30 May 2010 - Malam tu, Kinky berry berdarah! Muka Beby dah bertukar wajah. Patut ah lately ni dia takmo makan. Yang menambah pelik kami, dia tidak menunjukkan ciri-ciri kucing sakit. Aktif melampau2, melompat ke sana sini. Terhoyong-hayang tak sedar diri. Gigit ikut sedap gigi dia jer, tak mempedulikan sakit perut yang di alaminya. Yang aku perasan, dia kurang makan.
Pas Mummy dia perasan berry dia berdarah mlm tu, esok jugak kami ke Veterinary Hospital di Cheras. Doc cakap, Kinky 'Diarhea'. Kinky harus di suntik setiap hari, terpaksa lah meninggalkannya di sana. Menangis lah Si Mummy Kinky melihat anaknya menjerit minta tolong dilepaskan. Aku pun tak sempat nk kiss dia sebelum di bawa masuk. Dengan harapan Kinky sehat semula.
Apa yang menyebabkan Diarhea; mengikut kata doc, dia mungkin tersalah makan atau makanan dia diracuni. Cis!.. tak mungkin aku nak meracunkan anak sendiri. Tapi hati aku sangat kuat menyatakan ini kerja 'Cik Li'. Cilakak punya Cik Li. Disebabkan kau aku terpaksa panggil Pest Control datang umah petang itu jugak. Nyahh kau dari umah ku dan menganggu keturunan ku di sini!! Abg Pest Control sampai, satu kerja plak aku kene kemas sme barang kat dapur. Demi anak.. Kata Si Mummy memberi aku semangat. Si Mummy tak mampu melakukan apa2 kerja sbb terlalu sedih. Airmata tak habis dari hantar Kinky sampai la kat umah. Tgk makanan Kinky pun nages. (Si penulis tidak menangis sama sekali, harap maklum)
** 5 Hari Kinky di Hospital, melawat dia setiap malam. **
4 June 2010 - Yes! Today Kinky kuar. Aku nak balik awal amik Kinky. Amik beby kat Bukit Jalil, terus ke Cheras. Oh, ringan sikit jiwa selepas mendengar suara Kinky. "Anak Daddy dah sehat, Yeay!" Balik umah teros men lumba lari + sorok2. Ahh.. Sempurna sudah selepas Kinky pulang. Alhamdulillah.
Note: Mummy!! Sok bawak Kinky gi Taman yer. Nak carikan dia girlfriend.
* Cik Li = Lipas







2 comments:
sian kinky... nasib baik cepat sembuh so that come back to be cheeky again... hehe
hm,,nta la bro..umah tu banyk lipas.ak tak tau dtg dari mana.. satu apartmnt tu de lipas.ak nk pindah ujung tahun ni. tak kireeee!
Post a Comment