Penghibur Hati; Mr Kinky ♥ Ms Laluna

Thursday, July 29, 2010

| | | Comments: (0)

I Learned From My Cat!

Life is hard, then you nap.
One day
ignore people, the next day annoy them.
When in doubt cop an attitude. Curiosity never killed anything except maybe a few hours. Climb your way to the top, that's why the drapes are there. Never sleep alone when you can sleep on someone's face. 

If you're not receiving enough attention, try knocking over several expensive lamps. Make your mark in the world or at least spray each corner. When you go out into the world, remember: being placed on a pedestal is a right, not a privilege.

Aktiviti; Memancing!

Tuesday, July 27, 2010

| | | Comments: (0)
Balik kerja aku ke Balakong, niat di hati nak join yancik ngan memon mancing kat UPM (kawasan larangan). Aku pun siap2 pack barang kuar umah. Smpai balakong, ramai plak nak mengikut. Aku ngat bertiga jerk, dah cam nk g berkelah. Sorang bawak bantal busuk, sorang bawak laptop, sorang bawak mp3, sorang bawak diri. Haih..pergi la memancing dengan 2 kereta, last2 yang pergi tu sme tido dalam kete. Motif sangat dorang ni, kan selesa kalu kat rumah tido. Takot kitrg memancing laen ah tu.. Kalu bini aku de, kompem tido skali dalam kete tu.
Aku, memon, yancik meneruskan jugak perjalanan memancing walaupun dah lewat 1pagi. Rokok dah berbatang2 aku isap, rasa nak bakar mangkok 2 ekor ni pun ade.. bising jerk dari tadi. mane ikan nak makan! Mungkin dah tak tahan tido dalam kete, kak seby pun bawak lah anak2 kecik ni tido kt umah.. Tinggal la Mel berjalan terkontang kanting menemani yancikk kesorangan.. Takot lah tu laki dia kene ngorat ngan ikan keli. Hahkaha.
Rasa give-up makin menjadi2, kul 1.40am disentap lah oleh ikan malang jorang memon. Aksi pantas dari 3 orang budak nakal ni cam dapat ikan seberat 10kg. Dah lah memancing tempat larangan, pastu buat bising plak, kang kene serang baru tau. Perasaan tak puas hati tengok memon dapat ikan, aku pun pinjam joran memon nak mencuba nasib.. Kali ni aku plakk mintak tolong ngan yancikk, tarikkan tali. Aku ase cam berat gile, kelam kabut 3 budak nakal ni menarik joran.. cam dapat ikan besar buaya!.. Cis. Ikan keli je rupenya, tapi besar sket dari memon. Dorang kata; ikan ni ikot size tuan! cilaka!.
Memandangkan Joran ada 2 je, nak repair je dah buang masa. yancik dah beberapa kali terlepas dan tersangkut. Dugaan sangat,. Aku sempat tgk jam dah pukul 3.15am. Erk, bini den majokk sebab tak leh skype ngn dia. Jom la balik, cukup la 2ekor nak wat bukti pada piny.. At least takde la malu sgt, balik dengan tangan kosong. Aku balik terus tido!
Note: Bila nak repeat ni memon, yancik!!

Vietnam; Beby!

Monday, July 26, 2010

| | | Comments: (0)

Kali ni teknologi telah menyatukan kita, seminggu dia di Vietnam 'Food Festival' katenya.. Pas keje aku kejar nak balik awal sebab nk Skype ngn makhluk tuhan ni; Tina. Nak call mahal dan aku terasa cam membazir sgt, melainkan aku SMS je la ngan dia. Satu hari tak dengar suara rasa cam tak lengkap! Adakah ini kategori org sakit jiwa? Sape2 je la kan, kalu dah bercinta tu najis pun wangi.. 


Kesibukan dan tekanan di pejabat membuatkan aku memerlukan dia di sisi.. Kat rumah aku kene wat kerja2 rumah. Hal2 kebajikan anak bulus. Melihat telatah anak2 bulus ni membuatkan aku hilang rasa penat dan tekanan kerja. Cuma najisnya je la, leh wat aku hilang ingatan!! 


* Kinky; tertido2 tunggu nk berwebcam ngan awak syg..


 Ini lah hasil orang tu seminggu duk di Vietnam, mana beg tak soyakk! Beli cam nk bukak kedai kat Cheras. Terima kasih sayang,. saya sanggup amik halfday bila awk cakap awk belikan rokok saya 1 kotak! Hehe3, Pegi amik awk kat KLIA tu.. xcited nk jumpe awak sgt! Rindu, nk wat cmne? Ada ubat hilangkan rasa rindu tak? Hahah3. Tapi kalu di beri pilihan, saya taknak hilang rasa rindu ni. Ti kalu dah takde rasa payah! Alhamdulillah..




Note: Selamat perjalanan pergi dan balik awak..

Rawang; Bufday Mama!

Saturday, July 24, 2010

| | | Comments: (2)
Sempena hari lahir mama tersayang; Thalsiah Osman. Seorang ibu tunggal yang kuat dan cukup tabah menjalani hidup. Aku yakin hidupnya akan ku senangkan dengan semua kasih sayang yang ada..semoga di panjangkan usia dan peroleh kbahgiaan dunia akhirat. Long titipkan sedikit bicara indah buat tatapan mama..
Seorang Mama
Seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi
Tetap menghantar pesan nasihat
Walau “jangan risau ibu” kuulang berkali-kali
Terasa seakan pintu langit terbuka
Dia wakil daripada Ilahi
Menyentuh sayang hatiku
Aku tersenyum

Saat semua orang menyatakan aku kuat,
Dikau wahai ibu mengetahui anakandamu ini,
Bermesej-mesej kau hantar sebagai penenang hati,
Seakan tangisku yang tersembunyi kau dengari dengan jelas sekali,

Mama,
Kalau aku mampu beli seluruh dunia untuk bersamamu,
Makan aku uruskan itu sesegera waktu,
Tapi aku tertakhluk kelemahan kudratku,
Hanya usaha sahaja yang ada padaku,

Jangan risau ma, Jangan risau..
Aku amat percaya dan sangat percaya,
Takdirnya yang sentiasa bersamaku,
Sentiasa terpetik dan tidak akan menzalimiku,

Bukan sepanjang masa lagunya sedih,
Bukan sepanjang masa juga lagunya bahagia,
Namun Tuhan telah berjanji kepadaku mama,
Setiap kesusahan itu diiringi dengan kesenangan,

Kuulang jangan risau ma..
Lepaskanlah tembakan-tembakan doamu kepadaku,
Jangan kau hentikan layangan kasihmu padaku,
Aku telah berjanji padamu untuk terus hidup,
Maka aku akan terus hidup dengan janjiku itu,

Mama,
Sesungguhnya kita tidak tahu apa takdir yang tertulis,
Mungkin Ilahi hanya menggegarkan kita sebentar,
Menguji keimanan..
Dan ini belum tentu lagi kesudahan,
Tersenyumlah ma..
Bahagiamu bahagiaku,Laramu laraku,
dengan senyumanmu,

Maafkanku Mama,
Aku manusia yang tak sempurna,
yang selalu punya dosa dan membuatmu terbeban olehku,
Hingga kadang Kau menangis, Tapi….
Aku yakin akan satu Hal
Doamu Mama,bisa merubah dan menjadikan aku sebagai orang yang berhasil
dan berguna untukku,Dan yang terpenting aku selalu sayang dirimu
SELALU….. Mama Selamat Hari Lahir Mama yang ke-47.

Ikhlas dari anak kandungmu;
Raihan, Isam & Tasha

***********


Terima kasih jugak tuk bestbuddy aku; finy, yancik, eid, emon, mel, azma, kak seby.. tuwun rawang meriuhkan keadaan., tapi terkilan skit sebab beby(tina) tak dapat turut serta; takpe la b.. ti te celebrate lain yer.. dah kerja awk, camne nk elakkan.. Harap doa kalian sentiasa mengiringi kebahgian kami sekeluarga.. Untuk korang yang sentiasa memberi aku sokongan, selama aku kenal korang.. semuanya yang terindah. Tak lupa juga utk orang yg terlalu dekat di hati aku; Tina. I love u.

7 Month's Anniversary; Beby!

Wednesday, July 21, 2010

| | | Comments: (1)

 "The giving and receiving of pleasure is a need and an ecstasy." n i want more n more of ur love drug, Paan Jahat! eppy 7 month's anniversary daddy kinky.. ♥"

Note: Thank you Beby.. All I wanna do, is grow old with you; Mummy Kinky!.

Taiping; Bandar Heritage!

Saturday, July 17, 2010

| | | Comments: (2)
Yes, Taiping! Ntah pasal pe makin lama makin aku suke Taiping ni. Salah satu sebab mungkin tak ramai orang kot. Mungkin juga sebab cinta hati aku lahir kat sini. Kali ntah keberapa kali aku datang Taiping, ini adalah 1st time aku check in kat Hotel Traders Kamunting. Hotel baru, seme pun masih cantik dan bau kedai. Aku nak cerita sket pasal Taiping dalam entry kali ni.,

Taiping adalah bandar Heritage, jadi bangunannya nampak unik sangat..Tapi aku stay kat Kamunting ni, macam dah bandar sket. Actually pronounciation org di Taiping ialah Tepeng. Aku de baca maksud dia bererti Aman Selama-lamnya.. Mungkin maksud Aman tu sebab berderet kem askar di jalan Kamunting lama smpai ke Tasik Tepeng. Yang uniknya pasal tasik ni adalah natural, dia bukan tasik buatan. Tina cakap pokok2 kat sane menyembah ke arah tasik, tasik tertua dan tercantik di Malaysia.. 


Aku setuju lah dengan cakap Tina pas lalu beberapa kali. Kalu cerita bab sejarah kat Taiping ni memang tak abis.. Kenapa yer, Taiping selalu hujan.. tapi tak pernah banjir?. Aku ada terbaca bab hujan ni mmg terkenal sehingga ada Judi Hujan.. tapi ak tak tau pasal ni sangat. ti aku research, aku wat entry pasal judi hujan..bukan tahi judi kat KL.Dalam fb pun ramai dah start berjudi, termasuklah tuan punya blog ni. (Texas HoldEm Poker)

 
Aku taknak cakap pasal tempat, sebab terlalu banyak tempat menarik. Tapi aku nk cakap pasal makanan, aku singgah makan Young Tau Fu (belakang bomba), tak sempat nk pegi makan Kuetiaw Dolly yang famous, rojak sotong, mee udang yang dorang kate bestt gile tu. Risau gak aku nk makan, takot jadi gila cam dorg. hakha2,. Tapi kalu korang pegi makan kat Taiping, jangan terkejut kalu harganya murah.. takot ade yang sakit jantung mati lak.. Beby, ti te pegi makan je yer kat Taiping..kalu berat tak naik 5kg jangan alik KL!

Note: Yang paling best kt Taiping, PLU tak ramai.. seme merantau g KL. Teringin nak buat trip g Taiping, kasik penuh PLU kt bandar Taiping.

Laluna; Skandel Kinky!

Tuesday, July 13, 2010

| | | Comments: (2)
Yeay! Hari ni aku berjaya buat cuti sendiri..memandangkan adik aku nk masok kolej, aku lah kene hantar. Dulu masa aku masuk belajar.. takde sape pun hantar, family aku pos laju je kat KLiUC tu. Disebabkan perasaan itu, aku taknak adik2 aku rasa apa yang aku pernah rasa dulu. So, aku amik jalan macho hantar adik aku register kolej dia. Dengan harapan tinggi dapat lah dia membantu mak dan aku bile sesakk nanti. Sape lagi nk ku harap selain dari kekasih hati; Tina. Kalu dia ceraikan aku ti, ke laut la aku pegi. (salah topik plak!)
Laluna; ni kucing kat kampung aku di Rawang. Kekasih dia nama Debab, tapi dah tua. cam tak sesuai nk berkawan ngan Luna. Tina suka kat Luna, teringin sangat nak bermenantukan Luna. Aku ni dengan muka tak malu mintak izin ngan tuan tanah nak bawak pulang ke rumah temani anak special edition kat rumah tu. Pas edisi merisik di lalukan, setuju lah kedua belah pihak untuk menyatukan mereka. Kinky; rezeki ko lah dapat anak bulus baru. Solid lagi , cam mummy ko mase mude2 dulu.. Pas bawak Luna gi grooming dulu kat tempat biasa, tak sangka lak aku si Laluna ni spesis Siamese, tapi dah kacuk dengan kucing biasa lah, cuma colour, bulu, mata, sama.
Akhirnya, Kinky berteman jugak di rumah sendiri. Leh la korang geng sama2 mengemas umah kan?! Seperkara yang korg tak tau pasal Luna; Kuat Makan! Seb bek lah hantaran ko tak tinggi Luna,.Kinky!!cepat say thnks kat Mummy ko, sebab beria sangat nk bawak balik Luna. Sebab kesiankan ko lah mengawan2 satu flat leh dengar suara special edition ko tu! Pas dah ade baby; aku nk sunat kan ko plak! ahkha2. Kat bawah ni aku ade copy sket pasal kucing Siamese.
    • Bentuk tubuh panjang, langsing dan berotot
    • Tubuhnya yang langsing dan anggun
    • Kepala kecil dan berbentuk segitiga
    • moncongnya mancung,
    • Bermata biru
    • Telinga yang lebar
    • bulu pendek dan halus
    • Ada warna kontras di ujung-ujung tubuh seperti kaki, telinga, mulut, ekor,hidung dan sekitar mata

    Sifat dari Kucing Siamese atau kucing siam ini adalah selalu ingin tahu dan hiperaktif. Kadang-kadang juga menjengkelkan.
    Note: Luna sangat seksi kalu pandang dari belakang!Tapi, tak leh lawan mummy Kinky laa.. hehe2