Degil Sikit!

Thursday, April 15, 2010

| | | Comments: (1)
Hati saya yang degil, sukarnya memujuk hati sendiri, puas di senaraikan segala galanya, tapi masih berdegil! aduhai.. Saya kira.. hati saya melebihi degilnya kanak kanak nakal, melebihi kerasnya besi, saya terasa penat, lantas saya pujuk hati ini, supaya mengikut kata akal. Tapi.. ikutnya hanya seketika, patuhnya hanya sekejap, dan dia kembali berdegil!

Saya penat..
dengan diri saya sendiri, penat dengan hati saya yang degil ni. penat memujuknya, penat memarahinya. penat, penat dan penat! Tapi.. dia sebahagian dari saya, marah saya, penat saya, pujuk saya, tetap dalam diri saya. tetap saya, hanya saya! Kejayaan yang paling bermakna ialah bila akal berjaya mengusai hati. Bila hati yang menguasai akal, itu dikira gagal! Paham?!

Takdir!

Wednesday, April 7, 2010

| | | Comments: (0)
Selalu orang cakap itu dah tertulis.. Sabar. Redha. Tapi.. Pernah tak kita berdoa agar takdir kita menjadi takdir yg terbaik untuk kita? Pernah? Kalau pernah berapa kuat keyakinan kita? Yakin? Sejauh mana kita yakin? Sejauh mana kita yakin bahawa doa kita kepada Allah SWT akan mengubah takdir kita menjadi takdir yg terbaik untuk kita? Yakin, berusaha, bersabar dan tawakkal dengan sesungguhnya kepada Allah dalam setiap doa yg kita panjatkan. Berusahalah dan berlumbalah mencari kasih Allah.

Note: Kerana sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui apa yg terbaik untuk kita...

Hati Pengkid!

Friday, March 26, 2010

| | | Comments: (3)
Kalau cinta tak bersatu, mungkin cinta berdua, bertiga, dan seterusnya.


Mengapa tubuhku mesti bergoncang, bila kusebutkan namamu, sedangkan kau diciptakan bukanlah untukku, kupasti, tapi ku tak mahu peduli, cinta bukan mesti bersatu, biarku cumbui bayangmu, dan kusandarkan harapanku..
Ini sebahagian lirik lagu nyanyian EBIET G. ADE bukan puisi ciptaan aku, tak main la nak ciplak harta org. Tajuk lagu pun aku terlupa, mungkin sebab terlalu asyik dengan bait2 lirik atau mesej yg nak diceritakan. Kisah cinta yg tak bersatu... boleh ke menyinta tapi tak memiliki?

Cinta? kadang2 rasa macam aku nak tanya saja pada semua orang yg aku jumpa, apa yg mereka paham tentang menyintai seseorang. Kalau tanya pada couple yg belum kawin dan masa tu diaorang tengah hangat la katakan, mesti jawapan mereka melampau sesangat! Sanggup la, Korban la dan bla bla bla la! Bagi yg dah berumahtangga, apa menjadi suami yg bertanggungjawab itu cinta? menjadi isteri yg pandai masak itu cinta? hhurm. Soalan tu pada orang dan semestinya jawapan akan berbeza2. Apa pulak pandangan AKU tentang menyintai seseorang?

Sebenarnya aku setuju dengan lirik lagu diatas, cinta tak bersatu atau cinta yg bersatu bukan ukuran pada sebuah cinta. Kalau tak bersatu, si polan ni kawin dgn org lain atau bujang sampai tua habis cerita dan rasa cinta tu kekal hanya sekadar rasa. Kalau bersatu pulak, beranak-pinak, bercucu-bercicit dan rasa cinta tu tetap sekadar rasa sebab timbulnya tanggungjawab demi tanggungjawab sehingga manis bertukar jadi tawar dan kadang2 termasin haha!

Bagi aku, bila aku menyintai seseorang, aku mahu lihat org yg aku cintai itu beroleh BAHAGIA. Biar dgn aku atau dgn org lain, biar bersatu ataupun tidak. Biar cinta aku kepadanya menjadi sebuah doa yg mendoakan kebahagiannya. Maksudnya selagi ada rasa cinta itu dilubuk hati ini, selagi itu doa kebahagiaan akan terus ditujukan kepadanya. (hati pengkid)

Note: Kadang2 ramai yg tak dapat membezakan rasa yg ada dihati mereka, apakah yg dirasa itu cinta atau nafsu? (untuk diri aku juga)

Saya Tak Sebagus Dia!

Friday, March 19, 2010

| | | Comments: (0)
Di office saya ada seorang cleaner baru. cleaner baru ini.. namanya Devi. bersaudara dengan Makcik Vallie yang bekerja di bahagian production kilang saya. orangnya kecik. setinggi saya. tapi lebih kurus. melihatkan dari wajahnya, saya merasakan yang dia masih muda. tapi sudah berkahwin. cakap melayunya masih kurang fasih. hanya sepatah sepatah yang keluar dari mulutnya.

Mula2 dia datang tadi, saya terangkan kepadanya apa yang perlu dia lakukan. kebetulan semua orang masih lagi belum balik dr lunch. lap cermin, lap meja, vacuum karpet, bersihkan bilik air dan kemaskan apa2 yang patut. itu sahaja. mukanya menunjukkan dia faham. lega saya melihatnya pabila dia mula mengelap. tapi, saya terharu. terselit sedikit rasa insaf dalam diri saya. usahkan meja dan cermin, bahkan pintu, kaki kerusi, komputer hatta roda meja komputer juga dilapnya. bersungguh benar dia bekerja.


saya sedar, saya tidak sebagus dia. waktu kerja masih sempat menulis blog.. hehe2.

Penyakit Malas!

Tuesday, March 16, 2010

| | | Comments: (0)
Salam utk semua, entry kali ini saya akan paparkan tentang,.adeh! skema katak plak..! Hurm, hari ini siap jugak akhirnya misi separuh rahsia aku. Aku ada masalah yang sangat serius. Tak tau la macam mane nasib aku lepas ni. Tak payah jumpe doktor pun dah dapat tau penyakit baru aku nih.


"Penyakit Malas!"
  1. Tanda-tanda:
  • Hilang selera terhadapat artwork.
  • Cepat tergoda dengan keempukan kerusi di pejabat.
  • Selalu sakit kepala apabila menghadap komputer.
  • Sangat aktif berfacebook/berchatting/bergosip
  • Diserang virus 'suka tangguh'
Note: Entah kenapa aku tergerak nak kasik nasihat berguna utk melahirkan modal insan dikalangan dak2 opis ni!

Cinta & Pengkid

Wednesday, March 10, 2010

| | | Comments: (6)
Arghh! Selalu kita dengar dalam filem or member perempuan kita bercakap betapa cinta seorang aweq kepada pengkid, tidak berlandaskan wang ringgit. Cinta sejati hanya menerima diri pengkid itu seadanya …

No one, I mean nobody will love somebody if he has zero money in his pocket now, and she knows difficult for him to find one. In other words, aweq tidak akan suka pengkid yang tidak mempunyai duit dan tidak ada prospek untuk mencari duit dalam masa terdekat. Ada aweq yang penyabar, dia boleh terima pengkid miskin sekarang, but surely she confident he will become somebody in the future. Love tidak perlukan money…? Cinta itu buta? Pergi bagitahu pada batang pisang, mungkin benda itu boleh percaya kalau dia tak percaya boleh tumbuk atau tendang batang pisang tu.

Don’t get me wrong, I’m not saying ladies nowadays semuanya mata duitan. Even kalau dia seorang perempuan baik, bukan pengikis, jujur menyayangi seorang pengkid itu, still love memerlukan duit. Betul tak? Manusia hidup memerlukan keperluan, keselesaan dan keseronokan. Tiga element ini akan bertambah dengan dasyatnya apabila kita mula bercinta. Dulu sms atau telephone seseorang bukannya satu keperluan, but after you meet someone you love, perkara itu dah jadi keperluan. Walaupun cuma beberapa sen, still involve money. Right? Aku rasa itu adalah contoh perkara paling basic, malas nak cerita pasal pergi dating, pujuk time merajuk, belikan hadiah masa birthday dan macam-macam lagi yang mewajibkan kita mengeluarkan wang yang mana kalau kita solo, itu semua tidak perlu.

Aku yakin semua aweq akan mamandang status kewangan seseorang pengkid sebelum consider untuk menyayangi pengkid tersebut. Aku tidak kata benda ini salah malah aku setuju seratus peratus. Aku cuma sakit hati dengan aweq yang confident gila mengatakan cinta dia sejati dan tidak pandang wang ringgit. Mungkin untuk kenal dan sayang seseorang tidak memerlukan duit, tapi untuk memberitahu seseorang kita sayang dia, or untuk menunjukkan kasih sayang kita sememangnya memerlukan duit. So, money and love related or not?




 


Note: Orang kata lepas kahwin boleh save duit, betul ke? Jom kahwin...!

Soalan Basic!

Saturday, February 27, 2010

| | | Comments: (0)
Sambil melakukan tugas seharian sebagai orang yg makan gaji, selalu jugak aku mengelamun dan kadang persoalan demi persoalan datang berdiri didepan kepala aku. Berdiri saja aku tak kisah sangat, tapi main tolak-tolak pulak! ini sudah lebih!!! bila sudah lebih mulalah aku nak bangun dan bersuara sikit, sikit je...


Hari ni atau sekarang ni, kalau kita pergi mana-mana... tak kisahlah shopping complex ke, taman rekreasi ke, mana-mana la yg ramai org! cuba tahan sorang yg rasa-rasa Muslim dan soal mereka dengan satu soalan basic dan mudah.my


"Apa itu AKIDAH?"