Dosakah Membenci?

Wednesday, May 26, 2010

| | | Comments: (1)
"Membenci itu satu dosa, melainkan benci dosa-dosa."

Baru seketika kutitipkan kata-kata itu pada sahabat akan akibat membenci seseorang, sedangkan sudah terpukul ke hidungku sendiri. Akhirnya, tidurku terjaga berkali-kali kebelakangan ini.

Ia adalah jawapan kepada persoalan kenapa kita dibenci. Walhal, segala tindak tanduk telah diawasi, agar amarah tidak menghantu diri, emosi tidak membatasi reaksi. Rupanya, kita pernah membenci dan tidak memaafkan, apatah lagi dimaafkan.

Untuk menepis sekeping ego dari memuncak langit, bukan sekadar lembut lidah menutur maaf. Bahkan, dibantu dakapan mesra, tautan dua hati yang sedang saling meredhakan. 

"Maafkan aku, kawan. Aku pernah berdosa tidak memaafkanmu. Pelukan ini, semoga mampu meluruhkan daunan noda kita, yang merimbun di pohon dosa yang selama ini kita baja. Semoga syurga untuk kita.."



 Note: Tubuh aku kini semacam bisa diterbangkan angin. Oh! ringannya..

Ready For Love?

Tuesday, May 25, 2010

| | | Comments: (2)

Be happy for others! Dalam erti kata lain ... "bergembiralah melihat kebahagiaan orang lain". Sebabnya,  apabila kita gembira dengan kebahagiaan orang lain, sesungguhnya minda, hati dan jiwa kita seolah-olah telah set sendiri yang, “Aku pun akan bahagia seperti dia.”

Apabila mind set kita sudah begitu positif dan hati dan jiwa kita begitu teruja untuk kebahagiaan diri maka dengan sendirinya diri kita akan bertindak mencari semua faktor yang boleh membawa ke arah kegembiraan dan kebahagiaan itu. Barulah diri kita benar-benar ready for love.
So, bergembiralah untuk orang lain, demi kebahagiaan kita…jika terus diamal, pasti jodoh akan hadir  ke dalam hidup kita.! Instead, kalau kita merasa dengki, benci dan sakit hati melihat orang lain bahagia, hati mendidih dan marah dengan kebahagiaan orang lain, secara dengan sendiri pemikiran kita, mind set kita akan berubah menjadi negatif sehinggakan memberhentikan usaha kita ke arah kegembiraan dan kebahagiaan yang bakal kita kecapi. Akibatnya, kita akan terus hidup di dalam duka…lama-lama, boleh jadi gila!



Note: Let’s get READY FOR LOVE! Beby, r u ready? HuhukK!

Antara Engkau dan Tuhan!

Monday, May 24, 2010

| | | Comments: (2)
Kadang-kadang orang berpikir secara tidak masuk akal dan bersikap egois..

"Apabila engkau berbuat baik, orang lain mungkin akan berprasangka bahawa ada niat buruk di balik perbuatan baik yang kau lakukan itu. Tetapi, tetaplah berbuat baik selalu"

"Apabila engkau jujur dan terbuka, orang lain mungkin akan menipumu. Tetapi, tetaplah bersikap jujur dan terbuka setiap saat"

"Apabila engkau menemukan kedamaian dan kebahagiaan di dalam hati, orang lain mungkin akan iri hati kepadamu. Tetapi, tetaplah berbahagia."


Sedarilah bahawa semuanya itu ada di antara engkau dan Tuhan. Tak kan pernah ada antara engkau dan orang lain. Jangan pedulikan apa yang orang lain pikir atas perbuatan baik yang kau lakukan. Tetapi, percayalah bahwa mata Tuhan tertuju pada orang-orang jujur dan Dia sanggup melihat ketulusan hatimu .


Note: Kebaikan hari ini yang kita lakukan, esok akan dilupakan.

Stim Steamboat!

Friday, May 21, 2010

| | | Comments: (5)
Tetibe aku terajin nak update blog, pasal Steamboat yang minggu lepasnya aku kuar makan bersama tersayang, Lan ngan Mala, Emon, Eid ngan Azma. Yang len, jgn cakap aku tak invite eh. ada je aku post kat YM ngn Fesbuk! Ada gak yg tak dapat join atas sebab2 tertentu. Mayb, next time la kot.

Ni aku nk kongsi ngan korang yg suke makan seafood! Dah byk kali aku try kat sini, dari mula bercinta sehingga lah dah berkahwin. Sebelum aku datang sini, aku pastikan perut aku kosong sekosong2nya. sebab aku nk mencekik kat sini sampaii puas. Dengan harga RM19.90, korang leh melantakk berapa byk sekalipun. Kalu korang tak malu, leh bungkus bawak alik skali. Hahkha, Ada sket gambar aku nk sajikan kat korang, mana tau next time korang berminat tuk mencekik fresshhh nye makanan kat sini.


Kat atas ni la sikit sebanyak kepelbagaian jenis makanan. Cam biasa ah, kedai steamboat ni kalu korang tgk memang ah kedai cina, tp tak kurang hebatnya orang2 melayu kita yg join skali. Tak tau la pada korang, tp pada aku.. selagi aku ase makanan tu sejenis seafood, aku telan jer. Satu Malaysia katakann. heEhekh.


Gambar2 kat atas ni agak keterlaluan, tapi aku ase tu cukup mgambarkan betapa kenyangnya perut mereka-mereka di atas. Gambar den? biasa ah tu,kalu dah den yang pegang camera. memang tak merasa ah muke sendiri dalam camera. hakha, Masehh tuk Beby, Sis Mala, Lan, Emon, Eid, Azma yang sudi gak join aku makan. Sebab kalau aku berdua ngan Tina, memang tak berapa nk lahapp sangat la aku kan. Next time sape2 nak open table ke pe ke, kat sini memang berbaloi2.

32A-1, Jalan PJS 8/6, Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor (At Shop lots opposite Sunway Pyramid) Contact Mrs. Susie Teh: 016 208 6678, 03 5637 5825


Note: Aku tak dapat pape komisen pon promote tempat ni, tapi tuk kongsi bersama jerk. Beby, ti bawak Kinky skali makan kat sini. HekhHe.

Kucing Bengal

Thursday, May 20, 2010

| | | Comments: (0)


Mr Kinky VS Paan Jahat
Memandangkan dah ramai yang bertanya den tentang Kinky, tetibe aku berminat nk kongsi sikit sejarah spesis. Pada aku Kinky tak berbahaya, tp tak tau la pada pendapat korang. Kalu ikot sejarah dan latar belakang nenek moyang Kinky memang la mengerunkan, tapi aku tak tau dari mana datangnya minat dan tetibe aku ngan Tina leh jatuh cinta sama ini spesis.. Kat sini aku ada copy sejarah pasal Bengal. Choii!

SEJARAH
Nama bengal sendiri berasal dari nama ilmiah Asian Leopard Cat yang sering disebut sebagai Bengal Tiger. Seorang ahli genetik dan breeder kucing di California mencoba untuk mengawinkan Asian Leopard Cat dengan American Shorthair. Perkawinan silang ini bertujuan mendapatkan pola “spotted wild cat” pada kucing domestik. Selanjutnya anak betina keturunannya disilangkan kembali dengan bapaknya sehingga dihasilkan anak kucing dengan pola spotted yang kemudian dikenal dengan ras Bengal. Ras ini merupakan keturunan dari wild cat dan masih jarang ditemui.

Tahun 1973 Dr. Centerwall dari California University melanjutkan program persilangan tersebut untuk mendapatkan the Asian Leopard Cat yang tahan terhadap penyakit Feline Leukemia yang disebabkan oleh sejenis virus. Tahun 1983 ras ini didaftarkan di klub TICA, FiFe baru belakangan ini mengakuinya. Bengal baru diperkenalkan di Perancis pada tahun 1991


Pada bulan februari 1998, seekor kucing bengal bernama Cato, memegang rekod sebagai kucing termahal di dunia. Cato dibeli oleh Cindy Jackson (London, Inggris) dengan harga 41.435 USD. Cindy sendiri adalah seorang pemegang rekod dunia sebagai orang yang menjalani operasi plastik terbanyak Rekod kucing termahal ini hanya bertahan hingga tahun 2005..

KARAKTER FIZIKAL
Dengan bentuk badan yang besar dan gagah, bengal mendapatkan sebagian ciri fizik leluhurnya yang merupakan kucing liar. Kucing betina dewasa mempunyai berat badan sekitar 4-5 Kg, sedangkan kucing jantan bisa mencapai berat 10 Kg. 

Bentuk kepala kucing bengal besar dan agak panjang, tetapi lebih kecil dibandingkan porsi tubuhnya. Lehernya besar, panjang dan berotot, seimbang dengan ukuran kepala. Hidung besar dan lebar, sedangkan kulit hidung berwarna merah dengan garis luar hitam. Telinga menghadap kedepan. Mata lebar dan bulat seperti buah almond, berwarna hijau atau amber. 

Pola warna bengal sangat khas iaitu tabby spotted yang berwarna kehitam-hitaman, coklat atau cinnamon, dan garis horizontal hitam dibagian pusat serta lingkaran berbentuk cincin pada ekor dengan ujung berwarna gelap. Warna dasar orange lebih disukai. Dikenal juga pola classic tabby yang terlihat seperti pola oyster di bagian paha dan pola kupu-kupu di bagian bahu.



SIFAT DAN MINAT
Bengal adalah kucing yang cerdas dan aktif. Salah satu ciri khasnya adalah kesukaan akan air, mereka tidak keberatan sebagian tubuhnya basah oleh air. Mereka suka sekali mandi dan berendam dalam bathtub bersama pemiliknya. Akhir-akhir ini, beberapa kucing Bengal peliharaan  menunjukkan kelainan sifat dan tingkah laku. Di Australia, Bengal ini sempat dilarang dipelihara kerana dianggap agak berbahaya. Insting berburu yang berlebihan ini rupanya akibat perawatan yang keliru.




Note: Jangka hayat spesis kucing ini adalah 20-30 tahun. Erk! Den nak ajar Kinky ngucap ah!..

Lu Pikirla Sendiri!

Tuesday, May 18, 2010

| | | Comments: (0)
  "Anda akan kehilangan banyak duit kerana mengejar wanita, tetapi anda tidak akan hilang wanita jika mengejar duit."

Bengal Cat ; Mr. Kinky!

Sunday, May 16, 2010

| | | Comments: (2)
Mimpi Qiss Tina semalam kini menjadi kenyataan! Atas permintaan Dia, teringin sangat nak berhenti kedai kucen. Aku takde la terpikir nak beli kucen lagi, atas sebab2 kerja. Tina keje outstation! aku pun bz ngan dateline and roadshow. Mana mungkin untuk aku menjaga kucen kat rumah tu walaupun minat mengunung dalam jiwa tentang kucen ni.. Tapi spesis ni betol2 mengugat jiwa aku ngan Tina. Tgk kucen orang len aku tetibe nk jeles. hehe2,

Kami singgah di salah sebuah kedai kucen di Rawang, Selangor. Tetibe tersyok sendiri tengok kucen spesis bengal nih, aku pernah tgk kat tv jer sebelum nih, tapi kali ni aku dpt pegang dia! bulu dan manjanye telah menganggu jiwa aku. Jelingan manja dari Tina telah membelah jiwa aku lagi skali, bisikan dari mane ntah telah membuatkan aku berkata "baiklah, Ab jaga.. amik la bawak balik!" Aku tau Dia happy, itu kemahuan dia selalu cakap dari awal perkahwinan kami. Aku anggap ini adalah hadiah perkahwinan kami yang ke 3 bulan. Dengan tak malunye Dia terus memberi nama Kinky! 

Tuan kedai tu merangkak penjaga Si Kinky ni pun pelik, kenapa kucen dia sangat suke dengan kami. Mungkin tu salah satu cubaan hasutan tuk kami membawa pulang Si Kinky ni! Hampir 1 Jam kami berpusing dalam kedai utk menyesuaikan diri dengan Kinky. Maklum la spesis ni, kang aku bawak balik umah tetibe aku ngan Tina kene Ngap! Carik pasal sangat.. Pas mendengar short story dari penjaga Kinky ni, sangat leka di buatnya.. Dalam pada tu sempat jugak tengok aksesori tuk Si Kinky tu, termasuklah semua peralatan penjagaan tuk dia, leh tahan la maintenance dia melebihi bulan2 keperluan aku! Beby!, nak sangat kan. Hambikk!, Ab sebenarnya dah start rindukan Kinky laa. Jom la amik diaa, mesti dia pun rindu kan kite.


Note: Hoi Encik Kinky, ko sedar tak harga ko lebih mahal dari harga cincin kawin aku ngn tina! cis!, sok kalu ko nakal sangat. Aku jual ko alik! haha3.