Di office saya ada seorang cleaner baru. cleaner baru ini.. namanya Devi. bersaudara dengan Makcik Vallie yang bekerja di bahagian production kilang saya. orangnya kecik. setinggi saya. tapi lebih kurus. melihatkan dari wajahnya, saya merasakan yang dia masih muda. tapi sudah berkahwin. cakap melayunya masih kurang fasih. hanya sepatah sepatah yang keluar dari mulutnya.
Mula2 dia datang tadi, saya terangkan kepadanya apa yang perlu dia lakukan. kebetulan semua orang masih lagi belum balik dr lunch. lap cermin, lap meja, vacuum karpet, bersihkan bilik air dan kemaskan apa2 yang patut. itu sahaja. mukanya menunjukkan dia faham. lega saya melihatnya pabila dia mula mengelap. tapi, saya terharu. terselit sedikit rasa insaf dalam diri saya. usahkan meja dan cermin, bahkan pintu, kaki kerusi, komputer hatta roda meja komputer juga dilapnya. bersungguh benar dia bekerja.
saya sedar, saya tidak sebagus dia. waktu kerja masih sempat menulis blog.. hehe2.

0 comments:
Post a Comment