. Mummy dah menjeling tajam! Ok, jom balik dah cukup masa syg. haha2, kata-kata terakhir lepas cium Kinky lame-lame.

 

Note; Lega rasa hati bila tengok Kinky ditemani 3 orang gadis manis. Mesti Kinky tengah Stimm kan? haha3

Part 2; Kinky Admitted !

Friday, March 4, 2011

| | | Comments: (0)

large_CAT

 

Hari sebok sedunia, memandangkan bos aku nak pergi ke Bangkok, Thailand minggu depan. So, kene lah aku amik hati beliau sebelum dia berangkat esok. Pagi-pagi lagi aku dah masuk meeting propose dekat 3 Design Product for skin series. Dalam meeting tu jugak hati aku tak tenteram, sebab masih tak dapat panggilan dari Hospital utk amik Kinky. Tina pun tak kurang hebat bz nya, tapi kalu Dr kate boleh amik Kinky lunch hour dia leh lari amik kinky.

 

Tengah Tina meeting dia text aku suh aku call Dr Melissa sebab dia tengah meeting masa Dr Melissa call, Tina pun dah meroyan-royan dengar doktor kata Kinky Kronik! Aku pun kebetulan dalam discussion, mintak kebenaran lari g toilet. Tepon Hospital tak berangkat, kul 5.30 dah. Aku syak dah tutup hospital, camna aku nak tau condition Kinky skang ni.

 

Dah kul 6 aku cuba jugak call, akhirnya dapat aku bercakap sendiri dengan Dr. Melissa tu. Dr ni cakap slow sgt sampai aku kene tekap tepon ke telinga baru aku leh dengar. Doktor kate pas buat Ultrasound, Kinky disyaki mengalami ketumbuhan dalam abdomen dia. Doktor kata dia kene ditahan lagi buat sementara waktu bagi mendapat rawatan susulan. Mana yang terbaik utk Kinky aku mengiakan je lah.

 

Aku pun melaporkan berita semasa terus ke Tina, biasalah hati dia lembut cam berry Kinky.. Menangis je lah, dah balik umah nages, tengah makan nages. Aku ase time gaduh ngan aku sedihnya takde lah sekronik ni, sampai umah demam! Tidur pun mgigau2, harap esok dapat bawak dia tengok Kinky kat sane.

 

Note; Aktiviti bebas malam telah dibatalkan dengan serta-merta!

Kinky Admitted at Veterinary Hospital, UPM

Thursday, March 3, 2011

| | | Comments: (0)

f_6cat

 

Disebabkan rasa malas nak pergi keje, aku buat-buat lah ajak Tina pergi hantar Kinky ke Hospital, tapi kali ni aku tak nak pergi tempat biasa. Tina cakap nk pergi yang UPM. Si Alam sebok nak ikut, dia sebabkan dia anak yang tak banyak songeh, aku pun bawak lah skali. Kira ni 1st time aku sampai Hospital ni, dari segi lokasi dan perkeliling sgt memuaskan.

 

Dipendekkan cite, Kinky di tahan kerana di katakan mengalami diarrhea yang kronik. Kalu di ikutkan hampir 1thn juga dia cirit birit, pada kami dah cam satu kebiasaan. Setiap kali kami pergi Klinik Swasta, semua bagi ubat yang sama. Cakap yang sama, bila balik masih sama Si Kinky tu. Pejam-celik dah nak 1thn Kinky sakit camtu. Dr. Melissa yang amik kes Kinky, harap sangat Dr. Melissa ni boleh diharapkan. Dr. kate suh tinggalkan Kinky utk amik sample n urine. Dia kate esok boleh amik Kinky.

 

Harapan terakhir kami kat UPM ni je lah, sample yang dorang amik dari Kinky harap leh tolong dapatkan penyelesaian Diarrhea Kinky. Esok baru dapat tahu keputusan penyakit sesuatu Kinky ni. haihh..

 

Note; Malam tu Dato Memon open table, alhamdulillah..

Hari Sukan Anak-Bulu (ALAM)

Sunday, February 27, 2011

| | | Comments: (0)

catshow3

 

Awal pagi lagi Si Mummy sudah bangun, seolah-olah Mummy dia lagi excited dari Si Alam. Alam dah start berpuasa dari malam tadi, paksa la Si anak tiri tu berry pagi-pagi. Takutlah terberry di tengah-tengah majlis tengah berlansung kang sia-sia malu free org kate. Kul 9 dah sampai lokasi Kelana Jaya Mall, sampai-sampai je aku tengok penuh dengan belon2 warna-warni. Terasa lah aku cam pergi hantar anak-anak pergi Hari Sukan sekolah! haihh.. Leh tahan bercintanya nak tunggu guru besar datang, sempat lah abes 5 batang rokok! stress aku.

 

catshow

 

Dipendekkan cite, kul 12 jugak lah semua Majlis baru bermula. Lebih 50 ekor kucing yang dipamerkan. Ada yang berbulu, yang tidak berbulu pun apa kurang seksinya. Pasal Sponser n management aku tak berminat nk selitkan kat sini, biasalah kalu terlewat or tak puas hati tu mmg ada lah. Niat aku nk bawak Alam tgk geng2 dia je.. takot sok dia lupa asal usul dia. Hahah2, Ada byk kategori cam best dress lah, kucing comel lah, corak cantik, kaler cantik, kucing pelik, kucing terpanjang, terpendek, kucing terbaik, kucing sawan babi pun de. tu kategori ak kasik kat Alam sorang je.

 

catshow1

 

Sebab pe aku kategorikan dia kerana, orang len sebok tengok show. dia tido! bila judge tu amik dia, dia pura-pura tidur dan meroyan tak tentu pasal. Leh posing acah2 tempat tidur paling selesa lah kat dunia dlm cage tu. Sakit lak hati aku tengok dia, kalu leh nak suh Mummy dia tido skali dalam tu! Tkpelah Alam, takde rejeki ko. Ko pun bajetbest je kan nak pergi, door gift pun jadilah Alam oii.. ti balik sme kekah hadiah ko. haha3. Kul 3 lebih aku bersurai sebab dah penat berdiri + melayan karenah ko. tambah lagi takot kalu ko berak atas cage tu.

 

 

Note; Yes! Akhirnya ko berjaya berry dalam kete Mummy ko! haha3, Masey Alam!