Penipu.

Friday, September 23, 2011

| | | Comments: (0)

blonde-dumb-fashion-green-heart-Favim.com-131377

 

Kadang-kadang kita ingat, kita fikir dan kita nak percaya yang kita dah rela melepaskan yang dah betul pergi.

Tapi.. Kita menipu diri sendiri. Dan orang lain.. Tapi benda paling keji yang manusia mampu buat ialah

bila dia menipu diri dia sendiri.

 

 

“Aku cuma nak sisi kau yang sebenar. Banyak sangat ke yang aku mintak?.."

Masih berharap lagi 40% mampu ditambah dengan kadar yang cepat.

Tenang. Walaupun aku letih sangat. Kepala masih berdengung sakit, tapi hati aku tenang. Lapang. Semoga Kau lindungi aku , keluarga dan kawan-kawan aku dalam hari mendatang,

 

Ya Rabb. Dah terlalu banyak aku meminta dariMu. Tapi mohon kau akan kabulkan yang paling penting ; berkatilah apa saja; sesiapa saja yang berkaitan dengan hambaMu ini. Ya Allah. Kau betul-betul masih kasih pada aku. Terima Kasih, sebab Kau tunjuk pada aku, apa yang aku niatkan betul selama ni.

 

 

 

Amin.

Jalan.Cerita.Terhebat

Thursday, September 22, 2011

| | | Comments: (0)

passion

 

Aku macam hilang arah. Dan semangat. Semangat nak kerja semangat untuk jadi diri sendiri. Aku tahu sebab apa semangat tu semua menipis. Sebab aku hilang apa yang aku buat dengan penuh passion selama ni; rasa cinta untuk buat benda yang aku minat. Mereka cerita (atau berangan, sesetengah orang panggil). Pulak tu, usaha yang dah dikerah sepenuh tenaga di tempat kerja tak dihargai. Dan hutang masih lagi banyak berbaki. Dicampur hormone yang entah bila akan boleh diseimbangkan ni, aku berlawan dengan diri sendiri. Secara tak sihat. Dalam pada berlawan, DIA datangkan lagi satu ujian. Lawan dengan diri sendiri pun aku gagal, dan keputusan ujianNya tu aku kira seperti aku dipindahkan dari kelas terhebat, jatuh ke kelas pemulihan.

 

Perlahan-lahan, aku kena akur yang aku harus bermula semula. Dari semua segi, rasanya. Sakit, tapi aku tau aku masih ada peluang untuk bahagia. Rumusan kekusutan jiwa dan hidup aku hampir 3 bulan yang lepas, inilah dia. Hari ini aku lebih tenang, lebih nampak siapa aku dalam cermin yang aku pandang hari-hari. Aku belajar. Belajar mengawal emosi, belajar bertanya pada diri sendiri, belajar untuk lebih terbuka hati. Belajar berfikir, kenapa ujian diberi.

 

Ah, sememangnya jalan cerita Kaulah yang terhebat, Tuhan. Sebuah karya yang terlalu Agung, yang melibatkan aku yang biasa-biasa ni untuk sama menjadikan ianya hidup. Sebuah jalan cerita yang hanya DIA tahu ke mana nak dibawanya kita. Dan mintaknya janganlah aku lupa, sampai bila-bila yang jalan cerita sebegini memang wujud. Aku kena terus dan terus percaya, itu sahaja. Amin.

21st Monthsary.

Wednesday, September 21, 2011

| | | Comments: (0)
Far Away - Paan Jahat

 

 

907200 minutes, 15120 hours, 630 days

…

Since, Officially, I called you MINE!!

And it feels like.. My ANGEL finally comes, from far away place.

To show me some light, for me to feel I’m still alive..


Though you’re far away and I can’t see you crying.. 

Because it hurts when you’re in pain…

I know I’M NOT GOOD ENOUGH to take away your pain.

 

“I keep dreaming you'll be with me and you'll never go

Stop breathing if I don't see you anymore”

Hitamnya Hati.

Tuesday, September 20, 2011

| | | Comments: (1)

Favim.com-28720

 

Kalau hati tu dah hitam, hitam lah jugak..

Aku tak tahu lah, dalam hidup ni, aku pegang satu je; hati kena bersih, niat kena betul dan elok. Aku percaya prinsip di atas boleh buat kau tenang, boleh buat kau sedar dan bersyukur dengan apa yang kau ada. Ini kalau dah niat pun menyimpang ke mana, kau nak harapkan orang sekeliling terima kau seadanya? - Boleh pergi mati.

 

Selalu orang ingat aku ni lembik, naive, bodoh, bendul. Ok, aku blur lah jugak, most of the time. Tapi tu bukan tiket untuk nak perlekehkan aku. Tak lah aku kata aku pandai melantun-lantun, cuma aku mampu lah gunakan semaksimum mungkin kapasiti otak aku ni dalam hal-hal tertentu. Walaupun aku kadang-kadang suka jadi risk taker dalam proses nak upgrade diri, aku tak nak jugak nanti apa yang aku kejar makin jauh menghilang, yang aku kendong perlahan-lahan terlucut dari pinggang.

 

Dan walaupun si lembik, naive dan bendul ni boleh mendengar apa juga yang orang katakan pada dia, dia tak makan lah tipu daya perempuan-perempuan yang ada. Hai keparat, aku dah boleh baca lah rentak suara penipu korang tu. Memang mulut aku ni jahat. Ah, dalam hati aku kalau aku kata putih pun, mesti ada je yang nak corakkan dengan warna lain. Tak kisah lah, tapi aku tahu, kalau aku nak menipu pun, hal-hal yang berkaitan dengan diri aku. Contohnya aku tahu aku patut kurangkan berat badan, tapi bila timbang, aku tipu mata aku. Alah, dah ok lah tu. Tak ada lah berat sangat.

 

Bila kata-kata kesat tapi tak lah sampai menyesatkan dah aku keluarkan, maksudnya aku memang tak boleh tipu korang yang aku tengah panas hati. Tapi macam lah ada orang heran pun berapa tinggi suhu kemarahan aku ni. Jadi, aku lebih suka mengunci mulut agar diam dan memujuk diri untuk bersabar. Aku sedar, sesetengah manusia dalam dunia ni tak nak faham sabar itu adalah salah satu perkara dalam hidup ni yang ada hadnya. Tu lah, dah hitam sangat hati. Sampaikan perkara semudah tu pun tak nak diserap dalam jiwa.

 

 

Note; Nauzubillahi min zalik. Astaghfirullah al adzim. Astaghfirullah al adzim. Astaghfirullah al adzim..

Bodoh.Bangang

Thursday, September 15, 2011

| | | Comments: (1)

bodohbangang

Maksud bodoh tu luas. Mengulangi kesilapan yang dah terang kau ulang dari dulu sampai sekarang adalah satu contoh kebangangan dan sifat bodoh yang teragung. Tapi, bila fikir balik.. dia selalu anggap diri dia hebat. So,bodoh dia lah tak nak terima hakikat manusia ni semuanya ada cela, dan dalam hidup ni pun salah satu tujuan bkawan sebenarnya melengkapi apa yang kurang sesama kita.


Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. Biarlah yang hanyut tenggelam terus ke dasar laut. Biarlah yang kalut terus kusut dalam serabut hidup yang dia taksubkan. Sebab cermin diri kita ni wujud dalam bentuk yang berbagai. Kau cuma perlu duduk satu tempat, diri tegak-tegak dan pandang sudut mana yang kau nak akui itu lah imbasan diri kau yang paling tepat.

 

‘Yang buruk, datang dari kita sendiri, derr ..’

Hakikat tu yang dia rasa tak boleh diterima pakai. Yang hebat, cuma DIA, Yang tak henti-henti limpahkan RahmatNya pada kita. Bukannya kau, yang kawan-kawan perlu sembah mohon ampun dan maaf dan bukannya suruhan dari kau yang perlu kawan-kawan kau akur dan taat. Kasihan. Sungguh aku kesian. Cuma mampu berdoa, Tuhan akan beri apa yang terbaik untuk kawan-kawan aku, termasuk lah si polan ni, yang aku pernah pandang dengan penuh rasa hormat dulu. Rupanya betul lah kata-kata dari kita-kita;

‘Buat baik tu biarlah berpada-pada, kawan itu kadangnya setakat dibibir dan lembut bahasa saja.. ‘


Note; Haih. Ssh jugak bila pelakon kat pentas dunia ni terlalu nak menghayati seribu watak serentak, kan?

Rasa.Niat.Doa

Wednesday, September 14, 2011

| | | Comments: (0)

love_

 

Orang kata, kalau masa boleh diputar semula, mesti segala benda tak elok yang dah berlaku, nak diubah jadi sempurna. Cuma hidup ni tak boleh nak disandarkan kepada perkataan 'kalau'. Yang dah terjadi, akan kekal hakikatnya sebegitu. Tapi hikmah yang muncul selepasnya tu yang akan buat kita akur dan angguk perlahan.. 

‘ini namanya ketentuan’

 

Melihatkan keadaan aku yang begini, buat aku selalu terfikir. Entah apa lagi yang perempuan lain mahukan di luar sana. Masih berganda-ganda permintaannya, masih ada saja yang tak lengkap hidup, lagaknya. Tapi, iyalah. Kitaran hidup manusia ni, nampak macam boleh dibaca. Cuma kisah tiap satu tu je yang membezakan hidup kau, aku dan kita-kita..kan? Mungkin aku patut berhenti menyoal dan terus berusaha selagi daya sampai lah DIA kata, aku dah boleh berhenti mencuba. Hmm.

 

Dah lama tak rasa macam ni tau. Tapi aku tahu benda ni sekejap je. Haish. Takpe, yang penting niat. Aduh. Sakit dada. Sesak nafas. Takpe, yang penting niat. Dan aku harap cepat lah rasa ni hilang. Ok, perasan tak aku dok ulang point sama? Tu sebab aku tak leh fokus. Sebab sesak dada dan nafas ni dah berapa hari aku tahan. Semalam ada mimpi lagi. Ya Allah, Kau tahu apa dalam hati ni. Aku serahkan semuaNya pada Kau.

 

 

 

 

Note: Hilangkan lah rasa yang tak sepatutnya ada ni. Amin.

Sesumpah.

Tuesday, September 13, 2011

| | | Comments: (0)

0miss5029

"Saya macam sesumpah pada dahan pokok. Awak di bawah, mendongak mencari saya. Memotong dahan, mencantas ranting, dan akhirnya awak ketemu saya. Payah mencari, awak luahkan marah bila sesumpah dah pun berada antara dua jari. Kemudian, saya yang sememangnya dengan sifat tidak duduk setempat, terus melompat dan sambung menyamar;

walaupun saya sebenarnya ada di sekitar pokok tu, tak kemana-mana.

Dan awak, akan terus mencari. Setia,

 

... dan hati aku, bernyanyi semula.