Hati Pengkid!

Friday, March 26, 2010

| | |
Kalau cinta tak bersatu, mungkin cinta berdua, bertiga, dan seterusnya.


Mengapa tubuhku mesti bergoncang, bila kusebutkan namamu, sedangkan kau diciptakan bukanlah untukku, kupasti, tapi ku tak mahu peduli, cinta bukan mesti bersatu, biarku cumbui bayangmu, dan kusandarkan harapanku..
Ini sebahagian lirik lagu nyanyian EBIET G. ADE bukan puisi ciptaan aku, tak main la nak ciplak harta org. Tajuk lagu pun aku terlupa, mungkin sebab terlalu asyik dengan bait2 lirik atau mesej yg nak diceritakan. Kisah cinta yg tak bersatu... boleh ke menyinta tapi tak memiliki?

Cinta? kadang2 rasa macam aku nak tanya saja pada semua orang yg aku jumpa, apa yg mereka paham tentang menyintai seseorang. Kalau tanya pada couple yg belum kawin dan masa tu diaorang tengah hangat la katakan, mesti jawapan mereka melampau sesangat! Sanggup la, Korban la dan bla bla bla la! Bagi yg dah berumahtangga, apa menjadi suami yg bertanggungjawab itu cinta? menjadi isteri yg pandai masak itu cinta? hhurm. Soalan tu pada orang dan semestinya jawapan akan berbeza2. Apa pulak pandangan AKU tentang menyintai seseorang?

Sebenarnya aku setuju dengan lirik lagu diatas, cinta tak bersatu atau cinta yg bersatu bukan ukuran pada sebuah cinta. Kalau tak bersatu, si polan ni kawin dgn org lain atau bujang sampai tua habis cerita dan rasa cinta tu kekal hanya sekadar rasa. Kalau bersatu pulak, beranak-pinak, bercucu-bercicit dan rasa cinta tu tetap sekadar rasa sebab timbulnya tanggungjawab demi tanggungjawab sehingga manis bertukar jadi tawar dan kadang2 termasin haha!

Bagi aku, bila aku menyintai seseorang, aku mahu lihat org yg aku cintai itu beroleh BAHAGIA. Biar dgn aku atau dgn org lain, biar bersatu ataupun tidak. Biar cinta aku kepadanya menjadi sebuah doa yg mendoakan kebahagiannya. Maksudnya selagi ada rasa cinta itu dilubuk hati ini, selagi itu doa kebahagiaan akan terus ditujukan kepadanya. (hati pengkid)

Note: Kadang2 ramai yg tak dapat membezakan rasa yg ada dihati mereka, apakah yg dirasa itu cinta atau nafsu? (untuk diri aku juga)

3 comments:

TeD said...

penah dengar tak kelam bukan malam, terang bukan siang, satu tak terbilang, hanyut tak terang...tapi, cinta tetap cinta...

cinta ni memang meaning differ with differ individual... kalau cinta pade aku, bile aku rase aku sanggup membunuh demi cinta... hahaha =D ye lah, demi cinta sanggup buat ape sahaja...

tapi, ingat lah di dunia ni kite hidup jangan jadi hamba cinta... cinta datang dari pade sayang... sayang tu pun dah cukup indah untuk kite rase... hargailah sayang dan cinta... sebab dua benda ni lah yang menunjukkan kite bahawa HATI itu penting...

Paan Jahat said...

oo dalam berita tu spesis ko jugak lakk ek??hehehe...,sgp membunuh.ak tak tau la sjauh mana kesanggupan ak tuk mbunuh or bunuh diri.pada ak ckup kalu apa aku buat mninggalkan kesan dalam idup dia.if dia jugak pergi tinggalkan aku.. kiranyee aku ni tak ckup berkesann laa.. hehehe.. :)

TeD said...

hehehe... hehehe... bunuh sebab tak nak ade orang lain miliki... haha... psiko gila... ya allah, jgn la sampai membunuh kan... nanti masuk paper je... hehehe...

tinggalkan kesan ... kesan gigitan cinta cepat hilang kan... lol =D

tapi ye lah, kite ni manusia... hati pun boleh berubah...mintak dijauhkan dari berlaku perpisahan... ape ape pun, stick together... ;)