"Jika kau memancing ikan.....Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kau mengambil Ikan itu. Janganlah sesekali kau lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kau dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup."
Erti kata lain;
Begitulah juga setelah kau memberi banyak pengharapan kepada seseorang... Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kau menjaga hatinya. Janganlah sesekali
"Jika kau menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluan kau. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kau menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang, Sedangkan jika kau cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi."
Erti kata lain;
Begitu juga jika kau memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kau terlalu mengaguminya dan janganlah kau menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah ia manusia biasa. Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kau kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kau memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus Hingga ke akhirnya.
"Jika kau telah memiliki sepinggan nasi, yang pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah? cuba mencari makanan yang lain, terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kau tidak boleh memakannya. Kau akan menyesal.
Erti kata lain;
Begitu juga jika kau telah bertemu dengan seorang insan yang membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah?, cuba
Dari Pelbagai sumber





0 comments:
Post a Comment