Jiwa Of Radiology!

Tuesday, June 22, 2010

| | | Comments: (5)
Beby, happy 6 month! Masa berlalu begitu cepat bila dengan kamu. Banyak sangat yang kita buat bersama sehingga saya tak mampu nak susun semuanya. Kesan dalam yang awak tinggalkan untuk tatapan saya di hari kelak. Hari ini aku mencintaimu, hari esok belum tentu kehadiran aku masih seperti hari ini. Yakinilah aku, hidup ini tidak bererti tanpamu dan mereka di sisi. (leh tak aku rasa nak muntah pas tulis entry ni??!)

Kadang-kadang yang terindah tidak semua kita mampu mengingati sehingga kita dapat merasakannya sendiri. Untuk mereka-mereka yang banyak menyentuh hati ini, adalah mereka-mereka yang dekat di jiwa aku ini. Aku mungkin tidak layak untuk menilai seseorang itu, tapi pekara yang paling nyata kesilapan kedua dan ketiga kali itu bukan bermakna lagi. Dengan mudah kita meletakkan seseorang itu di tapak kaki. Aku tak cakap jiwa aku cukup harmoni dan radiology, tapi aku berani katakan; hati dan jiwa ini untuk mereka yang tahu menghargai walau siapapun aku di sini.

Untuk mereka-mereka yang cuba mendekati, hargai sebuah persahabatan dan hubungan antara sesiapapun kita telah jalini. Barulah kita tahu menilai erti persahabatan tadi. Lagi sekali aku jelaskan, untuk mereka-mereka yang cuba dan berusaha melemparkan tomahan-tomahan ke atas kami, silakan pergi sebelum aku bersilat depan korang sekarang ni. (Emosi) Ni lah payah kalau aku menulis dengan jiwa yang tengah emosi. Tapi takpe, untuk post hari ni.. aku nak jugak tulis. Ikot suke hati aku la kan.. Jiwa aku. Radiology aku.


Note: Hidup kalau suka menjatuhkan orang lain, esok lusa tuhan balas Cash!

Epilog; 6 Month's Anniversary

Monday, June 21, 2010

| | | Comments: (4)
12.05AM - Malam ni awak tidur awal dari saya, memang tak adil. Saya rasa nak jerit je kat telinga awak supaya awak ingat malam ni malam apa. Takpelah, saya ucap jugak kat awak. Tak tau lah awak dalam sedar atau tidak, tapi awak peluk saya. Saya main rambut awak, Kinky marah gigit tangan saya! Pastu saya campak Kinky kat luar bilik. Awak berdengkur! Makin saya kacau, makin kuat awak berdengkur. Mungkin tu isyarat marah dalam tidur. Seperti biasa, saya mengucap dulu sebelum tidur. Maklum ah, anak awak tu dengki ngan saya. Ada je aturcara yang dia nak wat masa kita tidur.

07.00AM - Harum semerbak bilik. Ouh, rupanya awak baru lepas mandi. Seperti hari-hari lain, Kinky datang pijak kepala saya. Mungkin itu cara dia kejut mak bapak dia bangun. Anak awak sangat kurang ajar. Esok cukup setahun, saya nak hantar dia pergi sekolah. Pagi ni, awak pergi kerja dulu. Saya rasa lain sangat sebab tak turun lif sama dgn awak. Tau la pergi kerja pandu sendiri, dah tak perlukan saya hantar awak pergi LRT lagi. Yang lebih membanggakan, awak memandu tanpa lesen. Mungkin itu tanda cinta saya pada awak. Saya sentap sampai office, awak masih tak wish kat saya. Dalam hati; mungkin dia tak perasan. "Takpe, aku test power msg dia!" Kata hati.


06.00PM - Sebelum saya balik kerja, awak cakap awak balik lambat. Sebab ada kerja, awak call tapi suara awak lain. Mungkin awak penat. Saya sampai rumah dulu,, saya masakkan meggie masam atas permintaan awak pagi tadi. Nak makan kat luar, takut tak sempat nak pegi futsal kul 9 kang. Malam ni ada friendly di Sport Planet, Ampang. Dah lama tak turun padang, berat pun dah naik 5kg, Terima kasih kepada cik Tina. 6 bulan berat saya dah naik 5kg. Ini bermakna 0.83kg sebulan. Cukup 12 bulan mesti saya gemuk cam ba alif ba ya. Bebyyy!!!!

08.45PM - Saya masuk kereta, Aik! ada bear tecik2 banyakk..! Ada card tertulis nama saya, Paan Jahat. Ouh, untuk saya ke??. Patut lah hari ini awak banyak buat drama, terima kasih sayang. Saya tak beli pape pun untuk awak, tapi saya yakin. Meggie masam saya tadi tu lagi mahal dari bear2. Welkkk!. Sambung majok!


"Hubby,
Happy 6 Month's Anniversary. Thanks 2u who has brought the precious lights in my life, i cannot imagine my life without u.
mummy kinky love daddy kinky so much!"


Note: I just want you to know; I love you and nobody will ever love you like I do.

Ketam yang Seksi; Kodok!

Thursday, June 17, 2010

| | | Comments: (2)
Sekadar gambar hiasan

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam… Kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… Kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, kuketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, "Kah..kah..kah. .kah..kih..kih..kih… Kuh..kuh..kuh.kuh!! Kodok.. Kodok.. Kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?". Ketam kata, "Kelakar"..“Kelakar ke kurang ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.

Kelekuk! Kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok. Ketam kata, “Kodok.. Kodok.. Kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan.” Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.

Cerita di atas takde kene mengenapun ngan gambar hiasan. Semalam Tina cakap nk masak Ketam; dalam pale otak aku terbayang2 dah ketam tu menari-nari, sampai terbawa2 dalam mimpi aku. Balik keje aku terus  masak Ketam Style;Ikot sesedap rasa. Hasil yang memuaskan, biasala masak menggunakan kasih syg, cinta makan sekor ketam pun ak dah rasa cukup kenyang. Cian Cik Tina smpai saket2 pale makan Ketam (Kolestrol).


Note: Hari ni teman ab tengok bola yer beby..

Ramalan; FIFA World Cup 2010!

Saturday, June 12, 2010

| | | Comments: (7)

Sumber ni ak dapat dari tenet lah pe lagi, mungkin kebetulan or mungkin permainan. Hehkhe. Dulu masa muda2 ak minat Brazil, tp lame aku hilang minat dan terus tak minat lansung. Kita pandang dulu dari segi logikanya dan dari sisi matematisnya. Sepanjang sejarah Piala Dunia ni baru tujuh negara yang pernah menjuarainya aitu Uruguay, Italy, Brazil, Argentina, Inggris, Jerman dan Perancis. Juara terbanyak di Piala Dunia adalah Brazil 5 kali, Italy 4 kali, disusul Jerman 3 kali juara, Argentina dan Uruguay 2 kali juara, dan terakhir Inggris & Perancis satu kali juara, secara statistik, brazil lebih diunggulkan, namun masih ada kesempatan bagi negara lain untuk menjuarai misi ini. Ak sertakan skali Jadual Piala Dunia tuk korang kat sini.

Ini hanya sekadar Ramalan secara Matamatisnya;

Piala dunia tahun 1994 dimenangkan oleh Brazil dan mereka juga pernah menang pada tahun 1970. Jadi, 1970 + 1994 = 3964

Argentina pernah menang pada tahun 1986 dan mereka juga pernah menang pada tahun 1978. Jadi, 1978 + 1986 = 3964

Jerman pernah menang piala dunia pada tahun 1990 dan mereka juga pernah menang pada tahun 1974. Jadi, 1990 + 1974 = 3964

Kalau begitu, bukan kebetulan juara piala dunia pada tahun 2002 adalah 3964 - 2002 = 1962. Di mana pada tahun 1962 Piala Dunia dimenangkan oleh BRAZIL (Kebetulan ke tu?)

JUARA PIALA DUNIA
1. 1930 = Uruguay
2. 1934 = Italia
3. 1938 = Italia
4. 1950 = Uruguay
5. 1954 = Jerman
6. 1958 = Brazil
7. 1962 = Brazil
8. 1966 = Inggris
9. 1970 = Brazil
10. 1974 = Jerman
11. 1978 = Argentina
12. 1982 = Italia
13. 1986 = Argentina
14. 1990 = Jerman
15. 1994 = Brazil
16. 1998 = Perancis
17. 2002 = Brazil

Jadi, kesimpulannya RAMALAN PEMENANG PIALA DUNIA 2010 yang akan diadakan di AFRIKA SELATAN adalah ... 3964 - 2010 = 1954 yaitu JERMAN


Note: Harap2 Malaysia leh masuk World Cup jugak ti, kalah menang tu blakang kira. Skng korg cube wat kira2.hakha2.

Check In; Pillow Talk

Friday, June 11, 2010

| | | Comments: (3)
Seminggu sudah berlalu, Beby pergi main golf kat Terengganu. Cis, Jauh jugak tu.  Seb bek ada anak aku sekor ni, ada gak teman ak nk bercakap. Beratnya hari tanpa beby, gosok baju sendiri.. makan sendiri, kene kunci jam sendiri, kene buat breakfast sendiri. Haishh.. Beby, alik pat! Baru-baru ni dia menyuarakan hasrat untuk menceburi bidang golf plak. AyookK! Silakan, te main kat umah je la b.. anak awak ada, leh tolong kutipkan bola golf tu..

Yeay! Beby balik hari ini. Tetibe ak rasa berbunga-bunga, pas keje aku pi check-in kat International Hotel Kuala Lumpur. Hotel tu takde la best mana, tapi disebabkan di sana kami menyambut Valentine's Day bersama-sama 60 org tetamu lain. Aku rasa tempat ni ada sentimental value pada kami. Bilik 1208, kul 10 amik beby kat PWTC, Oh! Kenapa mesti berdebar ek? Terase mengeletik2 jiwa ngn hati aku waktu ni. Cium tangan ab patt!

Tonite; pillow talk! Beby, mishh u damn much! Awak mendengar semua cerita saya sampai saya terlupa nk dengar cerita awak.. Awk memang pendengar dan penasihat yang baik..Maaf, saya buat awak menangis lagi. Saya tak pandai menulis, English saya pun berterabur. Tapi, demi awak saya cuba jugak mengarang dalam bahasa English. Untuk awak tau. Saya belajar banyak pekara dengan awak. Saya nk jadi setia macam awak! saya nk jadi penyayang macam awak! saya nk jadi hebat cam awak. Ehem3, Terima kasih kerana menyempurnakan hidup saya.

Beby, Ab wat sendiri tau!

Beby,
I want to start by saying that I miss you, and you have no idea how much I love you. I know you don't need another reminder because I tell you a thousand times a day how much I love you, but I do and that is my only way to show you. I love the hundred ways you show me how much you love me, and I know my simple words can never compare.

You melt me every time you tell me about the future that you want to spend with me and how we could show the world the real meaning of being in love with the right person. I am thankful for all the great things you have done for me; you are the most special person I know and I want to let you know that I will never ever leave you and that I couldn't have asked for anything better in my life. I am so grateful for a precious gift like the one that you are giving me over and over each day: your love!

You mean the world to me and I would do anything to make you happy without thinking twice. I love everything about you ... your smile, your eyes, your kiss, your voice, the looks ... there's just no end to the way I feel. So please, don't seek another man. I can't stand it when you are not close near me; it feels as if the most important piece of me is missing. You are my life and my only love. I want you to remember that it will be this way till the end of time. I love you with my whole heart, mind, body and soul.

I promise you this, I will love you forever - don't' ever doubt that. I will never want anyone else's touch but yours; you make me feel like I am the only man in the world. You are the only woman in the world as far as I am concerned. Things could not be any better than having you in my life. You are my inspiration and my shoulder to cry on, you're the one who stands by me through everything and most of all and you make me know that I am loved. There is no one that completes me the way that you do. You mean everything to me. You are the reason I get up each morning and come to work, and you make me look at life with a new perspective. I have never met anyone as wonderful as you. I really miss you.

Beby, I really think that this time it is for real. No one can replace you and if anything happens to you, I don't know what I'd do without you. You are the one person that I love dearly. You are my life and everything revolves around you. You seem to hold my whole life in your hands. You always make the whole room light up when you enter it, and you just know how to be my star, but you're not my star ... you are my Angel. Babe, there's nothing in this world that I would not do for you! I love you!

Yours and only yours forever; Hubby.

Sakit; Mr. Kinky

Friday, June 4, 2010

| | | Comments: (2)

30 May 2010 - Malam tu, Kinky berry berdarah! Muka Beby dah bertukar wajah. Patut ah lately ni dia takmo makan. Yang menambah pelik kami, dia tidak menunjukkan ciri-ciri kucing sakit. Aktif melampau2, melompat ke sana sini. Terhoyong-hayang tak sedar diri. Gigit ikut sedap gigi dia jer, tak mempedulikan sakit perut yang di alaminya. Yang aku perasan, dia kurang makan. 
 
Pas Mummy dia perasan berry dia berdarah mlm tu, esok jugak kami ke Veterinary Hospital di Cheras. Doc cakap, Kinky 'Diarhea'. Kinky harus di suntik setiap hari, terpaksa lah meninggalkannya di sana. Menangis lah Si Mummy Kinky melihat anaknya menjerit minta tolong dilepaskan. Aku pun tak sempat nk kiss dia sebelum di bawa masuk. Dengan harapan Kinky sehat semula. 

Apa yang menyebabkan Diarhea; mengikut kata doc, dia mungkin tersalah makan atau makanan dia diracuni. Cis!.. tak mungkin aku nak meracunkan anak sendiri. Tapi hati aku sangat kuat menyatakan ini kerja 'Cik Li'. Cilakak punya Cik Li. Disebabkan kau aku terpaksa panggil Pest Control datang umah petang itu jugak. Nyahh kau dari umah ku dan menganggu keturunan ku di sini!! Abg Pest Control sampai, satu kerja plak aku kene kemas sme barang kat dapur. Demi anak.. Kata Si Mummy memberi aku semangat. Si Mummy tak mampu melakukan apa2 kerja sbb terlalu sedih. Airmata tak habis dari hantar Kinky sampai la kat umah. Tgk makanan Kinky pun nages. (Si penulis tidak menangis sama sekali, harap maklum)
 
** 5 Hari Kinky di Hospital, melawat dia setiap malam. **

 
4 June 2010 - Yes! Today Kinky kuar. Aku nak balik awal amik Kinky. Amik beby kat Bukit Jalil, terus ke Cheras. Oh, ringan sikit jiwa selepas mendengar suara Kinky. "Anak Daddy dah sehat, Yeay!" Balik umah teros men lumba lari + sorok2. Ahh.. Sempurna sudah selepas Kinky pulang. Alhamdulillah.
 


Note: Mummy!! Sok bawak Kinky gi Taman yer. Nak carikan dia girlfriend.

* Cik Li = Lipas

Buat Renungan Bersama; Jika..

Tuesday, June 1, 2010

| | | Comments: (0)
"Jika kau memancing ikan.....Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kau mengambil Ikan itu. Janganlah sesekali kau lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kau dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup."

Erti kata lain;
Begitulah juga setelah kau memberi banyak pengharapan kepada seseorang... Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kau menjaga hatinya. Janganlah sesekali kau meninggalkannya begitu saja, Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya.


"Jika kau menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluan kau. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kau menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang, Sedangkan jika kau cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi."

Erti kata lain;
Begitu juga jika kau memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kau terlalu mengaguminya dan janganlah kau menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah ia manusia biasa. Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kau kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kau memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus Hingga ke akhirnya.



"Jika kau telah memiliki sepinggan nasi, yang pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah? cuba mencari makanan yang lain, terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kau tidak boleh memakannya. Kau akan menyesal.

Erti kata lain;

Begitu juga jika kau telah bertemu dengan seorang insan yang membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah?, cuba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.



 
Dari Pelbagai sumber