Jangan Harap Balasan!

Wednesday, May 12, 2010

| | | Comments: (2)
“Jika kau memberi, berilah seikhlas hati, tanpa mengharap sebarang balasan… dan jika kau menyayangi, maka sayangilah tanpa mengharap sebarang balasan, kerana itulah pemberian dan kasih sayang yang semulia-mulianya dan yang sebenar-benarnya!”


Apakah cinta dan sayang aku kepadanya selama ini, lebih mementingkan diri aku sendiri? Apakah cinta aku ini sebenar-benarnya cinta? Jika ya, mengapa aku menangis apabila dia tidak bahagia bersama ku? Sepatutnya aku buat dia bahagia! Barulah itu semulia-mulia cinta!

* “Paan, I’m getting married!”

BOOM! Bagai satu bom meletup dalam kepala aku…bagai berkecai jantung ini, rupa-rupanya panggilan telefon itu adalah panggilan selamat tinggal darinya… sedih…dan tiada yang lebih sedih sekali, apabila perpisahan berlaku dikala sama-sama masih cinta. Tetapi, mengingatkan kata-kata tempohari, aku tenang menghadapi. Selepas terdiam agak lama, Lalu aku menjawab,

** “I’m happy for you…very happy!”

Tiba-tiba Dia menangis teresak-esak dan amat terkejut sekali dengan kata-kata ku. 


* “You happy for me? How come?!”
** “Well, Inilah yg terbaik buat you syg… I xkan mehalang you, I want you to be happy, I rela lepaskan you krn I tlalu sayangkan you!” Itulah kata-kata aku yg plg ikhlas padanya.

At this time, aku hanya mahu dia bahagia…walaupun jika keputusan itu hanya akan mengecewakan aku. Kerana… jika dia bersama aku, mungkin banyak pekara lain yang Dia akan terlepas. Daripada menerima tekanan dari keluarga yang begitu dasyat…ada lebih baik dia berkahwin dengan pilihan keluarganya.

* “Thank you sayang… ” 

Itulah kata-kata Dia mengakhirkan perbualan kami…penuh dengan tangisan kesedihan, tetapi amat menghargai aku yang memahaminya…

At my side, terbukti, setelah aku bertahun-tahun mencintai Dia, lalu TANPA mengharap balasan darinya, kemudian aku melepaskannya pergi pula, membuatkan aku merasa nikmatnya…nikmat sebuah pengorbanan, betapa bahagianya aku kerana dapat membahagiakan orang yang aku sayangi!

Rupa-rupanya, walau kita kehilangan orang yang kita cintai, tetapi jika kita dapat membahagiakannya tanpa mengharap sebarang balasan, rasa kepuasan dan rasa bahagia adalah jauh lebih bermakna dan menusuk jauh ke dalam jiwa!

Itu yang kadang-kadang aku terfikir, ramai orang sanggup merampas milik orang dengan memburukkan kekasih orang, kekasih yang sedia ada dikatakan tidak cantik, tidak baik dan tidak bagus sangat untuknya…hanya kerana mahu memiliki dia yang diidamkan. Akan bahagiakah orang yang begitu? Sedangkan aku amat berpuas hati dan bahagia apabila memberi kekasih aku berkahwin dengan orang lain demi kebahagiaannya…


Note: Cinta atau nafsu? Jiwa melambung2 rindu. Kenangan silam datang menganggu!

Mengapa Tuhan Berkata Tidak?

Tuesday, May 11, 2010

| | | Comments: (0)
Ya Allah, ambillah kesombonganku dariku. Tuhan berkata, "Tidak. Bukan aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya."
Ya Allah, sempurnakanlah kekurangan anakku yang cacat. Tuhan berkata, "Tidak. Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara."
Ya Allah, beri aku kesabaran. Tuhan berkata, "Tidak. Kesabaran didapat dari ketabahan dlm menghadapi dugaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri."
Ya Allah, beri aku kebahagiaan. Tuhan berkata, "Tidak. Kuberi berkat, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri."
Ya Allah, jauhkan aku dari kesusahan. Tuhan berkata, "Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada Ku."
Ya Allah, beri aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat. Tuhan berkata, "Tidak. Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal."
Ya Allah, bantu aku mencintai orang lain, sebesar cinta-Mu padaku. Tuhan berkata... "Ahhhh, akhirnya kau mengerti!"

Kadang kala kita berpikir bahwa Tuhan tidak adil..
  • Kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi siang malam, tapi tak ada hasilnya.
  • Kita mengharapkan diberi pekerjaan, beratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali.
  • Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan jabatan, tapi orang lain yang mendapatkannya tanpa susah payah.
  • Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan.
  • Kita menginginkan harta yang berkecukupan, namun kesusahan terus meningkat.

Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam dan batuk, lalu kita melihat Ais. Kita yang sedang panas, merasa haus dan berpikir dengan minum Ais dapat mengubati rasa demam (anak kecil). Dan kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Tuhan) dan merengek agar dibelikan Ais. Orang tua kita tentu lebih tahu kalau Ais dapat menambahkan lagi penyakit kita. Tentu dengan pelbagai dalih diberikan agar kita tidak dibelikan Ais. Orang tua kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum Ais yang lazat tu.

Begitu juga dengan Tuhan, segala yang kita minta Tuhan tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Tuhan mengabulkannya. Kerana Tuhan tahu yang terbaik yang kita tidak tahu. Kita sembuhkan dulu diri kita sendiri dari "batuk" dan "demam".... dan terus berdoa.


Note: Jangan berharap pape, lebih senang. Terima apa adanya.

Siapa Temanmu, Begitulah Dirimu.

Monday, May 10, 2010

| | | Comments: (0)
Siapa yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak, tapi siapa berteman dengan orang bebal menjadi susah.

Pada suatu hari, seekor kalajengking meminta seekor kura-kura agar menumpangkannya di cengkerang untuk dia menyeberangi sungai.

Kura-kura:  “Gila ke kau?  Kamu akan menyengatku masa aku berenang dan aku akan tenggelam”.
Kalajengking:   “Haha2,. Kura-kura yang baik, jika aku menyengat kau, aku akan turut tenggelam dengan  kau. Apa gunanya? Aku tak kan menyengat kau kerana  ini boleh membawa kematian kepada aku jugak!”

Untuk beberapa saat, kura-kura itu berfikir tentang logiknya dari jawapan tersebut.

Kura-kura:  Kamu benar, Naiklah!”.

Baru setengah Jalan, dia menyengat kura-kura. Kura-kura mulai tenggelam perlahan-lahan menuju dasar sungai dengan kalajengking masih di atas cengkerangnya.

Kura-kura:  Kamu sudah berjanji, namun sekarang engkau mengigitku! Kenapa? Sekarang kita sama-sama susah!
Kalajengking:  Aku tidak dapat menahan diri. Memang tabiatku untuk menyengat!


Note:  Fahami karakter seseorang sebelum menjadikannya sebagai kawan. Peranan yang dimainkan akan mempengaruhi kehidupan Anda!.

Coretan Buat Mama,

Sunday, May 9, 2010

| | | Comments: (2)

Mama,
Wajahmu sentiasa memancar ceria,
Bibirmu tersulam senyum bahagia,
Walau derita menyuntik sengsara,
Kau sabar harunginya..

Mama,
Kau korbankan segala demi anakmu,
Kau rela apa saja untuk menatap senyumku,
Pengorbananmu cukup bermakna,
Pengorbananmu amat berharga,
Ikhlasnya kau melimpahkan kasih,
Setianya kau menyulam sayang,
Teguhnya ikatan mesra,
Ibarat karang di lautan sana,
Budi yang kau semai,
Hanya tuhan yang tahu menilai..

Mama,
Hanya kau ratu hatiku,
Hanya kau cahaya kasihku,
Terima kasih ku rangkaikan,
Atas untaian cinta yang kau sembahkan,
Ku iring doa sepanjang hidupmu,
Moga kau bahagia meniti usia,
Kerana kaulah penyuluh jalan ke syurga…
Buat kami sekeluarga.

Note: Terima Kasih mama, smoga tuhan merahmati perjalanan hidup kita sekeluarga didunia dan diakhirat. Alhamdulillah, berkat doa mama utk kami tuhan telah byk permudahkan kehidupan kita sekeluarga. Selagi kami masih bernyawa, kami berikan yg termampu. Insyallah..

Happy Mother's Day!

Saturday, May 8, 2010

| | | Comments: (2)
Happy Mother's Day buat semua ibu-ibu di dunia, terasa nak menjerit..tapi, tak tau apa nk dijeritkan! Hari ni aku menyambut hari ibu dengan orang tercinta. Qiss Tina, terima kasih dengan idea anda. Semua berjalan dengan lancar seperti di rancang. Kul 2.00 kami tiba ke destinasi (Hotel Summit).. Hi-tea bersama dengan family aku dan family Qiss Tina.
Dari kiri tu mama saya! Sebelah dia tu Mak Lang kepada Qiss Tina, makan dengan tak malunye sampai terkentut2. Ops, sowi syg! Ab sengaja.. Ramai gak family2 yang datang kat sini celebrate. Pihak Hotel juga menyediakan hadiah untuk ibu-ibu yang hadir. Seumur hidup aku ini lah kali pertama aku datang bawak mak aku sendiri kuar Hi-tea. Selepas ayah aku dah takde la, hehe2. Mak aku, aku take over! Say bye2 tu ayah aku.hakha. Aku tau mak aku happy. Terima kasih mama, Love u!. Jangan lupa doakan long yer.

Ini perempuan gile bersama dengan adik saya yang last skali. Comel kan?cam aku derr!.haha2, kadang aku sian kat adik aku sorg ni, kecik2 tak dapat nak merasa kasih sayang ayah. Takpe, tasha! ni Ayah Long(Aku) ko sorang ni ada! Terlebih kasih sayang long leh kasik kat ko, campur kasih syg tina. Double! LOVE aku persembahkan!. Cepat2 la besar, tolong long carik duit. Kita besarkan rumah kasik 4 tingkat! Jangan blaja tinggi sangat,ti gayat..blaja jauh2..takpe. Harap adik2 aku ni tau laa yang Along dia ni sayang sgt kat dorang! Tak tau pun takpe!huk!

Aku pun nk masok jugak dalam ini cerita! Blog aku, ske ati aku derr! Terima kasih jugak buat sayangku ni, kira awk kategori ibu la ek.. Ouh! saya ada 3 Ibu rupenya!.. Mama saya, mak mentua saya, Mak ..we saya! hehe2, Tkpe syg, hari ibu ni saya nak kita share sama2, awak lebih kenal siapa saya dari mereka mengenali saya. Doa buat ibu mentua saya juga telah saya selitkan bersama doa ibu sy. Insyallh,..Mohonlah semoga tuhan memperkenankan permintaan kita sayang. Anggap la mak saya cam mak awk.. mak awk cam makwe saya.! Opss! tlebih sudaa.

Note: Terima kasih mama!

Tuhan Pernah Berbisik!

Friday, May 7, 2010

| | | Comments: (3)
"Ketika aku kirimkan padamu seorang teman, aku tidak memberikan seseorang yang sempurna kerana engkaupun tak sempurna. Aku mempertemukanmu dengan teman teman yang sama dengan mu, sehingga kalian dapat saling mengisi, berbagi dan bertumbuh bersama."

Begitulah juga dalam kehidupan. Janganlah kamu banyak memberi banyak pengharapan kepada seseorang, bila memang rasa itu tak pernah ada.
 
"Ketika kamu menyukai seseorang dan ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat...."

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah ia manusia biasa. Sehingga apabila sekali ia melakukan kesilapan maka akan lebih mudah bagi kamu untuk menerima ketidak sempurnaannya dan memaafkannya.
 
"Berbagilah kasih, berusahalah saling menerima dan peliharalah sifat mudah memaafkan, dengan demikian persahabatan menjadi lebih indah. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang pasti baik, putih dan sehat untuk dirimu, mengapa kamu harus berlengah dan mencuba mencari makanan yang lain?"

Begitu juga ketika kamu bertemu dengan seorang yang membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu dengan tulus dan sepenuh hati, mengapa kamu harus berlengah dan mencuba membandingkannya dengan yang lain? Ingatlah, jangan pernah mengejar kesempurnaan, karena kelak, kamu akan kehilangan yang terbaik yang sudah kau raih dan kamu akan menyesal.
Ya Allah,
terima kasih bisikan indah-Mu. Aku mohon ya Allah ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia ini tak akan pernah ada sesuatu yang abadi. Pada masanya, segala sesuatu itu pasti akan berakhir. Sehingga ketika seseorang meninggalkanku, aku akan tetap kuat dan tegar karena aku bersama yang tak pernah berakhir, iaitu cinta-Mu ya Allah...




Note: Orang bijak berucap, mencintai seseorang adalah keharusan. Dicintai seseorang adalah kebahagiaan. Tapi, dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya.

My Family Gathering

Monday, May 3, 2010

| | | Comments: (2)
Ni la Family aku! Kitorg menetap di Apartment KWSP. Planning nk g PD nih dr bulan lepas. Akhirnya berjaya gak kumpul saudara saudari terdekat. Malam BBQ di Port Dickson bertema kan Hawaii, tap aku rasa aku tak mengikuti tema lansung. Sebab itu aku rasa lebih macho berpakaian seluar pendek dan tshirt.


Bersantai di Teluk Kemang, Port Dickson! Setelah seminggu Dia di Cambodia, lepaslah segala rindu bila dia pulang ke rumah. Tapi dalam masa yang sama dia telah menyakitkan hati aku! Ada ke patut dah beli 2 Perfume, Rokok 1 Carton dan tinggal dalam teksi. Balik2 cerita kat aku, memang terluka la sikit hati aku kan..! 
Ouh, bak kata Ab dengan machonya.. ".. takpe syg, takde rezeki.. ti ab try tahun depan belikan lain yer.." haha3.. tgu ab kumpul duit yer sayang.


Terima kasih sayang, penat2 awk dari cambodia sudi gak ikot saya dan family ke Port Dickson. Tau tak saya dah rindu kat awak melantun2? Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi dan balik dari Cheras ke Seremban. Memandangkan ada Pesta Air dia Port Dickson, Jalan jem gile! Pergi ke PD terpaksa ikut jalan Sepang, tapi sesat cam haram jadahh. Balik dari PD ke KL terpaksa ikut jalan ke Melaka. Sesak yang dasyat dari PD ke KL. Agak jauh la nak pusing ke Melaka baru kuar highway. Kadang2 ase cam kerja gile.. tapi aku lagi sanggup jalan jauh dari kene tekan clutch break clutch break. Memang tidakk! Dari PD bertolak kul 1 tengahari sampai KL kul 5.30pm. Laporan Bernama.