Ayam Penyet; The Curve!

Sunday, November 28, 2010

| | | Comments: (2)

ayampenyet1

 

Sumpah rindu masakan masa kat Bandung aritu! Cadangan cik tina ditutup, selepas dia menyusul dengan cadangan makan pecal lele kt the curve! Aku lah paling semangat waja, sambil bawak kete leh lagi aku terbayang-bayang ikan keli tu menari-nari kat trafik lite! cilako!

 

ayampenyet

 

Alhamdulillah, tertunailah sudahh selera perut aku yang duk teringat-ingat makan masa di Bandung. Thanks beby, bawak saya jalan2 sambil melucah di bawah lampu kelip-kelip! haha2,. Pas aktiviti makan, kul 8 tunggu skandel kat starbucks dia cakap malam ni nak kasik album lucah kami. haha2! Perjumpaan along-along seantero di adakan, cam esok tak keje plak aku rasa! haihh.

 

Note; Ayam penyet kasik hentuk dahi 3 bungkoss yaww  –Siap!

Wet World; Shah Alam!

Saturday, November 27, 2010

| | | Comments: (0)

wetworld


Hujung minggu aku terasa cam bawak dak2 ni g mandi, tapi taknak mandi sungai sebabnya agak leceh kalau ada kanak-kanak riang seperti dalam gambar di atas! So, aku decide nk g Wet World Shah Alam. Lagipun senang Mak lang cik tina nak join dekat. Pagi-pagi lagi Cik Tina yang paling xcited nak dibandingkan dengan yang lain, dia bangun awal pagi. Kebetulan cuti sekolah, agak bercinta gak lah orang kat tempat ni!


Petang terus ke Hospital, mama dah ok mungkin esok dah boleh balik. Berendam seharian cam badak membuatkan aku penat, kat hospital pun berapa kali tersengguk2! Sebelum Maghrib aku balik rumah berehat. Kalu esok mama boleh balik, senang sket aku tak yah lah amik cuti hari. Dengan artwork yg bersepah aku susun bawah meja opis. Kalu di beri pilihan aku takmo usik lansung! cait.


Note; Sambung tidor dengan tidak sedar dirinya!

Hospital Part 3; Operasi berjaya!

Friday, November 26, 2010

| | | Comments: (0)

DONE


Alhamdulillah, semua berjalan seperti kehendakNYA. Tepat kul 12 mama dah di transfer ke wad biasa. Tapi, aku masih tak sempat nak jumpe doktor. Mama masih belum sedar, aku dan adik-adik masih disisi dia mengikut kemahuan dia sebelum di bedah. Adik aku yang kecik terakhir tu yang paling rapat dengan mama, dia lah paling banyak tanya aku bila mama nak bangun. ‘Syhhh.. Mama tidur jangan bising.’ sambung aku sambil layan buku muka aku. Doktor cakap lepas 4 jam baru kesan ubat akan kurang, tapi bergantung pada kekuatan pesakit. Adik aku yang dari tadi sebok belek2 mak aku taknak plak pergi makan aku ajak. Nak taknak kene tunggu mama sedar.


4 Petang baru mama bagi tindak balas bila. Puas jugak pujuk tasha makan, pas dia nampak mak dia dah boleh bergerak baru lah dia nak turun makan di kedai. Mama perlu rehat cukup, ti malam baru datang semula. Kul 7 amik beby kt tempat keje. Hujan lebat kebetulan dari petang tadi, balik bilik aku bersiap-siap untuk ke hospital semula. Beby tak jumpe mama lagi selepas pembedahan pagi tadi. Kul 8.30 malam aku kejutkan mama, kesan ubat membuatkan dia tak boleh membukakan mata dgn betul. Alhamdulillah, dah boleh masuk makanan sket dan mampu bersuara. Lama gak lah ktrog berkampung kat bilik mama, pas kul 10 baru balik ke hotel terus makan malam.

Note; Doaku panjatkan, syukur alhamdulillah..

Hospital Part 2; Operation Theatre

Thursday, November 25, 2010

| | | Comments: (0)

1

Kul 7.00 pagi aku dah terconggok depan mama, atas permintaan mama sebelum di operasi dia nak jumpa anak-anak dia. Sempat lagi berpossing sebelum di operasi, itu lah wanita terhebat ‘mama’. Tak pernah sikit pun mengeluh atau merunggut dengan kami. Jauh di sudut hati dia ingin melihat ‘seseorang’, tapi aku tak dapat nak tunaikan permintaan dia. Aku tahu dia kuat bila tengok kami semua ada mengiringi dia ke bilik bedah. Kuat mama gengam tangan aku, aku terima insyarat itu dengan kelat.


“Mana ayah?” tanya si baju biru berkulit hitam. “Carik gadoh btol nurse ni! dah tak nampak ke semua nya budak bawah 30 tahun kat sini?” bentak hati aku.


2

Pas mama dah masuk bilik bedah, aku hantar cik tina ke pejabat. Sian dia lewat ke office, seb bek la dekat je dari hospital nk ke PWTC. Kalu kami adalah ‘kekuatan’ mama, tapi cik tina adalah ‘kekuatan’ aku sorang! haha2, Keadaan serabut saya membuatkan saya tak dapat berfikir dan membuat keputusan dengan waras. Wanita ni lah yang tak pernah jauh dengan saya, menjaga bkn saya seorang. Tapi keluarga saya. Tak lupa juga kawan-kawan yang memberi kata-kata peransang dan turut mendoakan kami. Thanks yaw!


3


Pas balik dari hantar cik tina, mata dah start nak tertutup. semalam tidur tak berapa nak lena, ..aku pergi check-in hotel yang berhampiran dengan hospital. Kebetulan bilik yang aku duduk tu berhadapan dengan bagunan UMNO tempat kerja cik tina, dari jauh nampak cik tina kecikk je. hehe2, OK. Nak sambung tido. Tengah hari nak ke hospital semula. Sambung tido dalam iman.

Note; Krooohh! ZZzzzz!

Hospital Part 1; Check-in

Wednesday, November 24, 2010

| | | Comments: (0)

h16

SENTOSA MEDICAL CENTRE, Kuala lumpur. Tempat ni sangat lah bertamadun. Pada tahun 1986 (24thn), aku di lahirkan secara normal di sini. Tapi aku tak paham kenapa makin lama makin abnormal. Adik lelaki aku yang kedua, pada tahun 1991 (19thn). Pada tahun 2003 (7thn) lahir lah adik perempuan aku yang terakhir. Jauh kan jarak kami? Agak emotional jugaklah hospital ni pada aku, sebab aku pernah dipenjarakan tanpa rela selama 2minggu. Bagi yg takot jarum adalah satu pengalaman buruk pada aku!


Pada tahun lepas lagi, doktor telah mengesahkan mama ada kanser thyroid. Untuk aku yang tak teguh ketika tu, tak mampu berbuat apa-apa mengharap bantuan ubat setiap hari. Pada awal tahun 2010 makin lama, makin membesar. Mama mula mengadu susah untuk bernafas. Aku rujuk hospital lagi, sel thyroid tersebut semakin aktif, doktor suggest supaya pembedahan segera dijalankan. Berdesinglah telinga aku mendengarnya. Pembedahan tidak lah semudah yang doktor tu kata, aku kene rujuk Institut Jantung Negara (IJN) bagi memastikan jantung dia betul2 sehat untuk menjalani pembedahan thyroid. Mama perlukan physically and mentally fit and strong.


wad1

Dan hari ini aku datang lagi atas alasan yang berbeza, mama akan dimasukkan ke wad. Esok baru boleh di operasi. Pagi-pagi aku dah keluar rumah hantar mama, tengah hari aku balik ke office sebab nak settlekan keje yang tak kan abes tu. Alhamdulillah, doktor kata kesihatan mama mengizinkan dia untuk di operasi esok. Berharap sangat semua akan berjalan dengan lancar. Balik kerja tadi aku sempat pergi berjumpa dengan jemaah masjid hantar sikit Ihsan, ikhlas mewakili keluarga aku. Di harap esok semuanya berjalan lancar. Amin


Note; Ya Allah, Perkenankanlah permintaanku.

Menyelam Berirama; Congkak!

Saturday, November 20, 2010

| | | Comments: (0)

SUNGAI CONGKAK CHERAS, KL

sg congkak

Berirama lah sangat, hujung minggu yang tidak dirancang sama sekali. tetiba en lan ajak bermandi-manda. Pagi – pagi dah buat drama kat umah. Cik Tina sempat nak masak, aku cadang nak beli siap je. Kul 2.30 dah sejok tunggu en lan sampai. Bajetbest gak lah time sampai tempat tu.

 

Ini pertama kali aku nek atas skali, selalu aku datang main bawah2 ni je. Air sejok menusuk ke lubang idung. Dengan cuaca nak hujan, air sungai bukan main laju agi.. Aku yang cam gajah berat ni pun dgn senang di hanyut ke bawah. Cait!

 

Agak2 kecut semua kulit, kitorg cabut. Nasi tambah dah berkali-kali. tapi masih tak puas hati! Lapar lagi? ktorg sambung makan kat Sunway!

 

YUEN STEAMBOAT SUNWAY, PJ

 

stembot

Ini yang dikatakan ‘membela’, makan cam hantu. Tadi sampai pun dah kene beratur dekat setengah jam. Kalu merujuk seperti gambar di sebelah, agak full la jugak tank ktrog sme.. pas seafood – aiskrim, pas aiskrim – seafood. melantak tak sedar kalori punya. haha2, jahanam diet aku!

 

2 Jam lebih gak lah ktrg mengerjakan seafood2 kt situ.. en lan yg hyper aktif di dalam air tadi, menunjukkan sintom2 bertukar wajar kelaparan. Abes satu tingkat dia tawaf! haha2, yang best nye makan kat sini; tak kene basuh pinggan! So, balik teros tido. Alhamdullilah, rezeki untuk hari ini.

 

 

Note; Bulan penuh, patot ah isi ketam bykk!

Update; Birthday Gift!

Friday, November 19, 2010

| | | Comments: (1)

birthday gift

 

Dah lama aku nak update birthday gift ni, tapi takde masa. Thanks untuk semua birthday gift. Rasanya tahun ni lah paling banyak gift aku dapat selepas 18 tahun lepas. Memandangkan usia makin meningkat ni aku tak rasa cam tak sesuai untuk aku. Hahah3, ucapan ringkas dah cukup wat aku melayang2.

 

Yang bagi den table pool, table football tu masey lah kan. Pasni aku tak maen kat steben dah! haha2, tapi cam anak den yang lebih maennye.. :) Aku plak tolong kira mata utk dorg. haha2..

 

Untuk beby, kasih dah melimpah ruah saya curahkan. Jangan curik hati saya banyak sangat. Kehadiran awak melengkapkan hidup saya. I want to grow old with you, Sadwhiterose!

 

 

 

Note; Cik Tina, mekasih adiahh besau awk tu! hehe.