Bodoh.Bangang

Thursday, September 15, 2011

| | | Comments: (1)

bodohbangang

Maksud bodoh tu luas. Mengulangi kesilapan yang dah terang kau ulang dari dulu sampai sekarang adalah satu contoh kebangangan dan sifat bodoh yang teragung. Tapi, bila fikir balik.. dia selalu anggap diri dia hebat. So,bodoh dia lah tak nak terima hakikat manusia ni semuanya ada cela, dan dalam hidup ni pun salah satu tujuan bkawan sebenarnya melengkapi apa yang kurang sesama kita.


Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. Biarlah yang hanyut tenggelam terus ke dasar laut. Biarlah yang kalut terus kusut dalam serabut hidup yang dia taksubkan. Sebab cermin diri kita ni wujud dalam bentuk yang berbagai. Kau cuma perlu duduk satu tempat, diri tegak-tegak dan pandang sudut mana yang kau nak akui itu lah imbasan diri kau yang paling tepat.

 

‘Yang buruk, datang dari kita sendiri, derr ..’

Hakikat tu yang dia rasa tak boleh diterima pakai. Yang hebat, cuma DIA, Yang tak henti-henti limpahkan RahmatNya pada kita. Bukannya kau, yang kawan-kawan perlu sembah mohon ampun dan maaf dan bukannya suruhan dari kau yang perlu kawan-kawan kau akur dan taat. Kasihan. Sungguh aku kesian. Cuma mampu berdoa, Tuhan akan beri apa yang terbaik untuk kawan-kawan aku, termasuk lah si polan ni, yang aku pernah pandang dengan penuh rasa hormat dulu. Rupanya betul lah kata-kata dari kita-kita;

‘Buat baik tu biarlah berpada-pada, kawan itu kadangnya setakat dibibir dan lembut bahasa saja.. ‘


Note; Haih. Ssh jugak bila pelakon kat pentas dunia ni terlalu nak menghayati seribu watak serentak, kan?

Rasa.Niat.Doa

Wednesday, September 14, 2011

| | | Comments: (0)

love_

 

Orang kata, kalau masa boleh diputar semula, mesti segala benda tak elok yang dah berlaku, nak diubah jadi sempurna. Cuma hidup ni tak boleh nak disandarkan kepada perkataan 'kalau'. Yang dah terjadi, akan kekal hakikatnya sebegitu. Tapi hikmah yang muncul selepasnya tu yang akan buat kita akur dan angguk perlahan.. 

‘ini namanya ketentuan’

 

Melihatkan keadaan aku yang begini, buat aku selalu terfikir. Entah apa lagi yang perempuan lain mahukan di luar sana. Masih berganda-ganda permintaannya, masih ada saja yang tak lengkap hidup, lagaknya. Tapi, iyalah. Kitaran hidup manusia ni, nampak macam boleh dibaca. Cuma kisah tiap satu tu je yang membezakan hidup kau, aku dan kita-kita..kan? Mungkin aku patut berhenti menyoal dan terus berusaha selagi daya sampai lah DIA kata, aku dah boleh berhenti mencuba. Hmm.

 

Dah lama tak rasa macam ni tau. Tapi aku tahu benda ni sekejap je. Haish. Takpe, yang penting niat. Aduh. Sakit dada. Sesak nafas. Takpe, yang penting niat. Dan aku harap cepat lah rasa ni hilang. Ok, perasan tak aku dok ulang point sama? Tu sebab aku tak leh fokus. Sebab sesak dada dan nafas ni dah berapa hari aku tahan. Semalam ada mimpi lagi. Ya Allah, Kau tahu apa dalam hati ni. Aku serahkan semuaNya pada Kau.

 

 

 

 

Note: Hilangkan lah rasa yang tak sepatutnya ada ni. Amin.

Sesumpah.

Tuesday, September 13, 2011

| | | Comments: (0)

0miss5029

"Saya macam sesumpah pada dahan pokok. Awak di bawah, mendongak mencari saya. Memotong dahan, mencantas ranting, dan akhirnya awak ketemu saya. Payah mencari, awak luahkan marah bila sesumpah dah pun berada antara dua jari. Kemudian, saya yang sememangnya dengan sifat tidak duduk setempat, terus melompat dan sambung menyamar;

walaupun saya sebenarnya ada di sekitar pokok tu, tak kemana-mana.

Dan awak, akan terus mencari. Setia,

 

... dan hati aku, bernyanyi semula.

8-9-10

Thursday, September 8, 2011

| | | Comments: (1)

20009_Broken_Heart1

 

Masih lagi betul-betul di hati aku, seperti yang dipintanya dulu. cuma hari ini, terletak betul di hujung hati. Penat, bosan dan dalamnya terusik perasaan ini, biarlah aku saja yang tahu, dan seperti yang aku yakini sebelum ini, DIA lebih Arif tentang apa yang bakal jadi.

 

Rasanya menutup mulut lebih elok untuk aku sekarang. Berdiam dan terusan berfikir. Sebab macam mana aku penat nak yakinkan orang yang aku cuma mahu betul-betul 'menerima', macam tu jugak lah penat orang nak mendengar kesungguhan aku dalam menyampaikan maksud sebenar perbuatan aku tu.

 

Penyerahan yang langsung tidak mengharap sedikit pun balasan. Dalam semua segi. Menerima apa adanya. Semuanya. Dengan sepenuh hati aku mengaku, tanpa sebarang paksaan, didatangkan untuk aku satu rasa itu.

 

"Ini semua Tuhan punya. Kalaulah sayang yang begini diberi untuk saya dan awak, saya terima,"

 

Dia angguk. Mungkin faham, mungkin sahaja sekadar mengiyakan. Siapalah yang mampu membaca fikiran manusia, selain Tuhan. Kan? Penat bertanya diri sendiri, jawapan perlahan-lahan diberiNya. Satu-persatu. Terus hati dan akal aku selari bersetuju.

 

"Rasa yang sama bila dia ada, rasa yang sama juga lah bila dia tiada..tapi jauh disudut hati rindu katenye"

Kalau nak didebatkan pasal hidup ni, takkan ada pemenang atau yang tewas di tangan lawan. Kau dalam liga kau sendiri. Menang kalah, kau juga yang tentukan akhirnya. Tapi, pengadilan kau di mata Dia, lain cerita.

 

 

 


Note; Oh, tambah lagi satu kata kerja. Berdiam, berfikir dan menulis.

God Loves Me !

Friday, August 5, 2011

| | | Comments: (0)

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخ

"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah" [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)". [Al-Baqarah: 214]

 


p/s: Allah uji. Allah ajar kita. Sebab? dia nak kita kuat. Kenapa kita? Untung bukan? dalam berapa ramai manusia, kita terpilih untuk diberi ujian daripada lalai dengan kesilapan tanpa ujian. Dia nak kita minta pertolongan dari dia. Mungkin selama ni lupa yang dia ada untuk di Sembah, dan hanya dia yang memberi, dan menarik segala pahala.

Kronologi Haru !

| | | Comments: (0)

Bila marah dia cool.
Bertubi-tubi soalan pon still jawab dengan nada rendah.
Senyum je.
Kesian dah hati saya ni.
Hati tak puas bila datang mahluk ganggu, macam gampang.


Penat dah nak fikir pasal benda yang tak penting atlast hubungan jadi goyang.
Sifat aku berubah drastik.
Dari tak suka marah jadi cepat marah.
Dari tak suka moody sekarang asyik moody.
Dari tak ada musuh sekarang aku yang declare benda taknak jadi baik dengan 'someone'.
Dari jenis happy go lucky,now suka masam-masam muka

Serious this is not so me.
Tak best tau jadi macam ni.
But apa boleh buat.
If depan cakap lain belakang lain macam punya pancing.
Tuhan tu nak tunjuk, benda aku nampak sendiri. How?
Yang lepas, lepas lah. Get ur own life lah kimakk.

Serious tak berminat, seb bek tak pernah sua muka.

Herm.
Harap lepas ni tak da drama sebabak lagi.
Penat okay nak debat-debat marah-marah tak tentu pasal.
Yang jadi mangsa siapa?


Haihh
Sorry beby..
But saya still tak suka KAWAN awk !
Ha apa?

Jujur takde law punya !

Thursday, August 4, 2011

| | | Comments: (0)

Aku sangat tahu bahawa aku bukan orang yang tepat bercerita mengenai kejujuran. Atau mengkhabarkan bahawa jujur itu selalu ada dengan aku. Tidak kawan. Tidak. Aku tahu aku paling tidak layak.!

“Aku taklah zalim, taklah jahat, sampai nak bagi kau kharma,
dengan apa yang kau buat kat aku,aku cuma nak bagi kau makan kurma,
makan kurma hari-hari, sampai kau kena kencing manis”

Aku tulis ini sejujur mungkin. Ya, aku tahu "jujur"ku itu sangat samar. Maafkan aku, tapi memang itu satu-satunya cara untuk aku jadi jujur. Mustahil aku boleh jujur di hadapan semua tanpa ada hati yang aku sakiti. Kerana itu agaknya orang jujur senang sangat masuk syurga. Sebab berlaku jujur itu sebenarnya sangat payah. Aku pernah dengar orang cakap "bila orang tu cakap dia jujur, maka dia tidak sepenuhnya jujur". Jadi, terserahlah mahu serap "kejujuran" aku atau tidak.
p/s : Nampak? Sangat susah nak jujur kan?